Quantcast
Channel: CeLoteh MJ
Viewing all 313 articles
Browse latest View live

Diari Umrah : Ziarah Luar Madinah (Part 3)

$
0
0
Alhamdulillah,setelah selesai Ziarah dalam di Madinah, keesokannya kami dibawa untuk Ziarah Luar di sekitar Madinah (16 Nov 2016) pula.

Seawal 7.30 pagi kami kena menunggu di Lobi Hotel dan menaiki bas untuk ke destinasi pertama ziarah kami iaitu Masjid Quba. Kami dinasihatkan untuk mengambil Wudhu siap2 di Hotel untuk mendapatkan pahala seperti sabda Rasulullah SAW :

Barang siapa telah bersuci (berwudhu) di rumahnya. kemudian mendatangi masjid Quba, lalu solat di dalamnya dua rakaat, baginya sama dengan pahala mengerjakan umrah.” (HR Ibn Majah ayat 1412).

Sebelum sampai ke Masjid Quba kami lalu di Masjid Ijabah (yang bermaksud dikabulkan segera oleh Allah) dimana Rasulullah telah berdoa seusai solat dengan 3 Doa tetapi hanya 1 doa telah ditangguhkan oleh Allah. Doa Rasulullah ialah

1. "Ya Allah, jangan dihancurkan umatku dari bencana kelaparan dan kekeringan yang berpanjangan." doa ini dikabulkan oleh Allah.

2. "Ya Allah, jangan dihancurkan umatku dari bencana banjir besar yang boleh menenggelamkan umatku seperti yang terjadi pada umat Nabi Nuh," doa ini pun dikabulkan oleh Allah.

3. "Ya Allah, jangan binasakan umatku dengan pergaduhan dan perpecahan." Tetapi doa ini tidak dikabulkan Allah, sebab itu sehingga kini umat Islam masih dalam pergaduhan dan perpecahan.

Kami sampai Masjid Quba dalam pukul 7.50 pagi macam tu tapi cuaca macam dah pukul 11.00pagi ha 😁

Masjid Quba' - Besar dan Cantik, tempat solat pun selesa.

Masjid Quba adalah masjid pertama yang dibina oleh Rasulullah dan para sahabat (dicadangkan oleh Ammar bin Yasir untuk mendirikan Masjid- keluarga ini telah diseksa dengan kejam oleh Abu Jahal tetapi sikit pun tidak mampu menggoyahkan Iman mereka - teringat lagu kumpulan Hijaz - Sumayyah).

"Sabarlah keluarga Yasir,
bagimu syurga di sana
Dan kau pun tegar memilih syurga
Walau terpaksa berkorban nyawa
lalu tombak yang tajam menikam
Jasadmu yang tiada bermaya
namun iman di dadamu sedikit
tidak berubah"

"Darahmu menjadi sumbu pelita Iman
Sumayyah kaulah lambang wanita solehah
tangan yang disangka lembut menghayun buaian
menggoncang dunia mencipta sejarah..

Sumayyah kau dibunuh didunia sementara
Untuk hidup di syurga yang selama lamanya
Kaulah wanita terbaik sebaik manusia
namamu tetap menjadi sejarah"

Aduiii sambil taip sambil nyanyi sambil terasa bulu roma tegak berdiri sambil airmata bertakung.. Sebak sangat, sambil terfikir adakah kita mampu menjadi sekuat Sumayyah, setabah keluarga Yasir? Ya Allah ampunilah dosa2 kami.. Aminnn...


 Bergambar kenangan tanda diri ini pernah sampai ke Masjid Rasulullah.. 😚
Kat dataran Masjid ni penuh dengan burung Merpati, kita boleh beli makanan burung yang banyak dijual.

Masjid Quba kini telah diubahsuai oleh kerajaan Arab Saudi dengan 3 pintu utama untuk para jemaah dengan 2 darinya untuk lelaki dan 1 pintu untuk perempuan.



