Quantcast
Channel: CeLoteh MJ
Viewing all 313 articles
Browse latest View live

Family Trip 2015 : Lee Gardens Hotel, Hatyai

$
0
0
{Entry Tertangguh} Day 1 - 10 June 2015

Kedatangan yang tanpa dirancang, memang last minit plan terus jadi ikut je, mujur lah Bos tempat kerja approved cutiku,  kalau tak, tak dapek la cheq join sekaki.

Asalnya cuma Mak, Abah dan adik2 MJ je ke sana, tapi lepas cuti MJ approved apalagi zass mengekor la tak tunggu dah..haha

Kami bertolak dalam pukul 7.30 pagi dari rumah, sampai dalam pukul 10pagi terus ke Imegresen Bukit Kayu Hitam  untuk buat pass adik bongsu MJ, dia pun last minit gak kena paksa ikut..hehehe

Masa nak masuk sempadan tu jem jugaklah tapi alhamdulillah urusan kami dipermudahkan. Kami sampai Hatyai lebih kurang dalam 2 jam perjalanan dan terus 'check in' dalam pukul 12 tengah hari macam tu. Hotel pilihan kami tak lain tak bukan LEE GARDEN, ini kali ke-2 MJ menginap di Hotel ni, walaupun sebelum ni hotel ni pernah kena BOM, tapi kami tawakkal jela kalau jadi apa2 kan.. Tapi tak berapa nak risau sebab kawalan ke pintu masuk Hotel diperketatkan, jadi rasa agak selamat sikit.


Nampak je katilll wahhhh lega badan dapat nak baring (walhal dalam kereta dah sakan tidur-kesian Abah drive sensorang).. Katil pun besar, 2 katil KING.. Puas hati sangat yela tidur sharing adik beradik kan dengan 2 orang budak kecik ni lagi, bilik Mak Abah pulak 1 katil King.

Ilhan dengan Koko Krunch tak dapat dipisahkan, jauh bawak dari Pulau Pinang mai makan kat Hatyai..hehehe

Pemandangan dari Pintu Masuk, sebelah kanan Toilet dan di sebelah kiri Almari pakaian.


Yang best untuk budak berdua tentulah adanya Bath Tub ni, sakan dok berendam pagi petang.

Wajib 'mencilok' jika menginap di mana2 Hotel sebagai kenangan..huhuuu




Pemandangan dari tingkap bilik, memang membangun dah Hatyai ni penuh dengan Bangunan kiri kanan

Selesai membersihkan diri semua apalagi makan la masing2 dah perut keroncong kan. Kami siap bawak bekal dari rumah untuk makan selama menginap di Hatyai, tambahan tak berapa tahu makanan HALAL yang sedap dan tak mahal di sekitar Hotel, jadi dapat jimat belanja.

Kemudian pukul 3petang (waktu Malaysia) kami akan jalan2 dengan Van yang telah sedia menunggu kami.. Destinasi seterusnya ialah ...... HATYAI ICE DOME


My Homemade Kuih Raya 2016

$
0
0
MJ rasa nak berbangga dengan diri sendiri pada tahun ini apabila berjaya membuat biskut raya sendiri sambil dibantu oleh adik-adik MJ..(tangan di bahu mata ke atas)

Buat sendiri kuih raya ni dirasakan 1 kepuasan yang teramat sangat, sebab secukup rasa semua. Bukan MJ nak kata yang dijual tu tak sedap, cuma rasa lebih berbaloi jika dapat buat sendiri, jimat kos..hehehehe (tapi bukan 100% kuih raya MJ tahun ni homemade ye, ada gak yang beli cuma 10% je beli)

Ni biskut pertama yang kami buat Biskut MERINGUE (resepi Right Click), tahun ni tahun ke 2 buat biskut ni sebab sedap punya pasal..hehe

Kemudian biskut kedua buat ialah biskut Femes Emes yang terlupa nak masukkan serbuk koko, maka jadilah biskut berwarna butter..huhuuu diikuti biskut Semperit yang dah lama giler nak makan buat sendiri.

Hari kedua kami buat Shell Tart dan kacau DODOL menggunakan kuali atas dapur gas (ha dodol ni My Mum & Dad yang kacau).

Lagi biskut yang kami buat ialah Biskut PUTERI SALJU dengan MAZOLA versi comey lotey, senang nak makan semulut je masuk. Puteri SALJU dapat buat 2 bekas besar tak sempat nak abadikan gambar habis di HARI RAYA bila sedara mara datang beraya, sedap sangat katanya :)


Hari ke tiga aka sehari sebelum Raya kitorang letakkan inti dan Cheese untuk SHELL TART, inti coklat, pun sama dapat 3 bekas tupperware tinggal sebekas je untuk tuan rumah.. Punyalah sedap kan jadi rebutan..hahahaha
Tart Cheese ni adalah percubaan pertama kitorang buat, sebelum ni beli je sebab suka makan kali ni buat sendiri haruslah vervangga sebab pandai buat kan..hohoooo


Versi selepas dibakar, walawehhh bila dia mengembung gitu rasa berbunga bahagia ooii...


Then My Mum buat 3 biji KEK BUAH, sebiji untuk mertua adik dan juga mertua MJ, sebiji lagi untuk rumah MJ.. Sedihnya tak sempat nak rasa sepotong pun dah habis.. sobsob..

So itulah coretan kuih raya 2016 kami adik beradik, hitung2 balik dekat 10 jenis kuih ha termasuklah POPIA CHEESE, POPIA MILO, POPIA COKLAT dan POPIA NESTUM. Kuih beli Mazola dengan Kuih SIPUT.
Korang lak camne, mesti buat sendiri jugak kan..


Apapun MJ nak ucapkan SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR BATIN, andai selama coretan MJ di blog ini ada mengguris hati sesiapa.
Sekian.




Suka pakai Inai Daun

$
0
0
MJ percaya tentu ramai dalam kalangan pembaca yang sama minat dengan MJ yang sukakan inai daun. Betul tak? hehehe.. Walaupun kena tadah tangan nak tunggu kering, nak tido pun kena hati-hati, biarpun terseksa tapi suka punya pasal sanggup nak hadap :)

Memang sebelum Raya lagi niat nak pakai, tapi memandangkan sibuk dengan buat KUIH RAYA bagai, jadi niat tu terpaksa ditangguhkan sekejap dan tiba-tiba sambil baring sambil sembang dengan Mak, Mak tanya ;mau dak pakai inai?' Perghhhh pucuk dicita ulam mendatang, semangat terus!

Jadinya gigih la kami berdua memperisi 1 persatu daun inai.. Tapi! MJ taklah serajin mana nak menumbuk atau menggiling ye, belasah dengan blender kering je ha, memang pengorbanan sikit la sebab air takleh banyak takut terlebih basah nanti bila pakai dok meleleh je kat jari nanti hasil tak cantik..

dan 1 lagi, MJ tak guna air biasa ye, tapi air teh O tanpa gula..hehehee


Selepas seksa yang ditanggung demi nak pakai inai ni, akhirnya benda paling nikmat sekali yang suka dibuat adalah dengan mencium bau inai di jari.. Nikmat yang tak dapat diungkap..hahaha ketagih wei.. dan tak sangka dalam hal ini MJ tak keseorangan..hehehe



Best best bila ada geng suka inai..hihiii..
Sapa kat sini pun suka inai daun jugak, meh geng ngan MJ meh.. :)


Jamuan Raya aka Dinner di De' Pauh Garden, Permatang Pauh

$
0
0
Untuk pertama kalinya kilang MJ mengadakan Jamuan raya di luar kawasan kilang, sebelum ni semua buat di dalam je. Kali ni big bos nak ubah angin buat di kedai pulak..
Jadi segala persiapan MJ la yang kena uruskan dari mula sampai abes, dah nama HR kan, so Hadap Reja la..


My ofismate fren, Ayu dan Umi (Ayu masa ni mengandung 8 bulan)


Dan ni Liyana merangkap bakal sepupu MJ, bulan 9/2016 ni nak langsung majlis kahwin mereka, bakal suami liyana adalah sepupu my asben (Itupun dapat tau bulan 1/2016 masa majlis tunang diorang..hahah)


My ofis team bersama big bos (our DMD - Deputy Managing Director)


Perasmian makan-makan dari big bos, asal nak tangkap gambar dia aje tapi pastu terus ajak MJ  gambar sekali, so nak gambar gitu je macam tak cun kan, terus MJ pinjam pinggan orang belakang kejap habuan nak bergambar..hahaa


Gigih tumpang nak menyelit, belakang tu sebahagian dari R&D Team, jeles tengok diorang bergambar so kita selfie menyelit..hehehe


Dan ni BA team (Business Admin yang menggabungkan Dept Admin/HR - MJ, Finance dan juga Material)

Dan ni sebahagian dari Production team (ada Engineering, QA dan Production), kilang kitorang tak ramai sangat pekerja.


Dan terima kasih pada pekerja-pekerja De' Pauh Garden (berbaju Oren) kerana servis dan layanan korang yang super duper letop.

Dan bawah ni menu-menu yang dihidangkan kepada kami, sedap dan terbaik.. tambahan Nasi Beras Basmathi..perghhhhh layannnn...

Ayam Masak Merah

Gulai Terung

Daging Masak Hitam

Side Dish - Roti Jala Kari Ayam, Nasi Himpit Kuah Kacang dengan Lemang Rendang Ayam.

Majlis bermula 6.00 petang dan berakhir 8.00 malam, yang buat MJ terharu bila bos memuji usaha MJ katanya terbaik dan di luar jangkaan dia.
Dan tahun depan dia minta MJ cari tempat yang ada ekon pulak - EKON kalu Bos bajet kena lebih la..hehehehe



OOTD Hari Raya Puasa 2016

$
0
0
Orang lain dah lama update OOTD for Syawal, MJ baru la nak simpan kenangan di blog yang semakin diabaikan ni..huhuuu


1st Syawal bergambar sensorang aje dulu du Pagi Raya sebab cik abe kena ke tempat kerja sebentar..sobsob.

Ni pulak OOTD my Parents yang berlatarbelakangkan sawah padi yang menghijau.. sejuk mata memandang.


OOTD adik kedua MJ bersama family kecik dia.. Kemain Firas ngan Ilhan berbaju Raya Upin Ipin.

Hari Raya pertama tak kemana-mana cuma ke rumah mertua je beraya sekejap kemudian en suami kena kerja, so beraya la sensorang lepas tu.. Tapi Raya kedua takde maknanya nak sensorang lagi, cik abe masih lagi kena kerja jadi apalagi ku balik rumah familyku untuk keluar beraya bersama..hehehe


OOTD Raya ke dua masih lagi tema hijau.. Jom kita beraya di kampung sebelah Abah, Selama, Perak.

Adoiiiii Ilhan, dah berapa kilo ni, senget benget ciklong dukung ha.. Dulu boleh la sikalang sekejap2 takpa.



Adik beradik MJ tapi tak cukup adik sorang laki dia takmau bergambar, so ada lah terselit adik ipar MJ kat situ..hehe


Dan Ni Raya ke tiga, keluar beraya rumah beradik2 sebelah suami kejap sebab lepas tu seperti biasa en suami kena kerja..


Kesimpulannya en suami kena kerja berterusan dari hari Isnin (kita raya Rabu) sampailah bertemu Isnin pulak.. Gitulah rutin kena hadap bila kami 2 kampung dekat.. Boleh kata 3 tahun dah en Suami akan kerja di hari Raya.. Tapi takpe MJ pun ok aje..

So itulah kisah OOTD MJ dari Syawal 1 - Syawal 3..  Terima kasih sudi baca..hehehe

Perodua Bezza dari Kacamataku

$
0
0
Ewah-ewah tajuk kemain ko kacamata bagai, macam la pakai spek mata nak berkaca-kaca bagai..huhuu.

Bukan apa, tadi MJ singgah Perodua sebab nak hantar my baby suruh diorang check tengok pasaipa tetiba lampu legbrake asyik menyala je sepanjang masa walaupun legbrake dah dilepaskan. Rupa-rupanya diorang cakap BrakePad dah haus (tukar Julai 2014) dan minyak brake dah kurang.. Total servis dalam RM300..huuhuhu (**Telan air liur**)

Sambil-sambil tu terus p jamu mata sat dengan Perodua Bezza yang baru dilancarkan tu. Sebab kitorang suami isteri ni ada gak congak mendongak nak trade in Alza ke Bezza.. Yelah naiknya berdua je, hari-hari lenjan MJ sorang je p mai p balik kerja setiap hari, rasa nak beralih ke kereta sedan semula lah. Boleh jimat komitmen bulanan sebab kitorang nak simpan nak bina rumah idaman nanti..Aminnn..

MJ ushar Bezza 1.3 Advance, harga dalam RM50ribu ++ On The Road.


Seriusly memang cantik sangat Bezza ni, dari belakang nampak macam Toyota Vios. Bonet memang puas hati la besar gedabak..


Bahagian depan seperti kereta Axia


 Bahagian depan pun cantik dengan teknologi Push Start Button.


Cuma slack tang seat belakang, tegak 90' darjah, untuk perjalanan jauh sangat la tak sesuai, kesian dekat penumpang mau lenguh belakang ha.. MJ takpa la dok depan..hahaha

Overall memang berpuas hati sangat, cuma tang seat tu saja tak puas hati, hopefully mana tau ada Bezza second version ka haruslah ku rembat..


08.08.2009 ~ 08.08.2016

$
0
0
Gigih nak jugak..hahaha

Orang lain update kisah Anniversary Nikah, tapi MJ kisah Anniversary bertunang..hahaha tak ke gigih namanya tu.

Tapi boleh jugak dijadikan sebagai Anniversary ke 6 (August 2010) untuk blog CELOTEH MJ ni. Blog tertubuh mulanya sebagai nak abadikan memori terindah untuk MJ, sebab masa tu tak tau sangat blog tu apa, fungsi untuk apa, nak buat lagumana so sebab tu awal2 kemunculan ayat yang diguna seperti #entah_ape_entah je.  (malu bila baca balik).


Ni OOTD masa bertunang dengan tema kegemaran MJ biru dan pink, 
Baju dalam (pink) : Dijahit oleh my MUM, manik di kaki baju oleh MJ
Baju luar (biru) : Beli di Sarawak tahun 2008 
Tudung (dalam) : Bawal Manik
Tudung (luar) : beli dari tukang mekap..hehehe
Mekap : oleh jiran aka kawan pada mak.

Alang-alang dah update tu kita kasi #throwback la...hihii

Kek hantaran dari MJ kepada Suami


Hantaran dari pihak MJ


Hijau sebelah pihak asben


Cincin belah Rotan - Merisik
Cincin batu - Bertunang


Last but not least - Dulu kurus sekarang dah tembon.. sobsob..


Memandangkan dah bertahun baju tunang terkurung dalam almari, ada sebelum ni minta MJ jualkan tapi alahai sayang giler kot, ingat nak buat sewa la.. huhuuu ada yang berminat? tapi dulu MJ kurus je fit saiz S-M, tinggi dalam 150cm je.
Sekarang jangan tanya berat berapa ye.. huhuuu

Pertama kali makan Durian Musang King

$
0
0
MJ memang peminat tegar Durian, tak kisah apa jenis janji nama dia durian mesti cheq suka. Tapi my asben bukanlah penggemar durian.. Sebab tu kalau nak beli cukuplah sendiri setakat sebiji dua je sebab nak abeskan MJ jela.. Tapi MJ layan yang original kena ada buah durian la kalau olah olah ni tengok gak pada menunya.

Kalau Durian Crepe ka, Kuah Durian ka Tempoyak ka memang layan, suka sangat.
Kalau Pulut Durian ka (pulut tak makan), kek durian ka kuih talam durian ka (belum pernah try) yang tu lambat sikit la nak cuba..hehehe

MJ mungkin agak ceciwi la sebab pertama kali makan kan, pasni mungkin lambat la nak dapat makan pun, maheyyy oiii :)

Bayangkan bila buka je durian terus terpandang rupa gini bahagianyaaaaa dengan isi kuning tebal, biji halus je tapi seulas je dah puas giler makan.. kira berbaloi la dengan harga pun.


Setiap pangsa isi penuh, puas hati takde yang rosak pun.


 Nyam nyam sooooo delicious..hahaa


Sebiji ni aje berharga RM50 lepas asben mintak diskaun..huhuuu, tak besar mana pun.

Alhamdulillah dapat gak merasa durian Musang King aka Raja Buah yang super sedap, asben pun layan sebab buah mahal punya pasal kan.


Homemade Popia Cream Cheese Ayam

$
0
0
Popia ni dah lama viral kat FB tapi MJ je yang tak berkesempatan nak cuba buat. Entah macam mana hari tu mai mood rajin, jadi balik kerja terus p Giant beli barang, malam tu jugak buat.. huhuu punyala nak makan tapi yang best sebab memang sedap hokey..

Cuma bahan-bahan dia boleh tahan mahal jugak la, takpela dah nak makan sendiri kan no hal la..


MJ beli kulit popia yang saiz kecik je, so senang nak ngap.. Jadi resepi ni MJ olah untuk 1 adunan aka 1 peket kulit popia


1. Mula-mula tumis sebiji bawang besar (potong dadu) dan 3 ulas bawang putih (cincang) sehingga layu, kemudian masukkan 200gm ayam cincang / ayam segar yang dihiris halus, kacau sehingga masak.
2. Masukkan 3 batang sosej yang dihiris kecil (kalau tak suka tak yah masukkan-maybe akan lagi sedap rasanya), kacau sehingga sosej hampir masak.
3. Kemudian masukkan 1 tin Campbells (Cream of Chicken), keret yang dihiris halus dan juga setengah tin mushroom, kacau sehingga sebati.
4. Perasakan dengan lada hitam, lada sulah, gula. (Garam MJ masukkan sikit je, tapi dah secukup rasa kalau tak letak garam pun).


Inti dah siap maka bermulalah proses membalut, MJ lekatkan dengan bancuhan tepung jagung.. Next trial MJ nak letakkan kepingan cheese/cheddar bagi lebih bercheese..hehehe






Dapatlah 1 tupperware panjang ni penuh, sekali hadap kompem abes 5 keping.. hohooo


  MJ punya nampak kurang berkrim kan, lepas ni nak letak susu sikit la, cuma hati-hati masa menggoreng sebab takut meletup..hehehe Jadi MJ frozenkan semalaman, esok pagi goreng alhamdulillah tak meletup.. Cuma perut tercirit sikit, maybe overload of Inti kot..hahaha



Nota MJ : Haritu beli bahan extra tapi kulit popia lak p beli 1 peket, dok ingat lebih ha.. So terbantut nak try versi lain (tanpa sosej) dengan Popia Ketam Cheese plak.
 