Dan kat sini juga kami beli Kurma Hidup maksudnya kurma muda.. Sedap Manis Crunchy Lemak semua lengkap.. 😍😘


 Bahagian dalam Masjid Quba

Dari Masjid Quba' kami teruskan perjalanan dan lalu di Masjid Qiblatain (Masjid yang mempunyai 2 Kiblat). Dahulunya Masjid ni bernama Masjid Bani Salamah.

Masjid ini diberi nama Masjid Qiblatain kerana turunnya perintah Allah S.W.T agar Rasulullah menjadikan Kaabah sebagai kiblat menggantikan kiblat yang menghadap BaitulMaqdis.

Peristiwa ini berlaku pada 2 Hijrah selepas Baginda berhijrah ke Madinah. Rasulullah S.A.W bersama beberapa orang sahabat telah pergi ke perkampungan Bani Salamah, apabila tiba waktu Zohor Rasulullah S.A.W dan para sahabat mengerjakan solat Zohor di Masjid Bani Salamah berkiblatkan Baitul Maqdis. Ketika berada pada rakaat kedua, turun firman Allah S.W.T yang bermaksud :

".. Maka sesungguhnya Kami akan memalingkan kamu ke arah kiblat yang kamu sukai, oleh itu palingkanlah mukamu ke arah Masjidil Haram.. " Surah Al-Baqarah : 144.

Dengan turunnya ayat di atas, Rasulullah S.A.W segera mengubah arah kiblat Baginda dengan berpusing ke belakang diikuti para sahabat dan mereka menyempurnakan solat Zohor tersebut. Jelas di sini bahawa Rasulullah S.A.W mengerjakan solat Zohor tersebut menghadap ke arah dua kiblat iaitu Baitul Maqdis, dan kemudian mengubah kedudukan Baginda lalu berkiblatkan Baitullah di Mekah Al-Mukarramah.


Kemudian kami ke Jabal Uhud, tempat dimana berlakunya perang Uhud selepas setahun berakhirnya perang Badar.
Mutawwif cakap sembahyang jenazah di Masjid Nabawi pahala seberat bukit Uhud.. Subhanallah rugi kalau tak ambil peluang kerana solat jenazah memang ada setiap kali waktu solat.


 Berlatarbelakangkan Bukit Uhud

MJ cerita sikit sejarah Perang Uhud seperti yang diceritakan oleh Mutawwif kami tika kami sampai di Jabal Uhud ni.

Mengapa terjadinya perang Uhud ni??
Peperangan ini terjadi akibat daripada perasaan marah dan benci para kafir Quraisy terhadap kejayaan tentera Islam ketika peperangan Badar yang lalu.
Mereka telah menghimpunkan bala tentera seramai 3000 orang untuk menyerang umat Islam.
Selepas Rasulullah s.a.w menerima berita tentang kemaraan tentera kafir Quraisy, Baginda pun terus mengadakan satu mesyuarat dengan para sahabat dan sahabat bersepakat untuk berperang di luar Madinah dan ke bukit Uhud walaupun pada awalnya baginda ingin bertahan di Madinah sahaja.


Rasulullah s.a.w telah mengatur strategi yang terbaik di dalam menghadapi kemaraan musuh.
Kedua-dua tentera ini bertembung dan bertempur dalam satu pertempuran yang hebat dan pada permulaannya tentera Islam telah mencapai kemenangan walau pun Saidina Hamzah bin Abdul Muttalib iaitu bapa saudara nabi yang digelar Asadullah telah gugur syahid terkena panah yang dilontar oleh seorang hamba abdi yang bernama Wahsyi bin Harb.