My favourite Rambutan Sejuk

$
0
0
Dulu tak reti buat gini, dulu-dulu bila nak makan je baru kupas tapi makan la kot sebiji dua lepas tu tak makan dah, reason - malas kopek..huhuuu

Tapi lepas viral dulu pasal kopek siap2 letak dalam peti ais baru makan, bila dah try buat.. ya ampunnnnn sedap giler makan masa Rambutan tengah sejuk.. Nikmat oowwhh...


Kebetulan semalam kitorang ke Balik Pulau untuk mengurut, tup2 nampak sorang pakcik ni meniaga Rambutan, my Mum tanpa fikir panjang terus beli RM10 bersamaan 5kg. Tapi tak nyesal beli sebab buah dia manis, biji lekang, isi tebal dan rapuh.. sedap sangat.

Yang nyesal sebab beli sikit..huhuuu bila dah kopek letak fridge gini konpem sat ja abes ha.

So sapa buat gini jugak jom kita jadi geng..hihiihi


Rezeki Mak Abah menang Pakej Umrah dari ALTEL

$
0
0
Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah syukur atas nikmat rezeli dari-MU.


Jumaat lepas (26/Aug/2016) my Abah menerima panggilan telefon dari pihak Altel dan rezeki itu telah memihak pada Abah apabila menang hadiah BONUS iaitu PAKEJ UMRAH bernilai RM16 ribu untuk 2 orang.

Dengan syarat ketika menjawab panggilan mestilah menyebut ALTEL dan bukannya HELLO.


Asalnya memang Mak Abah merancang untuk mengerjakan UMRAH pada penghujung tahun ini, tetapi kebanyakan dah penuh, jadi posponlah ke tahun hadapan. Tapi siapa sangka kalau dah namanya rezeki Allah mudahkan dengan mendapat tajaan penuh ke sana..

8/Sept/2016 majlis penyampaian hadiah, cheque akan terus diberi kepada Tabung Haji dan insyaAllah akan berangkat ke Tanah Suci pada bulan Disember 2016.

Terima kasih ALTEL dan juga Terima kasih pada Tan Sri Syed Bukhari atas tajaan ini. Moga terus  berjaya dan dimurahkan rezeki.. 


Kebab Daging guna Roti Gardenia

$
0
0
Memandangkan Roti Gardenia dah menghampiri tarikh luput, mula la gugel cari resepi yang bersesuaian, selalunya habis takdak MJ akan buat Puding Roti Bakar je..

Lepas tu masa skrol FB nampak resepi KEBAB DAGING, rasa macam nak try je maka terhasillah versi Roti Gardenia.. hihii
Sebab resepi tu dia guna Roti Pita ngan Roti Panjang tu..

Abaikan rupa roti yang huduh tu..hohooo

Resepi kebab ni memang simpel tapi sedap, sebab isi dia kita leh letak sebanyak yang kita nak tu yang best.

Bahan Inti
1. Timun, Keret, Bawang besar, dan Daging cincang (MJ guna daging beger je) - potong dadu
2. Sos Cili, Sos Tomato dan Sos Tiram.

Tumis bawang masukkan daging sehingga masak, kemudian masukkan timun dan keret kacau sebati dan masukkan 3 jenis sos tadi kacau sehingga masak.

Roti Gardenia - Leperkan dan satukan 2 keping (MJ lekatkan dengan Tepung Jagung) dan goreng. Pastikan minyak betul-betul panas ye, kalau tak nanti roti jerap minyak. Kemudian potong 2 buka bahagian tengah.. Sapukan mayonis dan letakkan inti sesuka hati..

Serius memang sedap hokey..hehehe


Pengalaman pertama kali buat Passport

$
0
0
Yang ini adalah berdasarkan pada pengalaman MJ yang baru pertama kali nak buat Passport ye..hehehe
*********************************************************

Melalui pengalaman rakan-rakan yang pernah ada passport, mereka menyarankan agar MJ pergi seawal mungkin ke Pejabat Imigresen untuk mendapatkan nombor giliran. Asalnya nak pergi pada hari cuti Sabtu atau Ahad sebab di Imigresen Seberang Jaya, Pulau Pinang memang kaunter buka khas untuk passport SAHAJA..

Tapi ada sekali tu MJ pergi hari Ahad tapi tutup, mungkin sebab esok tu nak Raya Haji (12 Sept 2016) dan enggan bertangguh lagi, hari Jumaat 15 Sept 2016 MJ semangat ambik cuti (kebetulan ada kerja lain juga perlu diselesaikan) terus seawal 7.30pagi dah sampai di Imigresen. Ku sangkakan ku awal rupanya ramai lagi yang awal dah terpacak beratur punyala panjang.. huhuuu


8.19pagi baru dapat no giliran, itupun kena tunggu lagi 60 orang di hadapan sebelum tiba giliran MJ.

Sambil lepak menunggu giliran MJ siap boleh baca trend panggilan no dengan kekerapan panggilan 7 orang dalam masa 20minit, dan tetiba dalam pukul 9.30 pagi camtu pegawai Imigresen (tak salah MJ) buat pengumuman 'Pada sesiapa yang bayar guna Kredit Card sila tampil' adoiii lagi bertambah geram bilamana mereka dapat pelepasan awal untuk giliran (potong abes Q kitorang).. Giler tak bengkek, dah la potong Q lain la kalau ada 1 kaunter asing khas untuk mereka2 ni dan bukan ke kena bayar secara TUNAI apakehal pulak ni!!? Takpe sabo sabo.. huhuuu

Lebih kurang pukul 11 camtu baru no giliran MJ dipanggil lepas mengeras menunggu selama 3 jam, dah krem kaki berdiri sebab tempat duduk penuh lagipun bagi peluang dekat orang lain yang lebih memerlukan..

TAPI yang sedihnya bila sampai KAUNTER, permohonan MJ tak dapat diproses..


SEBABNYA?

IC lama masa umur MJ 18 tahun (muehehehe), pegawai Imigresen cakap muka terlalu banyak beza dengan sekarang ni, kalau IC masa umur 28 tahun masih boleh diterima tapi sekarang dah umur 30an tak valid dah.. Siap dia tunjuk lagi dekat sistem mereka yang IC MJ tak dapat dibaca dengan sempurna.. SADIS OOoo.

ADOI! 3 jam menunggu untuk dengar jawapan gitu tak ke SAKIT HATI, yang masa ambik no giliran korang tak pula cakap awal-awal yang IC MJ dah expired..huhuuu sabo la lagi sekali..

Oh ya MJ pun nak REMIND kan korang sebab dah kena batang hidung sendiri kan, MAKE SURE sebelum U all nak buat Passport pastikan IC U all yang terbaru (yang ada 2 muka kat IC tu) kalau tidak, memang diorang takkan dapat proses. Salah MJ juga sebab tak teringat langsung nak buat IC baru sebab sebelum ni segala urusan transaksi dengan BANK termasuklah tukar Kad Bank Baru takde pulak masalah..

Dan SILA BAWA 1 SALINAN IC depan belakang (bagi pertama kali buat) atau 2 SALINAN IC (bagi tujuan pembaharuan pasport) beserta passport U all.


Lepas tu rushing la MJ ke JPN (Wisma Peladang kat Bagan) untuk buat IC baru, sebabnya nak buat passport pada hari tu jugak, kalau tidak mereput la ambik no giliran baru baru pada hari lain.. Tak sanggup mak ooiii...

Nasib JPN tak ramai orang, tunggu dalam 35 minit camtu no giliran MJ dipanggil tapi 1 lagi kisah sedih berlaku bilamana kaunter bagitau tak dapat proses IC MJ plak..


SEBAB??

MJ pakai INAI... Adoiiii dah lah baru je pakai sebelum raya, baru je 3 hari berlalu tentulah INAI masih merah di jari..  Katanya cap jari tak akan muncul secara elok dalam sistem, even 1 cat/marker ada di jari pun tak boleh.

Diorang mintak MJ datang lain kali, tapi MJ cakap URGENT sebab nak proses untuk PASSPORT, kat Imigresen dah melangut 3 jam huhuuu.  MJ minta juga diorang utuk CUBA PROSES jugak, siap kaunter lain suruh letak lotion banyak2 kat tangan sebab Inai ni katanya akan mengeringkan jari kita sebab tu cap jari susah dibaca.

Tapi sebab MJ memang URGENT (diorang tahu reason MJ) maka diorang pun cuba jaya tanpa letakkan losyen dan alhamdulillah cap jari MJ jelas terang dan nyata.. LEGA!! MJ cakap kat diorang ni INAI DAUN bukan INAI CELUP dan sebab tu kot masih boleh baca. Yang sebelum2 ni ada yang pakai INAI CELOP tu yang cap jari tak lekat.

So proses berlansung dengan sempurna siap ambik gambar dan dapat lah MJ KAD PENGENALAN SEMENTARA.. Tempoh siap lebih kurang 2 minggu.


Selamat tinggal KAD PENGENALAN SWEET 18 MJ.. sobsob


Lepas tu bergegas la MJ ke Pejabat IMIGRESEN semula untuk buat passport, sebab pegawai cakap IC sementara diterima. Jadi MJ terus ke kaunter sama yg KIV pasal IC MJ zupp zapp siap takpayah dah ambik no giliran bagai..

Lepas tu tunggu pulak (dalam 15minit camtu untuk membuat bayaran sebanyak RM200 untuk tempoh 5 tahun) dan passport siap dalam masa 1 jam.


Dan setelah pelbagai cabaran dan dugaan untukmu passport finally I got it! Yeayy boleh terbang dah.. dan destinasi pertama insyaAllah akan bersama My Mum and Dad.. Kalau pandai U all tekalah tapi clue ada dalam entry sebelum2 ni..

Apapun moga urusan kami dipermudahkan Allah nanti.. Aminnnn


Diari Detox MJ

$
0
0
Harini 23/Sept/2016 bermulalah diari detox MJ, MJ follow DETOX Shaklee maksudnya ada meal plan selama 7 hari yang disediakan oleh PAKAR NUTRISIONIST SHAKLEE, jadi tak perlu risau kalau nak ikut sebab konpem selamat dibuat.. hehehe

Nak tanya korang tau apa itu DETOX ni? Dulu MJ dok ingat Detox ni sama je macam diet, abes takdak telan suplement detox Shaklee lepas tu kontrol makan.. tapi tak juga sebenarnya ha..Tapi lain orang lain cara dia buat detoks ni tapi yang penting tujuan kita ialah singkirkan toksin dari badan. Bila toksin dah disingkirkan, barulah kita telan apa2 suplemen badan dapat serap Nutrien dengan sebaiknya..

Dari Toksin lah juga punca datangnya pelbagai penyakit dalam badan terutama sekali jantung dan kolestrol. Sebab tu pentingnya untuk kita kena detoks ni, .. Toksin ni kita tak nampak maklumlah dok dalam badan kan tapi kita akan alaminya. Jadi dari situ kita tahu kalau badan kita ada banyak toksin bilamana kita rasa malas je nak bangun pagi, selera makan sukar dikawal, berat badan semakin bertambah, sembelit (sekurang-kurangnya kita kena membuang 2x sehari), kembung perut, letih dan lesu setiap masa, dan paling ketara bila perut semakin buncit.. muehehe


Jadi atas sebab-sebab tersebut MJ bertekad untuk buat sesuatu, kita hapuskan toksin.. chayok2..

Jom sapa2 nak follow boleh je.. jadi ni MJ syer untuk hari pertama punya menu ye.


MENU untuk breakfast 

Hari pertama kita kena ambil semua yang berwarna hijau (makan mentah), tapi ada sukatan la (macam ceri pun ikut sukatan jugak) dan lepas je breakfast telan 5 biji Alfalfa.

MJ try letak kiwi di tengah2 antara salad (macam kita makan beger tu) perghhh sedap giler kot, blend sangat rasa dia tu. Dan di pertengahan antara breakfast dan lunch kalau perut keroncong MJ gigit Timun Jepun / ceri sebagai Snack.



Dan ni Menu lunch MJ, jika pagi tadi kita makan dengan kiwi, lunch kita layan epal hijau plak. Tapi dengan kiwi yang paling sedap..hehehe.

Pagi tadi kita telan Alfalfa then Lunch kita telan Peppermint Ginger untuk membuang angin dalam badan.. Apa yang penting Air Kosong WAJIB lebih dari 2 liter, senang untuk badan kita bekerja mendetox di hari pertama.


Day 1 - FIBER 
Salad & Fruits Meal
Pagi & Lunch makan mentah (RAW)
Malam kita STEAM

SEBAB?
Untuk buang solid waste dan regulate sistem penghadaman dan pembuangan badan supaya menjadi normal.

Nanti MJ syer menu untuk Dinner pulak ye, almaklumlah LIVE update kan, setakat lunch jela dulu. Malam ni kita steam menyetim plak..hehee


p/s : Nak update terbaru boleh follow MJ di instagram normaira ataupun hashtag #diaridetoxmaira

Diari Detox dengan Shaklee (Day 2 ~ 4)

$
0
0
Sambungan dari entry lepas berkenaan diari detox MJ bersama Shaklee.

Bila dah masuk hari kedua, badan mula craving cari nasik tau, maklumlah perut dah biasa dengan nasi 3x sehari bila sehari tak ambik mulalah dok memikir2.. Nampak apa je lalu kat wall especially kat FB, semua nampak sedap belaka, padahal menu itulah yang selalu dok jamah.. huhuu.. Dugaan betul..

MJ Detox bersama suplemen SHAKLEE, kenapa ambil suplemen juga? Sebab bila kita dah detox, kita kena bagi sumber NUTRIEN jugak pada organ2 badan kita terutama buah pinggang, kolon, hati yang sebelum ni dah bekerja keras untuk kita..

Ok jom layan Menu detox MJ dari hari ke-2 sehingga hari ke-4

Diari Detox Day 2 ~ SUP
Hari kedua semua berasaskan SUP SAYUR ye, kalau hari PERTAMA RAW SAYUR & sedikit buah, tapi hari kedua kita kena makan3x makan sup sayur yang Hijau berdaun dan tidak berdaun dengan buah sebiji.

SEBAB
Badan akan mengumpulkan khasiat2 dari sayur dan bergabung untuk membuang lemak yang tak mau dalam badan, ha masa ni la kena bertabah..huhuu


So inilah breakfast MJ, SUP BROKOLI (portion-1 gelas)
Lepas Breakfast boleh ambil (ikut pada bajet)
Alfalfa (membantu masalah penghadaman dan pencernaan dan juga mengandungi klorofil),
DTX Complex (sumber nutrien pada hati - sebab hati berfungsi menyahtoksik dari badan),
VIVIX (memberikan tenaga dan membaiki DNA)


Lunch add on kobis dengan bayam (Portion - 2 gelas)

Lepas LUNCH ambil Peppermint Ginger (perut kan dah biasa dengan nasi, jadi ginger ni untuk elakkan perut dari kembung, sebu dan rasa tak selesa). Lepas tu memang syiok la KENTUT..hihiii


Dan Dinner, disebabkan dah boring makan sup, hehehe MJ kurangkan portion untuk sup then 1 portion lagi buah-buahan mix sayuran raw.

Lepas Dinner dan sebelum tidur ambil HERBLAX (untuk mencuci USUS dan akan menyahtoksin melalui proses pembuangan keesokannya)

______________________________________________________________________________

Diari Detox DAY 3 ~ COLOURS
Salad dan Fruits Meal
Bfast dan Lunch - Campurkan colour sayuran yang BERDAUN dan TIDAK BERDAUN dengan buah sebiji.
Dinner - Steam

SEBAB
Mengaktifkan ENZIM Detox untuk membuang yang boleh merosakkan toksin dan mengelakkan kerosakan teruk pada sel badan akibat toksin.




Ceria tak warna warni untuk breakfast dan LUNCH.. Hari ke 3 MJ dah mula cergas dah, dah tak craving pada nasi, tengok nasi pun dah tak rasa cam nak makan, biasa2 je rasa..hihii

Dan untuk Dinner MJ stam sayuran HIJAU..

___________________________________________________________________________

DIARI DETOX DAY 4 - ENERGY
Bfast - RAW Sayuran BERDAUN
Lunch dan DINNER - Masak SAYUR, juga MINUMAN SMOOTHIE (Protein mix fruits) - Memang yummy..

SEBAB
Membantu tingkatkan berat badan tanpa lemak (Lean bodymass) dan sekaligus membantu tingkatkan tenaga badan berjam2x.



Breakfast Day 4 sama macam Menu Day 1, dan akhirnya LUNCH Day 4 baru dapat jumpa dengan 1 tambahan menu PROTEIN iaitu ESP (Energizing Soy Protein) mix dengan buah dan Low Fat MILK.. Dapat minum kenyang sangat!


U all boleh tengok Diari Detox MJ pada Hari PERTAMA di SINI

3 hari MJ berDETOX, memang nampak TOKSIN yang keluar dari badan, niat berDETOX adalah untuk mengurangkan/menghapuskan TOKSIN dalam BADAN,  TOKSIN sangat bahaya dalam BADAN sebab ia mengundang pelbagai penyakit bahaya seperti KOLESTEROL LDL, serangan sakit jantung, Darah Tinggi dan lain-lain penyakit.
Dan 3 hari tu juga berat MJ turun sebanyak 3kg (BONUS tu) sebab selain kita buang toksin kita dapat kurangkan berat badan.. DETOX tak sama dengan DIET ye.

p/s : Jom FOLLOW MJ di instagram @normaira ataupun #diaridetoxmaira untuk update pasal DETOX ni. :)


Persediaan sebelum Menunaikan Umrah

$
0
0
InsyaAllah jika diizinkan Allah, pada 14/Nov/2016 ~ 23/Nov/2016 MJ bersama kedua ibu bapa MJ akan berangkat ke Tanah Suci bagi menunaikan Ibadah Umrah.. Kami akan menaiki pesawat Saudi Airlines dari KLIA terus ke Jeddah kemudian masuk ke Madinah dahulu.. Pakej yang diambil adalah Pakej RUBY dari Tabung Haji Travel.


Tanpa dirancang sebenarnya cuma my Mum ada terdetik nak pergi sana pada tahun INI tapi disebabkan ketidakcukupan wang,hihii kami menangguhkan sementara dan tanpa disangka Allah memanggil kami ke Rumah-Nya terlebih awal dari apa yang kami rancang. Sesungguhnya Allah lah sebaik-baik perancang, Alhamdulillah..

Dan dengan rezeki yang tak terduga, my Abah dan Mak menang peraduan BONUS SYAWAL ALTEL dengan memenangi hadiah pakej UMRAH, syukur sesangat dengan rezeki jemputan UMRAH dan memandangkan my Abah adalah my MAHRAM jadi MJ pun 'tumpang' sekali pergi ke sana, tapi bayaran MJ asing la cuma my parents je FREE.

MJ pun last minit p buat Passport untuk pertama kalinya lepas tu tersangkut pulak dengan kes IC MJ yang SWEET 18 tu..heheh. Dugaan pertama sebelum nak ke Tanah Haram.