Begitu juga apa yang berlaku kepada Hanzalah bin Abu ‘Amir yang baru sahaja melangsungkan perkahwinan di mana setelah mendengar panggilan jihad dia terus meninggalkan isteri yang baru dikahwini semata-mata menyahut seruan jihad tersebut.
Dia ditemui telah gugur syahid dan didapati mayatnya basah seperti dimandikan..
Apabila diberitahu Rasullullah s.a.w akan perkara ini lalu baginda memberitahu bahawa mayatnya telah dimandikan oleh para malaikat kerana turunnya dia ke medan jihad dalam keadaan berjunub...
Inilah dia erti pengorbanan dan perjuangan yang ditunjukkan oleh para sahabat dalam memastikan keagungan Islam terus dipertahankan sehingga mereka sanggup berkorban dan mengenepikan kepentingan peribadi demi Islam.

Bukit Memanah, tapi kitorang tak panjat sampai ke atas pun 😊

Kemenangan peringkat pertama yang dicapai itu hanya sementara sahaja akibat daripada kelalaian tentera pemanah yang meninggalkan tempat mereka apabila tidak sabar melihat para tentera Islam yang lain memungut harta rampasan dan mereka terlalu yakin bahawa tentera Islam telah pun menang...
Sedangkan strategi yang diatur oleh Rasulullah s.a.w yang menempatkan tentera pemanah di atas bukit itu amat tepat dan telah berjaya mematah beberapa serangan daripada tentera musuh sebelum ini.


 View dari Bukit Memanah menghadap Jabal Uhud

Akibat daripada tidak patuhnya mereka terhadap perintah Rasulullah s.a.w menyebabkan mereka ditimpa serangan bertubi2 di mana tentera musuh (yang diketuai Khalid Al-Walid) yang memang menunggu saat untuk menyerang balas kini telah menggunakan peluang yang terbuka ini dengan sebaiknya.
Serangan ini telah menyebabkan berlakunya kekacauan dan Rasulullah s.a.w sendiri cedera sehingga patah gigi baginda.
Tentera Quraisy menyampaikan berita palsu bahawa Rasulullah s.a.w telah mati dan ini menambahkan lagi kekalutan dalam tentera Islam.

Dalam suasana kalut inilah, Ka’ab bin Malik telah terpandang diri Rasulullah sa.w lalu dia melaungkan bahawa Rasulullah s.a.w masih hidup...
Laungan ini menaikkan semula semangat tentera Islam. Selepas itu Rasulullah s.aw telah mengumpul 30 orang para sahabat dan menuju ke suatu teluk di bukit Uhud bagi mengatur tindakan yang baru dalam menghadapi musuh.
Para sahabat juga melindungi Rasulullah dari serangan tentera kafir Quraisy.. akibat serangan bertali arus, baginda jatuh ke dalam lubang..

Nusaibah (pemberi minum kepada para muslimin) ikut menyekat kemaraan musuh dan mengalami kecederaan di bahunya.. Melihat hal itu, Abu Dujanah melompat ke dalam lubang untuk melindungi Rasulullah dengan belakang badannya.. anak panah yang menghujani lubang nabi Muhammad mengenai belakang Abu Dujanah..
kerana banyaknya anak panah yang melekat dibelakangnya, badannya dilihat seperti belakang landak..



Strategi baru diambil berjaya menghalang kemaraan musuh walau pun cuba diserang oleh Abu Sufyan dan Khalid al Walid dan tentera Quraisy..

Setelah gagal menghancurkan kekuatan tentera Islam lalu tentera Quraisy beralih tumpuan mereka kepada mayat tentera Islam yang telah gugur syahid di mana mereka telah menyincang dan mengelar mayat itu dengan penuh perasaan marah dan benci termasuklah mayat Saidina Hamzah bin Abdul Muttalib yang dibelah perutnya oleh Hindun binti’Utbah (isteri Abu Sufyan) untuk mengambil hatinya lalu dikunyah penuh dengan kebenciaan (kerana Hamzah telah menyebabkan kematian ayah, bapa saudara dan abang kandungnya dalam perang Badar), tetapi dia akhirnya tidak berjaya menelannya sebaliknya telah membuangnya semula daripada mulutnya.
tidak cukup dengan itu,dipotongnya juga telinga dan hidung Hamzah.