Ikutkan hati dulu memang malas nak tukar IC baru sebab dok fikir bukan nak p luar negara pun dan IC MJ masih lagi sah laku kalau nak check penyata EPF ka, tukar kad bank baru ka buat transaksi di bank ka tapi tu lah siapa sangka kan..

Bukan tu je, bila fikir2 balik ada hikmah di sebalik nama MJ tersangkut di BANK gara-gara culas bayar PTPTN masa bulan 4 hari tu. huhuuu.. Dok ingat takdak apa2 la sebab nama MJ clear dekat website Imigresen ha.. Lepas pada tu gigih la tukar pada UJRAH dengan keluarkan duit EPF Akaun 2 untuk bayar separuh hutang PTPTN tu. Alhamdulillah sekarang ni MJ dah bayar konsisten dari bulan 4 hingga sekarang selama 3 tahun, tak dapat bayangkan kalau las minit tetiba MJ dipanggil ke rumah Allah tapi nama MJ masih lagi sangkut dengan PTPTN.. huhuuu.
Sebab biasa terjadi dekat abang Ipar Adik MJ masa dah di KLIA sebelum terbang untuk buat UMRAH, nama dia sangkut dengan PTPTN dan dia tak dapat buat UMRAH masa tu.


Ok, di bawah ni MJ senaraikan checklist yang perlu disediakan sebelum menunaikan UMRAH selain dari 2 perkara penting yang di atas iaitu Passport dan juga IC.. MJ sendiri banyak bertanya pada kawan2 yang dah pergi dan juga melaui pembacaan dari pengalaman rakan2 blogger yang pernah ke sana.

1. Kad Pengenalan Diri (IC)
Make sure IC korang yang terbaru tau iaitu yang ada muka 2 tu, jangan jadi macam MJ sweet 18..hahaha
Memandangkan MAHRAM MJ adalah my Abah jadi diperlukan salinan SURAT LAHIR yang disahkan oleh JPN (Jabatan Pendaftaran Negara), dan bagi pasangan suami isteri ialah salinan SURAT NIKAH yang disahkan Pejabat Agama.. Ni penting tau sebab kena hantar masa nak memohon VISA.

2. PASSPORT
Bagi yang pertama kali nak ke luar negara macam MJ dan juga my parents of course kena ada passport la, hihiii dan pada mereka yang ada passport TAPI tempoh sah laku MESTI masih ada 6 bulan sebelum tamat.

3. Gambar
4 keping gambar berlatarbelakangkan putih dan wajib bertudung GELAP/HITAM ye dan lelaki tanpa TOPI mahupun kopiah. Ini bagi proses permohonan VISA dan juga lain2 urusan. Macam MJ terus bagi pada Tabung HAJI.

4. Suntikan Vaksin Meningitis / Meningococcal
Ha suntikan ni diWAJIBKAN oleh Kerajaan Arab Saudi untuk sesiapa yang nak mengerjakan Haji/Umrah. Sebab penyakit Meningitis adalah penyakit yang paling berbahaya, kerana ia merupakan penyakit berjangkit yang boleh membawa maut. Tambahan di sana kita akan bertemu dengan manusia yang pelbagai bangsa dari seluruh negara.

"Suntikan Vaksin Meningitis adalah untuk kekebalan tubuh badan bagi mencegah dari penyakit radang membran atau selaput otak dan saraf tunjang".

Vaksin Meningitis merupakan pencegahan terhadap penyakir radang selaput otak. Penyakit meningitis ini cepat sekali menular dan saat pergi Umrah atau Haji kita kan pasti berbaur dengan berbagai Jamaah dari banyak negara lain jadi resiko tertular meningitis ini sangat tinggi. Oya vaksin meningitis harus dilakukan minimal 14 hari sebelum pergi umrah.

Today Deal $50 Off : https://goo.gl/efW8Ef
Vaksin Meningitis merupakan pencegahan terhadap penyakir radang selaput otak. Penyakit meningitis ini cepat sekali menular dan saat pergi Umrah atau Haji kita kan pasti berbaur dengan berbagai Jamaah dari banyak negara lain jadi resiko tertular meningitis ini sangat tinggi. Oya vaksin meningitis harus dilakukan minimal 14 hari sebelum pergi umrah.

Today Deal $50 Off : https://goo.gl/efW8Ef
Vaksin Meningitis merupakan pencegahan terhadap penyakir radang selaput otak. Penyakit meningitis ini cepat sekali menular dan saat pergi Umrah atau Haji kita kan pasti berbaur dengan berbagai Jamaah dari banyak negara lain jadi resiko tertular meningitis ini sangat tinggi. Oya vaksin meningitis harus dilakukan minimal 14 hari sebelum pergi umrah.

Today Deal $50 Off : https://goo.gl/efW8Ef


Buku suntikan hendaklah dibawa bersama nanti.. Macam kami ambik pakej dari Tabung Haji jadi masa nak buat VISA tu Tabung Haji tak minta buku ni tapi kalau kita buat dengan pihak luar (selain dari Tabung Haji), buku suntikan ni perlu ada semasa nak memohon VISA.

MJ buat suntikan ni di Klinik Dr Abd Aziz dan Rakan-Rakan di Kulim, Kedah. 1 suntikan berharga RM130, tempat2 lain MJ survey paling mahal RM150, sebab kami nak suntik 3 orang kan kena cari yang paling murah la kan ;)

Tak sampai 2 minggu permohonan VISA kami LULUS, ada sesetengah VISA depa kata sebulan dan ada yang esok nak p hari ni baru VISA Lulus.. Bergantung jugaklah... Alhamdulillah rezeki kami dipermudahkan urusan.

Tarikh asal kami mohon ialah pada 17/Nov/2016 ~ 28/Nov/2016 tapi kerajaan Arab Saudi yang bagi tarikh baru iaitu diawalkan 3 hari jadi kitorang kena follow jelah..

5. Ubat-ubatan Vs Suplemen
Ha ni wajib kita bawa sebagai persediaan, sebab kat sana cuaca berbeza dari Malaysia jadi badan kita mudah rasa tak sihat, apapun kita berdoa semoga kita sentiasa sihat untuk mengerjakan ibadah nanti, insyaAllah.
Jadi MJ akan bawa kedua-duanya sekali, yelah Suplemen sebagai langkah pencegahan manakala ubat bertindak sebagai penyembuhan. Suplemen boleh diambil setiap hari setiap masa, manakala ubat hanya diambil ketika kita sakit.


Ubat
Panadol, Ubat Batuk, Selsema, Demam, Sakit Kepala dan juga sakit tekak.
Ubat- kita bawa dari Malaysia siap2 sebagai persediaan.

Suplement
1. VITALEA - bertindak sebagai Multivitamin, 2biji setiap hari
2. Ostematrix dan OMEGA - penting sebab masa berUMRAH, kita akan banyak berjalan, jadi untuk mengelakkan dari kejang dan sakit sendi.
3. VITAMIN C - untuk up imun badan, kat sana kita akan mudah batuk @ berjangkit dari mereka yang dah kena kat sana.
4. NUTRIFERONBadan kita memang dah ada antibodi,tapi bila kita boost imun kita, badan akan lebih kuat untuk melawan penyakit. Ini fungsi nutriferon. Sebolehnya kita nak elak dari telan pain killer ataupun panadol tu. Jadi pengambilan nutriferon 2-3 paket seminggu, insyaaAllah tak mudah kena sakit.
5. B Complex - penjana tenaga (menukar glukos kepada tenaga) kerana sepanjang ibadah Umrah nanti memerlukan kita banyak berjaga dari tidur, jadi B Complex membantu kita tetap cergas walau kekurangan tidur yang secukupnya.

6. Persediaan Mental, Fizikal dan Spiritual
Ni yang paling UTAMA lah, persediaan dari segi fizikal dan mental, kerapkan untuk buat SOLAT TAUBAT dan SOLAT HAJAT, doa mudah-mudahan urusan kita di sana nanti dipermudahkan. Diberi kesihatan yang baik dan diperluaskan ruang agar mudah kita melakukan ibadah dan ziarah.

Selain itu, MJ ada baca buku2 UMRAH dan ZIARAH termasuklah gugel pengalaman rakan-rakan blogger. Jadi kita boleh tau apa yang perlu dan tidak perlu kita buat nanti.

7. KURSUS UMRAH
Pada MJ penting jugak untuk kita luangkan masa hadiri KURSUS UMRAH yang dibuat secara percuma, jadi tanya dekat ajen yang uruskan Umrah bila tarikh kursus akan diadakan.

Lain-lain MJ akan update dari semasa ke semasa jika ada penambahan.
Apapun MJ minta kawan-kawan doakan perjalanan kami dipermudahkan saat kami melangkah keluar dari rumah sehinggalah kami pulang kembali ke rumah.. Aminn.


p/s : Mulanya entry ni nak publish sehari sebelum berangkat, tapi menurut Ustaz Fauzi (Ustaz yang MJ dengar semasa kursus Umrah baru2 ni) menyarankan untuk menghebahkan mengenai keberangkatan ke Tanah Suci, bukan dengan niat lain tetapi mana lah tahu ada sedara mara nak 'tumpang' rezeki bersedekah di sana ka @ kirim doa ka (setakat kemampuan kita).



Kenduri Tahlil dan Doa Selamat

$
0
0
Sabtu lepas semasa cuti raya Deepavali 29/Oct/2016 (tudia baru dapat nak update..hehehe) kami buat kenduri kecil2an sikit sebelum nak berangkat mengerjakan UMRAH. Alhamdulillah majlis berjalan lancar dengan penerimaan tetamu di luar jangka.