Walau pun pada peringkat kedua dalam peperangan ini tentera Islam tidak berjaya malah seramai 70 orang telah gugur Syahid namun tentera musuh tidak berjaya mara untuk menawan Madinah dan membunuh Rasulullah s.a.w... Setelah berundurnya tentera Quraisy maka tamatlah jua peperangan..

Pada masa itu, Rasulullah belum tahu bahawa Hamzah syahid sehingga apabila baginda tiba ke tempat mayat Hamzah yang sebegitu rupa, baginda menangis teresak-esak..begitu jua para sahabat yang lain..

Rasulullah berkata yang bermaksud,"demi Allah, belum pernah aku lalui dalam hidupku sesedih suasana ini".

Walaupun sedih dengan apa yang berlaku dalam peperangan Uhud ini tetapi Allah telah meniupkan semangat ke dalam sanubari umat Islam melalui ayat 104 surah an-Nisa’ : yang bermaksud:

"Jangan kamu merasa hina (hilang semangat) memburu musuh kerana jika kamu merasa sakit mereka juga merasa sakit seperti kamu merasainya sedangkan kamu pula berharap kepada Allah apa yang mereka tidak harapkan"



Di Makam inilah bersemadinya 70 jenazah para syuhada yang gugur tika perang Uhud termasuklah Saidina Hamzah yang diberi gelaran Penghulu Para Syuhada.
Makam sebelum ini pernah dilanda banjir dan semasa nak pindahkan jenazah syuhada didapati jenazah mereka masih dalam keadaan elok dan berdarah walaupun peristiwa tu dah berlaku beribu tahun. SubhanaAllah..


Di madinah ada banyak telaga2
Bir = telaga.
Bir Uthman - Telaga Saidina Uthman yang sebelum ini dipunyai oleh orang yahudi yang menjual air nya kepada kaum Muslimin. Lalu Saidina Uthman bin Affan datang untuk membeli telaga tersebut  tetapi orang yahudi tak izinkan. Tapi selepas 'nego' akhirnya dapat dibeli separuh2..
Saidina Uthman sedekahkan air tu kepada semua orang. Jadi ramailah yang ambil air dari saidina Uthman sehinggakan tak ada lagi yang membeli dari orang Yahudi sehingga mereka mengalami kerugian. Kemudian akhirnya yahudi menjual semua kepada Uthman.

Tetapi ada golongan pembelot dalam Islam sehingga akhir hayat saidina Uthman Ra golongan pembelot islam tak bagi dia minum sedangkan telaga tu dia yang beli bagi org Islam minum free.


Tempat berlakunya Perang Khandaq

Kemudian kami lalu di Masjid Khandaq (bererti Parit) - parit telah digali dari Masjid sehingga ke bukit uhud utk mencegah Orang Mekah datang ke Madinah untuk beperang. Ternyata parit tersebut berjaya mematahkan serangan tentera Quraisy.

Kemudian kami di bawa ke Ladang Kurma, di Ladang Kurma korang boleh makan/rasa Kurma sebab diorang cakap HALAL! HALAL!, kalau nak bawak keluar kena beli lah. 😆 MJ beli Kurma liat 2kg, tak ingat nama kurma tu tapi sedap.. dia rasa macam serat2 sikit.

Lepas Ladang Kurma sepatutnya kami akan singgah ke Pasar Kurma, tapi driver Bas takmau singgah kerana dia ada urusan lain jadi kami terus balik ke Hotel untuk rehat sebelum masuk waktu Zohor pada pukul 12.15 tengah hari.

Tapi pihak Tabung Haji minta Mutawwif bawa trip kami asing ke Pasar Kurma, sebab dalam jadual memang ada ke Pasar Kurma tetapi sebabkan driver Bas takmau bawa jadi kena pergi sendiri.


Kurma Ajwa.. sedap weyhhh :)

Di Pasar Kurma ternyata Kurma lebih FRESH dan BARU. My Mak Abah siap beli Kurma sampai 8kg ha, puas hati. Siap minta Kurma yang terbaik (Kurma no 1 di Madinah) jadi dapatlah beli Kurma Ambar dan Kurma Ajwa. Sedap!


Kurma Ambar

Seronok bila berpeluang melawat tempat2 sejarah sambil kita mengimbau sejarah yang berlaku pada zaman Rasulullah, mujur kami dapat Mutawwif yang suka bercerita sejarah2 Nabi dekat kami.


Rezeki untuk yang datang melawat kami termasuklah kat kawan2 Mak, Abah, MJ dan Suami dapatlah merasa sorang sikit. Dekat 50 bekas ha kami buat ;) Tu pun Mak rasa nyesal tak beli banyak lagi..hihiii sebab sedap..


Ya Allah, bila taip entry ni rasa sebak sangat, kerinduan yang mendalam untuk jejakkan lagi kaki ke sini, Kau mudahkanlah Ya Allah.. Semoga Kau menjemputku lagi ke sana, aminnn


Diari Umrah : Ziarah Wada' Makam Rasulullah dan ke Mekah untuk berumrah (Part 4)

$
0
0
Lama betul baru dapat nak update, tapi tetap kena tulis jugak supaya ada kenangan suatu hari nanti, kalau tak, kang hilang je kenangan dan gambar dalam fon ni ha..huhuu. So entry ni agak panjang lah ye :)

Setelah 3 hari berada di bumi barakah Madinah, tibalah masa untuk kami meninggalkan bumi indah tersebut 😢😢
Masa ni Ya Allah sedih sangat, rasa seperti masa sangat mencemburui kami untuk terus berada di bumi Madinah tapi apakan dayakita hanyalah merancang. Apapun kami tetap bersyukur kerana diberi kesempatan untuk berada di situ, semoga diberi peluang sekali lagi atau berkali2 peluang untuk ke situ semula, aminn..






Jadi kami menghabiskan masa malam dengan menikmati keindahan di Masjid Nabawi. Seronok tengok famili2 Arab berkumpul bersama keluarga berkelah di dataran Masjid, ada yang mengaji, ada yang memberi tazkirah dan bercerita pada anak2, ada yang bermain, dan bermacam2 ragam lah. Baguslah sebab ni salah 1 cara mereka mengeratkan hubungan kekeluargaan.


Ziarah Wada'



Seawal 7.30 pagi kami berkumpul di Lobby bersama jemaah2 lain termasuklah jemaah Tabung Haji yang baru tiba semalam. Tak silap Pakej Aqiq dengan Nilam. Mereka akan dibawa Ziarah dalam ke Raudhah dan Makam Nabi manakala grup kami buat Ziarah Wada' ataupun Wida'(Ziarah selamat tinggal).






Nabi pernah bersabda, sesiapa dalam kalangan umatku yang datang menziarahiku sesudahku meninggal, maka dia akan beroleh syafaatku di akhirat kelak. Syafaat bererti pertolongan dengan izin Allah SWT. InsyaAllah mudah-mudahan aminn..



Dalam taklimatselepas ziarah Wada' Ustaz berpesan untuk kami menunaikan solat Zohor di Masjid buat kali terakhirsebelum kami bertolak ke Mekah pada pukul 2.00 petang untuk menunaikan Umrah. Solat Zohor dibuat dengan mengikuti Imam dan selepas itu kami terus buat Solat Jamak Asar 4 rakaat (sendirian) memandangkan kami di jangka sampai ke Mekah malam dan hanya berhenti di RnR untuk Jamak Maghrib dan Isyak.

Solat Jamak Asar kena buat 4 rakaat dan bukan 2 rakaat sebab kami buat Zohor dengan Imam 4 rakaat, jadi kena sama tak boleh Zohor 4 Asar 2 melainkan kalau buat Zohor 2 rakaat maka bolehlah buat Asar 2 rakaat. Ilmu baru kami pelajari alhamdulillah.
 