 My Luv Daddy dengan my luv tok sedara


 Sebahagian tetamu yang hadir


Menu sampingan, tuan rumah cuma sediakan Laksa Johor dengan Kek Gula hangus, kuih muih lain sumbangan dari saudara mara dan jirang tetangga. Semua habis sebab sedap.. Alhamdulillah.


Laksa Johor - ada yang tak pernah makan mula disangkakan Mee Kuah tapi tengok kuah lain, tapi lepas dah makan pakat2 dok menambah ha.. hihiii




Kek ni je my Mum buat, dan tak sangka ramai yang berkongsi sedekah untuk kenduri ni dengan bagi kuih muih.

Lupa kuih ni nama pa, tapi ni pun abes tak sempat nak qasa



Choki2 untuk budak2 

Sayur campur sebelum dicampurkan dengan kuahnya.

 Telur dadar - asal telur ni nak letak dengan laksa johor, tapi boleh je makan dengan nasi.

Pais Ikan Temenung, 1st time kitorang buat menu ni untuk majlis kenduri, dan ramai yang bertambah2 ambik lauk ni sampaikan tuan rumah tak sempat makan.. Takpelah takde rezeki nak qasa, yang penting tetamu puas hati dengan menu2 kami.

Menu utama kami nasi putih, gulai ikan temenung, pais ikan, ikan kering masak asam, sambal belacan, ulam2an dan mak sedara MJ sedekahkan gulai pisang.

Dan paling tak jangka penerimaan sedekah tunai dari tetamu2 yang hadir untuk kami bertiga Alhamdulillah dan InsyaAllah sedekah dari mereka semua kami akan gunakan di sana nanti. 

Cuma ada sorang jiran kami masa nak sedekah dia siap mention duit ni untuk beli aiskrim kat Mekah nanti. Makan Aiskrim sana tau sedap! hehehe insyaAllah. So sedekah tu konpem untuk kami makan aiskrim sebab dah tuannya sebut gitu kan.. :)

RM40 seorang x 3 orang kami (ha puas la kami dapat makan aiskrim nanti).


p/s : MJ bersama Mak Abah akan berangkat ke Tanah Suci pada 14/Nov/2016 dari Penang Airport ke KLIA, berkumpul di sana pukul 2.00 petang (untuk taklimat dan penyerahan Passport Visa dan Boarding Pass) dan 6.00 petang insyaAllah akan berangkat terus ke Jeddah dengan penerbangan Saudi Airlines - SV 835. Doakan perjalanan kami dipermudahkan dan Ibadah kami diterima disisiNya.

Perjalanan Umrah MJ
Kenduri Doa Selamat

Diari Umrah : Perjalanan bermula 14 Nov 2016 (Part 1)

$
0
0
Entry ini adalah sebagai kenangan manis yang akan dikenang nanti dan juga sebagai panduan bersama di masa akan datang, insyaAllah. Tapi tiada niat untuk berbangga diri atau sebagainya.

14 Nov 2016 (Isnin) Penang - KLIA
Kitorang gerak dari Penang dengan penerbangan terus ke KLIA Sepang, penerbangan pada pukul 10.40 tapi seawal 7.30 pagi dah keluar dari rumah takut jem di Penang Bridge tambahan hari Isnin pulak dan kami sampai di Penang Airport pada pukul 8.30 pagi camtu..



Kami dihantar oleh suami dan adik2 MJ, masa di Airport Mak sedara (Maklang dan Paklang pun ada sekali) kemudian Tok sedara (Tokcik) pun sampai, diorang tunggu sampai lah masa boarding kami.


Sebelum keluar rumah My Mak Abah dah siap Mandi Sunat dan Solat Sunat Musafir dan MJ pulak siap mandi wajib (sebelum berangkat MJ didatangi haid, kira hari nak berangkat tu hari ke 5, tapi sepanjang period dok berdoa supaya period cepat kering supaya dapat MJ laksanakan ibadah di sana nanti). Jadi awal pagi tu memang dah yakin dan dah kering tu yang MJ mandi sebab dah tahu nanti 1-2 hari perjalanan dan bila sampai Madinah konpem tak leh nak mandi lagi kan.. - nanti MJ explain pasal hal period ni sebab ada tempoh kena menunggu 24 jam.


Sebagai tanda penghargaan kepada pihak ALTEL yang menaja pakej UMRAH pada Mak dan Abah jadi Abah pakai baju ALTEL.


My sweet darling yang kena tinggal, sobsob.. InsyaAllah kami akan pergi berdua pada masa akan datang jika diizinkan. Trip kali ni tak sempat untuk asben join, MJ pun last minit join sebab ada Mahram kan.



Di KLIA kami berjumpa dengan pihak ALTEL dan juga Tabung Haji untuk taklimat serta serahan Boarding Pass dan Passport pada pukul 2.00 petang.



Sampai di KLIA, adik MJ dah standby tunggu kami dan hantar sampai kami naik flight ke Jeddah pada pukul 6.00 petang. Kami menaiki penerbangan Saudi Airlines SV835.





KLIA - Jeddah
Lepas selesai taklimat Tabung Haji bermulalah keberangkatan kami menaiki pesawat, masa ni mulalah perasaan sedih menerpa, tambahan 2 budak comel ni dah mula buat mulut moncong ha..hihii


Tepat jam 6 petang pesawat mula bergerak menuju destinasi yang sangat kami ingini, maka selamat tinggal Malaysia dan Lambaian Madinah dan Mekah mula menggamit kami. Memandangkan kami masuk Madinah dahulu jadi kami berpakaian seperti biasa.Penerbangan ke Airport Jeddah mengambil masa selama 8 jam dan kami diberikan makan 2x dalam flight. Ok jugak la menu semua sedap..


Yang best dapat dok tepi tingkap :)

1 jam selepas berlepas dah dapat makan sedap yang paling sedap kek cheese dia perghhh.. nyam2

Sepanjang perjalanan memang hanya fokus pada tujuan asal, ada movie pun takdak keinginan nak layan, lebih banyak tumpu pada bacaan al Quran dan jugak berzikir, doa semoga perjalanan kami dimudahkan.
Elok tertidur pramugari kejutkan edar makan, abes makan sambung tido balik, kalau tak tidur pun sambung dengar mengaji takpun zikir itulah rutin berulang2 selama 8 jam atas kapal ha..



Sebelum sampai Jeddah, di Miqat Qarnul Manazil (bagi yang berihram dan masuk Mekah dahulu) Kapten akan buat pengumuman untuk jatuhkan niat. Macam kami tak boleh niat lagi kang berniat ha jagalah 13 pantang larang ihram sampai lah kami selesai Umrah..

Alhamdulillah kami sampai di Jeddah dalam lebih kurang pukul 10.00 malam (Waktu Jeddah) bersamaan 2.00 pagi waktu Malaysia.

Merasa la kami naik kapal terbang besar.. Boeng 777 ha



Dari kapal kitorang kena naik bas plak untuk ke terminal dan melalui proses Imigresen untuk cop passport dan ambik gambar. Imigresen diorang bukan nak kata la, takdaklah ramai sangat orang masa tu, kaunter pun banyak buka tapi servisnya memanglah menuntut kesabaran, sangat sangat slow. Dengan bersembang riuh rendah sambil cungkil gigi dengan kayu sugi tu ha, tapi kitorang takde lah merungut masa tu, nama pun nak p buat Ibadat kan..hihiii



Urusan kami semua selesai lebih kurang pukul 12.30 tengah malam macam tu, kemudian kami naik bas untuk ke Madinah. Yang bestnya pakej yang kami ambil ni (Pakej RUBY) cuma ada 12 orang je dan kami naik 1 bas, pakej 1 lagi (Pakej AQIQ) bas asing seramai 29 orang.




Berdasarkan bacaan dan pengalaman orang terdahulu lepas kita keluar dari Imigresen memang ada la pekerja2 yang 'offer' untuk letak beg2 kami dalam troli tapi kitorang menolak sebab takut terkena caj lebih. Sebabnya tiada perkhidmatan percuma di sana ye..hihii. Itupun puas kami menolak ha, diorang kalau boleh nak kita guna jugak khidmat depa, mujur my Abah cepat2 angkat beg letak atas troli lepas tu kami terus jalan keluar..

Jeddah - Madinah
Perjalanan ke Madinah mengambil masa lebih kurang 5-6 jam, sampai je atas bas Ustaz aka Mutawif kami hidangkan nasi dengan ikan goreng tepung, Ya Allah sedap kot walaupun nasi hanya berkuahkan kuah dal ja atau sebab MJ ni lapaq entahla..hehehe walaupun lampu dalam bas tutup tapi makan tetap makan...hehehe.

Lepas makan tertido kejap pastu tersedar sebab bas berhenti sebab ada jemaah nak terkucir kot. Masa tu ada la penjual naik atas bas jual Madu Yaman sebotol RM30 2 botol RM50. My abah siap beli 2 botol ha, jemaah lain tak berani beli katanya takut tak lepas kat flight masa balik nanti 😊

Lepas tu bas teruskan perjalanan dan MJ kembali tidur dan tersedar bila bas memasuki kota Madinah Mutawif ajak kitorang ikut untuk bacakan doa. Dan lepas tu sampai lah kami di bumi Madinah dan hotel yg bakal kami duduki iaitu Anwar Movenpick Madinah. Kami sampai hotel pun dah masuk waktu Subuh, dalam 5.30 pagi macam tu kot jadi mutawif mintak kami solat Subuh dalam bilik sahaja dan berehat bersihkan diri sebab pukul 7.30 pagi bermulalah aktiviti kami iaitu ziarah makan Nabi..
Kata mutawif kita dah sampai sini jadi kenalah ziarah tuan rumah sebagai tanda menghormati dan beritahu nabi tentang kehadiran kita di sini. Samalah macam kita ke rumah orang tua kita (ibubapa) kita mesti nak jumpa peluk cium dulu sebelum buat benda lain.. Ya Allah sebak sangat rasa masa tu.