Miqat di Masjid Bir Ali
Kami bertolak dari Madinah pada pukul 2.00 petang, lebih kurang 10 minit perjalanan kami sampai di Masjid Bir Ali. Masjid ni cantik sangat, besar, luas dan selesa.

 


Miqat - tempat untuk jatuhkan niat
Bir Ali - Nama sebenarnya ialah Zulhulaifah tapi akhirnya lekat dengan nama Bir Ali sampai sekarang.
Miqat ni Rasulullah saw yang pertama pernah berniat di sini bersama2 para sahabat.

Bila?
Selepas nabi berhijrah ke Madinah dan tinggal disana selama lebih kurang 6 tahun dan kemudian nabi brmimpi, selepas pada tu barulah umrah dilaksanakan.
Semasa nabi masih berada di Mekah umrah belum dilaksanakan lagi.


Rasulullah mengambil niat di situ sebelum ke Mekah untuk menunaikan umrah.

Mimpi Rasulullah 
Baginda bersama sahabat2 tawaf di Kaabah. Lalu Rasulullah memceritakan kepada sahabat2 mengenai mimpinya lalu mereka semua berpakaian putih & menuju ke Mekah dengan berjalan kaki. Tak tergambar betapa jauhnya perjalanan baginda bersama sahabat masa itu sedangkan kita dengan menaiki bas pun mengambil masa hampir 7-8 jam.
 

Sampai di Bir Ali, di sanalah mereka berniat utk melaksanakan umrah.
Jadi apabila kita berniat di Bir Ali kita akan dapat pahala sebab mengikuti sunnah Rasulullah..

Alhamdulillah kami dapat peluang untuk solat tahiyatul masjid di situ, kemudian berniat umrah dan seterunya bertalbiah. Untuk wanita ada niat bersyarat ye, almaklumlah kita takleh jangka kan mana tahu tetiba period ke jadi bila berniat syarat maka halallah kita dari ihram.

Selepas berniat maka bermulalah 13 pantang larang ihram untuk dipatuhi sepanjang 8 jam perjalanan dari Madinah ke Mekah sehinggalah selesai Umrah pertama (Umrah Wajib) kami dengan bertahallul.

Perjalanan ke Mekah
Dalam perjalanan tu kami sampai di 1 hentian lebih kurang pukul 5 petang macam tu kalau tak silap (sebab masa kami sampai baru nak masuk waktu Maghrib), tak ingat nama hentian tu apa tapi banyak la bas singgah situ. Hentian tu nak kata RnR tak macam RnR tapi ada lah gerai2 makan, tandas dan juga Masjid. Jadi kami singgah disitu untuk bersolat Jamak Qasar Magrib dan isyak.

Masa singgah di toilet, masyaAllah sangat2 lah Daif dengan yang terapung pun ada 😞 tapi masing2 semua mulut kunci, yelah masih dalam ihram kan kenalah jaga 😅 lepas dah membuang hajat kecil masa nak ambik wudhu' masa ni memang kena hati2 risau takut ada rambut gugur ke apa ke kang tak pasal2 kena Dam pulak tapi alhamdulillah berjalan lancar. 
Tapi yang lawak masa berwudhu tu time nak berkumur, Ya Allah masin giler kot air paip dia siap dok lawan pandang sesama kami tapi mulut tak cakap pape.. 😗  hahaha lawak bila dikenang kembali.

Lepas selesai solat Jamak ingat nak makan dulu, sebab ada baca diorang cakap Nasi Arab kat RnR ni sedap tapi memandangkan Mutawwif bagi masa cuma 1 jam so tak jadi lah, takut orang lain tertunggu2 kami plak.. Masa tu perut pun dah mula bagi signal, maklumlah last makan pukul 11 sebelum kami bertolak dari Madinah ha. Tapi dok fikir takpelah sampai Hotel lah makan, takut makan kat RnR tu nak terkucir lak kat jalan lagi haqu negara orang ni bukan sesuka je kita nak singgah mana2 RnR.. Entah2 situ ja 1 tempat ha mana nak tau kan.
  
Sepanjang perjalanan masing2 buat hal sendiri dalam bas, yang pasti lepas pada tu semua tertidur, sedar2 dah sampai Mekah, alhamdulillah perjalanan kami dipermudahkan.. Masa ni Ya Allah macam2 perasaan ada, nak nangis nak gembira semua bercampur, hati berdebar giler tak sabar nak tengok Kaabah buat pertama kali dan tak sabar juga nak berumrah.



Kami sampai di Hotel Safwah Orchid pada pukul 8.40malam setelah 7 jam perjalanan dari Madinah - Mekah. Mutawwif bagi masa kat kami 1 jam untuk check in dan selesaikan lain2 urusan dan kena berkumpul semula di lobby pada pukul 9.40 malam. Sengaja Mutawwif taknak bagi masa lama sebab lagi lama masa diambil lagi lama pantang larang ihram kami kena jaga. So dalam sejam tu sempat la my Dad pergi beli makan dan kami makan dulu untuk alas perut, risau tak cukup tenaga untuk buat Umrah plak 😎


Umrah Wajib
Kami berkumpul di Lobby pada pukul 9.40 malam tapi kami bertiga (MJ, Mak dan Abah) terlewat 2 minit..huhuu masa ni jemaah lain dah berkumpul dok menunggu kami.. kami pun terus memohon maaf atas kelewatan kami.. 😓 Mau tak lambat, kami bertiga siap dengan makan, jemaah lain semua belum makan lagi. depa terkejut sebab kami sempat makan ha.. hihiii

Lepas tu Mutawwif/ Ustaz pun bagi taklimat ringkas cara nak mengerjakan Umrah, memandangkan kami semua baru pertama kali nak berumrah jadi tumpuan lebih diberikan masa taklimat tu. Ustaz cakap buku yang ada cuma sebagai panduan, dan lebih galakkan kami untuk berzikir dan baca doa sendiri sepanjang pusingan tawaf tu. Takut bila ngadap buku, tumpuan dan fokus kita lari. Jadi ni cadangan Ustaz pada kami

Pusingan 1 - Istighfar 
Pusingan 2 - SubhanaAllah
Pusingan 3 - Alhamdulillah
Pusingan 4 - Allahuakbar
Pusingan 5 - Selawat atas nabi
Pusingan 6 - Laa haulawala quwwatailla billaah
Pusingan 7 - La ila ha illaAllah


Lebih kurang gitu la cuma tang susunan MJ tak berapa nak ingat.

Masa pertama kali kami nak masuk ke Masjidil Haram, hati berdebar2 sangat, mata ni dah tak sabar nak pandang Kaabah dan sebaik saja terpandang Kaabah Ya Allah macam tak percaya Kiblat yang selama ini kita solat, kita tengok di tikar2 sejadah, kita tengok di frame2 kini ada betul2 depan mata. Mata ni seolah2 terpukau melihat keindahan Kaabah, speechless.. 💘

Dan Ustaz terus membimbing kami dan membawa kami ke tempat permulaan niat untuk tawaf iaitu di sudut Hajarul Aswad, kita akan nampak lampu hijau jadi bermulalah niat

'Sahaja aku mengerjakan tawaf umrah mengelilingi Kaabah 7 pusingan kerana Allah Taala' 

Maka perjalanan tawaf pun bermula, dan MJ pun mengamalkan zikir seperti yang Ustaz cadangkan, bila zikir macam ni memang kita akan lebih fokus dan mata ni tak henti2 mengadap Kaabah, subhanaAllah Maha Suci Allah macam tak percaya sebab dah berada dalam rumah Allah.. Bersyukur sesangat, airmata ni mudah je mengalir, macam tak percaya Kaabah ada di sebelah, berada dekat sangat sampaikan tulisan Allah di Kiswah Kaabah pun jelas nampak.