Oh ya, masa di Mekah baru MJ dapat tau rupanya Hotel Movenpick ni Tabung Haji dah Chater (betoi ka eja) beberapa bilik untuk sepanjang tahun bagi jemaah umrah. Patutla tempat makan kami (3x makan sehari) dekat 1 tempat je dan tak bercampur dengan orang luar.. hanya semata2 jemaah dari Tabung Haji sahaja.

Ok nanti MJ sambung Part 2 kami ke Raudhah plak ye.



Diari Umrah : Masjid Nabawi, Ziarah Makam Nabi dan Raudhah (Part 2)

$
0
0
Sambungan dari entry Perjalanan Bermula, kami sampai Hotel Movenpick Madinah selepas waktu Subuh dalam pukul 5.30 pagi (Subuh pada 4.50 pagi) jadi kami solat Subuh di Hotel je.

7.30 pagi kami kena berkumpul di lobby Hotel untuk aktiviti pertama kami di bumi Madinah iaitu melawat Makam Nabi dan juga Raudhah. Layankan gambar yang super duper banyak.. :)

Pertama kali dapat melihat lembayung ini di Masjid Nabawi, hati tersentuh.. Betapa indahnya saat mata memandang.


Dari Movenpick Hotel (Gate 15) kitorang akan terus ke Gate 25 dimana terletaknya Makam Nabi.


MJ dan Mak masa dalam Raudhah kami bantu Tok (sebelah mak) sebab masa tu menantu dia (pakai shawl tu) masih dalam period. Alhamdulillah mungkin sebab niat kami bantu bawak Tok maka Allah mudahkan urusan kami dalam tu.
Umur Tok 82 tahun tapi tenaga dia SubhanaAllah memang kagum sangat, tanpa bantuan kerusi roda mahupun kerusi lipat, berdiri atas kaki sendiri (cuma kami ada tolong papah bila keadaan terlalu sesak), dan Allah adan untuk bantu kita di sana, percayalah..

Masa nak masuk Raudhah Tok tanya nama MJ, dan sampai hari kami nak balik Tok ingat nama kami, ingatan Tok memang kuat. Sebabnya kami ni dari lain2 grup jadi susah nak dapat jumpa. Ingat lagi masa hari kami nak balik Tok berkali2 ucap terima kasih kat kami sebab tolong bawak dia, bantu dia masa di Raudhah.. Takpe Tok, kami tolong ikhlas..


Inilah Ustazah Ain (Mutawwifah) yang membimbing kami sepanjang tempoh kami di Raudhah. Sebelum pintu masuk ke Raudhah siap ada papan notis untuk mengingatkan jemaah agar tidak bertolak sesama sendiri.
Dan belakang ustazah Ain ada kubah hijau dan bawah tu lah makam nabi. Masa tu hati dah mula sebak, rasa tak percaya dah semakin hampir nak jumpa Nabi.

Sementara menanti giliran untuk masuk, kami baca doa dulu untuk Nabi Muhammad SAW dan juga buat sahabat2 nabi iaitu Abu Bakar as Siddiq dan Umar al Khattab.

Ada 2 tempat untuk menanti sebelum kami dapat masuk, sebelum turn kami adalah turn jemaah dari Asia Barat (Arab dan Pakistan tak silap) almaklumlah semua berjubah hitam dan berpurdah 😀😀😀

Sesambil menunggu tu sesambil lah berzikir dan berdoa mudah2an dipermudahkan urusan kita untuk berjumpa dengan Nabi.

Tempoh menunggu kami tak lama, dalam sejam gitu tak silap, memang masa nak dapat masuk tu Masya Allah sabar lah bebanyak, punya ramai manusia ada yang bertolak2 ha, tapi alhamdulillah dengan bantuan Mutawwifah kami dapat tempat di bahagian depan.
Dari situ dah nampak makam Nabi, syahdu sangat masa tu tak sangka ada peluang untuk kami berjumpa dengan kekasih umat Islam seluruh dunia. Kekasih yang dirindui oleh semua.

Dan bila tersedar kaki sedang memijak karpet hijau, terus ambil peluang bersolat, masa tu Ya Allah syukur sesangat tak sangka dapat peluang yang mudah..

Dah habis solat MJ berdiri ingat nak bagi peluang kat orang lain tapi mutawiffah cakap 'Hajjah! solat solat! jadi ambik peluang untuk solat lagi sekali, tapi lepas Rukuk MJ tak dapat nak sujud, penuh manusia berdiri betul2 kat depan ha. Sambil menunggu tu sambil berdoa mudah2an Allah mudahkan urusan untuk selesaikan solat dengan sempurna, lepas pada tu dapat peluang sujud dan selesaikan solat.. Alhamdulillah

Lepas solat MJ berdiri dan terus berdoa apa yang terlintas, airmata tak usah cakap la punya senang la bederai.. 😪😪😭😭😭

Lepas tu tetiba Ustazah Ain panggil MJ dengan mak untuk solat lagi, dapat pulak tempat kat saf hadapan.. Apa lagi terus ambik peluang solat lagi di situ, Ya Allah syukur sesangat Engkau mudahkan urusanku di sini bersama Mak, walaupun sesak dengan manusia tapi Engkau memberi peluang pada kami untuk bersolat di Raudhah.

Habis je solat dengar Ustazah sebut..

Hajjah! sujud syukur, Hajjah! sujud syukur

Kami pun terus sambung dengan sujud syukur, memang bersyukur sesangat Ya Allah 3x dapat solat sunat dalam Raudhah, dapat berdoa dalamnya. Perasaan yang tak dapat nak diungkapkan, sedih dalam gembira. Sesungguhnya kami memang berpuas hati sangat.

Habis solat grup kami mula bergerak untuk keluar, untuk bagi peluang pada jemaah lain pulak.

Masa ni kitorang baru je gerak keluar dari Raudhah.


 Grup kecil kami bersama Ustazah Ain


Sebelum keluar dari dalam Masjid sempat lagi mintak mak tolong ambilkan gambar 😃


Me and my Mum.


Bergambar dengan my kesayangan di pintu masuk ke Raudhah.. Pintu no 25 

Kami keluar dari Raudhah dalam pukul 11.00 pagi macam tu (lebih kurang 3 jam lebih la dari menunggu sampai habis). Kesimpulannya MJ berpuas hati sangat sebab dapat solat dan dapat berdoa dalam tempat yang ddambakan sejak dari Malaysia lagi.

Di Malaysia MJ dah berdoa supaya segala urusan dipermudahkan dan alhamdulillah Allah kabulkan, sebab kami dapat rasakan kemudahan sepanjang kami berada dalam tu. Terima kasih ya Allah.


Oh ya, lepas Raudhah jemaah lelaki SAHAJA mereka ke Perkuburan Baqi' tempat perkuburan besar yang menempatkan isteri nabi, anak2 nabi, sahabat2 nabi dan juga jemaah2 yang meninggal di Madinah. Beruntung kan yang meninggal di sana dapat dikebumikan di tempat yang sama mereka yang lain.
Lagi satu jemaah lelaki mereka setiap masa dapat ke Raudhah sebab situ kawasan solat untuk lelaki. My Abah setiap kali solat waktu dapat solat dalam Raudhah, alhamdulillah rezeki.

Dari handphone my Abah

Kiri Makam Rasulullah, tengah Saidina Abu Bakar dan kanan Saidina Umar, beruntung jemaah lelaki dapat lihat Makam Nabi dan Sahabat, jemaah wanita tak boleh ke sana, di sekat dengan penghadang.


Dan MJ nak bagi kredit pada Maria Firdaus yang kongsi doa ni, dan doa ini lah kami baca sebelum kami ke Tanah Suci (MJ ada olah ikut kesesuaian).



DOA SEBELUM BERANGKAT KE TANAH SUCI (UMRAH) 

Ya Allah, kami memohon keampunan Mu ya Allah. Kami memohon rahmat Mu ya Allah. Kami memohon taufik dan hidayah Mu, ya Allah. Kami dijemput oleh Mu bagi menunaikan ibadah umrah pada tahun ini. Kami bersyukur atas segala nikmat yg Engkau berikan kepada kami sekeluarga.

Ya Allah, terimalah kami sebagai tetamu Mu ya Allah. Tetamu yang paling istimewa ya Allah, tetamu yang paling-paling istimewa ya Allah. Kami tahu, Engkaulah yang berkuasa memberi keistimewaan kepada sesiapa yang Engkau mahu berikan. Ya Allah, ampunilah diri kami ya Allah.

Ya Allah, Kau peliharalah keselamatan dan kesihatan ahli keluarga kami di Malaysia. Tenangkanlah hati mereka. Jangan Kau cetuskan rasa rindu kepada kami sepanjang kami menjadi tetamu Mu ya Allah. Kau hilangkan lah rasa rindu kami kepada mereka semasa kami berada di sana.

Ya Allah, berikanlah kesihatan yang sempurna kepada kedua ibu bapa kami. Kau lindungilah mereka. Masukkanlah mereka dikalangan orang yang beriman dan beramal soleh. Kau balaslah budi baik mereka yang sanggup bersusah payah menjaga kami dengan memberi kemuliaan, kesejahteraan dan kebahagian di dunia dan akhirat. Kau ampunilah dosa dosa mereka ya Allah.

Ya Allah, Kau ampunilah diri kami. Ya Allah, kami pergi ke rumah Mu semata mata untuk beramal ibadah kepada Mu. Janganlah Kau palingkan niat dan tujuan kami. Jangan Kau sukarkan perhubungan antara kami.

Ya Allah, Kau berilah perasaan kasih sayang, cinta mencintai antara kami suami isteri dan adik beradik, saling maaf bermaafan dan tidak cepat berasa tersinggung dan bermasam muka. Jadikanlah kami saling faham memahami dan saling kasih mengasihi. Ya Allah, jauhilah kami dari bertelingkah dan berselisih faham yang boleh menjejaskan amal ibadah kami di sana nanti ya Allah. Jangan Kau uji kami dalam soal ini ya Allah.

Ya Allah, permudahkanlah perjalanan kami. Bermula dari kami keluar dari rumah ini sehinggalah kami kembali ke sini. Janganlah kami terjebak dengan sebarang kesulitan yang menyukarkan kami untuk sampai ke rumah Mu. Jauhilah kami dari mala petaka atau bencana yang akan menimpa kami Ya Allah.

Ya Allah, jangan Kau pisahkan kami. Berilah ketenangan, keamanan dan kemudahan terutamanya dalam soal-soal kesihatan sepanjang perjalanan kami. Elakkan kami dari perasaan kerap membuang air kecil. Peliharalah kesihatan kami, mudah mudahan dengan kesihatan yang Kau berikan. Dapatlah kami beramal ibadah untuk mendekatkan diri kami kepada Mu.

Ya Allah, hanya pada Mu lah, tempat kami bergantung harap. Berikanlah kemudahan kepada kami sekeluarga. Berikanlah keistimewaan kepada kami dalam segala perkara. Tempatkanlah kami dikawasan yang berdekatan dengan Masjidil Haram. Ya Allah, kami memohon kepada Mu agar tempat tinggal kami tidak menjadi penghalang kepada tujuan kedatangan kami ke Tanah Haram ini.

Ya Allah, kami mahu beramal ibadah kepada mu. Semata mata untuk Mu, ya Allah. Permudahkanlah makan minum kami dan berikanlah kesihatan yang baik sepanjang kami di sana. Kau berikanlah kesabaran kepada kami dalam menghadapi sebarang cabaran dan dugaan disana nanti.

Ya Allah, semasa kami di Madinah nanti, Kau berikanlah rasa cinta, rasa sayang dan rasa kasih kepada Masjidil Nabawi. Ya Allah, kami mahu yang terbaik. Kamu mahu beramal ibadah di sana. Berikanlah kami peluang menziarahi dan melalui Makam Rasulullah. Berilah kami ruang untuk bersembahyang di Raudah. Cukupkanlah sembahyang kami sekurang kurangnya 40 waktu secara berterusan.

Berilah kami peluang untuk melakukan yang terbaik di sana nanti ya Allah.
Ya Allah, kami akan mengerjakan ibadah umrah. Kau terimalah ibadah ini ya Allah. Semasa kami di Mekah nanti, mudahkanlah kami melakukan ibadah umrah Ya Allah.

Berikanlah laluan dan lorongan bagi kami melakukan tawaf umrah. Permudahkanlah kami melakukan sai’. Ya Allah, berikanlah kekuatan dan kesihatan untuk kami melakukan amal ibadah ini. Ya Allah, jangan Kau uji kami dengan rasa jarak yang jauh, hati yang malas dan tenaga yang tiada.

Ya Allah, semasa kami berada di Tanah Haram nanti, janganlah Kau lalaikan kami dengan bersenang lenang dan malas beramal ibadah. Ya Allah, kami hadir sebagai tetamu Mu dalam keadaan jahil. Kaulah yang dapat membantu kami.

Ya Allah, berikanlah kami perasaan jatuh cinta kepada Masjidil Haram. Gerakkanlah hati kami supaya sentiasa berada di sana. Beramal ibadah di sana. Itulah cita-cita kami ya Allah. Kami datang semata mata kerana Mu ya Allah. Kerana Mu ya Allah. Ya Allah, tutuplah pintu hati kami daripada lalai membeli belah di sana nanti.

Ya Allah, penuhilah ruang masa kami dengan melakukan amal ibadah yang sepatutnya kami lakukan. Ya Allah, kami ingin khatam Al Quran di Masjidil Haram Ya Allah. Ya Allah, kami ingin bersembahyang di Hijir Ismail Ya Allah. Ya Allah, kami ingin mencium Hajar Aswad. Ya Allah, kami ingin berdoa dihadapan Multazam ya Allah. Berilah ruang kepada kami apabila kami memerlukannya ya Allah. Berikanlah rasa kasih yang mendalam kepada Masjidil Haram.
Ya Allah, Kau ajarlah kami. Kau bantulah kami. Kau tunjukkanlah dengan sebaik-baik pengajaran. Kau berikanlah ilham untuk kami melakukan yang terbaik. Hanya yang terbaik untuk Mu ya Allah. Ampunilah kami ya Allah, hanya kepada mu tempat kami berserah dengan sesungguhnya.

Ya Allah, gerakkanlah hati kami untuk melakukan umrah sunat sebanyak mungkin. Ya Allah, gerakkanlah hati kami bagi membanyakkan amal di Masjidil Haram. Berikanlah perasaan kasih sayang, cinta dan keinginan untuk berada di sana. Ya Allah, mudahkanlah untuk kami melakukan ibadah tawaf, bersembahyang dan membaca al quran.

Ya Allah, ampunilah kami. Permudahkanlah perjalanan kami dari Madinah ke Mekah. Jauhilah kami daripada sebarang mala petaka. Jangan Kau uji kami dengan sesuatu yang tidak dapat kami memikulnya Ya Allah. Berikanlah kesihatan kepada kami. Amankan hati kami. Tenangkan perasaan kami. Ingatkan kami untuk bertalbiah di sepanjang jalan.
Ya Allah, mudahkan urusan kami sepanjang menjadi tetamu Mu. Ya Allah, tetapkan hati kami untuk beramal ibadah. Ya Allah, kuncilah mulut kami daripada bercakap perkara yang tidak memberi faedah. Jauhilah kami daripada mereka yang suka bersembang, menghabiskan masa dan membazir waktu.

Ya Allah, berikanlah taufik dan hidayah Mu kepada kami. Kau berikanlah kerahmatan Mu kepada kami. Ya Allah,selepas selesai segala-galanya, kami memohon kepada Mu, permudahkanlah perjalanan pulang kami. Jauhilah kami dari malapetaka sepanjang perjalanan pulang kami. Berikanlah keselamatan kepada kami sehingga kami dapat berjumpa dengan ahli keluarga kami. Ya Allah, Kau berkatilah kami ya Allah. Ampunilah kami ya Allah.

Ya Allah, kami ini adalah manusia jahil. Kami ini manusia yang kerdil. Kami banyak dosa kepada Mu. Ampunilah kami. Kami pergi menunaikan umrah semata mata kerana ketakutan dan keinginan untuk menyampaikan rasa syukur kami kepada Mu. Kau yang Maha Berkuasa. Kau yang memakbulkan segala permohonan hamba Mu. Ya Allah, kami mahu yang terbaik, yang teristimewa dan yang terpilih diantara jutaan hamba-hamba Mu.

Ya Allah, berikanlah dan kurniakanlah umrah yang mabrur kepada kami sekeluarga, umrah yang Kau redhai dan yang mulia disisimu. Ya Allah, apabila kami pulang ke Malaysia nanti, kami mahu berubah ya Allah. Kami mahu menjadi manusia yg lebih baik disisimu.
Ya Allah, berikanlah kebahagian kepada kami sekeluarga. Berikanlah rezeki yang halal dan jauhilah kami daripada mereka yang suka membuat fitnah. Kaulah yang mencipta kami dan kami hanyalah hamba Mu yang hina dan tidak berpengetahuan.

Ya Allah, sekiranya kami dipanggil oleh Mu, Kau masukkanlah kami dikalangan orang yang beriman, mereka yang beramal soleh. Kau tempatkanlah kami di dalam syurga Mu yang paling istimewa. Syurga Firdaus ya Allah. Kami mohon keredhaan Mu.



Pes Kuah Laksa Janggus, Balik Pulau

$
0
0
MJ nak promote sikit PES KUAH LAKSA SEGERA 
Pes ni Owner Laksa Janggus Balik Pulau yang buat tau.
Dari segi rasa insyaAllah sama, jadi yang duduk jauh tu dan yang teringin nak makan laksa janggus boleh la beli Pes ni, takyah nak kerabat bukit Balik Pulau tu dah..hihiii

 Bagi yang bekerjaya amat sesuai la PES ni, takyah nak rebus ikan la nak masak cabai bagai, cuma masukkan air dan PES, didihkan dan SIAP!


Ni MJ buat lepas balik kerja tekak nak makan panas2 almaklumlah luar hujan, cuma perlu rendam Laksa dan telur dah siap boleh makan.. nyam2.



Ni plak adik MJ dia goreng bihun lepas tu buat kuah laksa dah boleh makan. 
Senang, cepat dan mudah.


1 PES boleh makan Laksa untuk 4 orang. Harga RM11 tak termasuk pos ye.
Berminat boleh Wasap MJ : 012-4353088


Viewing all 313 articles
Browse latest View live