7 pusingan tak terasa, sedar2 dah habis tapi kena yakin tau dah cukup, andai was2 kena pusing lagi. Lepas tu Ustaz pun bawa kami untuk solat sunat di belakang Maqam Ibrahim.. Dulu2 masa kecik2 dok ingat Maqam Ibrahim ni kubur, tapi sebenarnya tapak kaki Nabi Ibrahim masa nak membina Kaabah. Tapak kaki tu sampai sekarang boleh dilihat, dan kat situ boleh je nampak pelbagai bangsa ada yang meratap menangis berdoa macam2 la kat situ, tapi tengok je ye jangan kata apa2 na..hehhee
 
 
Selesai Tawaf pertama kali dalam hidup, alhamdulillah.

Lepas solat kami terus ke tempat air zamzam untuk minum air buat pertama kali selepas selesaitawaf umrah, mudah2an keberkatan air zamzam yang melalui tubuhku akan memberi manfaat padaku di akhirat kelak, aminn.. Disunatkan minum air zamzam secara berdiri sambil mengadap Kaabah dan berdoa.

Sai'e

Kemudian kami ke Bukit Safa untuk melakukan Sai'e. Sai'e bermula dari Bukit Safa ke Bukit Marwah 7 pusingan, perjalanan lebih kurang 3.5km pergi dan balik, tapi lebih selesa sebab ada ekon dan juga air zamzam jadi boleh terus berhenti minum dan kemudian sambung balik. Sama jugak masa pusingan sai'e boleh samada nak refer buku ataupun zikir sendiri.

Tapi masa sai'e grup kami takde sapa pun yang berhenti minum air zamzam, pakat2 membontoti ustaz, maklumlah pertama kali kan, risau pun ada..hihii 
Respek jugak dalam grup kami ada jemaah makcik dan pakcik yang dah berusia, makcik tu kanser darah dekat Johor dah banyak kali buat Kimo, kalau kat rumah buat kerja sikit pun penat tapi bila buat Umrah Alhamdulillah mampu follow kami. Dan ada juga jemaah kami pakcik dan makcik tu sakit lutut, alhamdulillah semua follow tanpa bantuan kerusi roda mahupun orang lain.Bila kita renung orang lain yang berusia dan tak sihat pun mampu apatah lagi kita ni yang masih muda  dan sihat, jadi otomatik semangat tu akan mai.


Selesai bersai'e kami bertahallul, asalnya MJ dengan Mak nak bertahallul di Hotel lebih selesa kan, lagipun kami nak genggam rambut masa bertahallul tu tapi Ustaz tak galakkan, takut dalam perjalanan balik ke Hotel ada perkara yang membatalkan ihram kita. So bertahallullah kami di bukit Marwah.. Alhamdulillah selesai sudah ibadah Umrah kami yang pertama, mudah2an diterima disisi Allah.

Tujuan entry ni bukan untuk riak, sekadar berkongsi cerita perjalanan Umrah kami, mudah2an dapat jadi panduan pada orang lain mahupun pada MJ pada masa hadapan. 
 

Ni selepas selesai bertahallul, dalam perjalanan pulang ke Hotel.

MJ dan Mak

Masa ni Abah dengan Ustaz belum bertahalul, depa nak p Barber Shop kasi licin😉


My kesayangan dunia dan akhirat

11.45 malam selesailah ibadah umrah kami yang pertama, macam tak percaya kami dapat selesaikan Umrah kami dalam masa sejam lebih, alhamdulillah terasa Allah mudahkan setiap urusan kami.

Selepas selesai semua kami kembali ke Hotel untuk beristirehat.. Elok jejak je atas tilam dan2 lah kaki rasa lenguh la sakit la macam2 tapi amazingly bangun Subuh pukul 4 pagi cergas je, hilang lenguh2 semua. Untuk pengetahuan MJ tak terus mandi lepas umrah, walaupun penat dan peluh tapi serius baju dan badan langsung tak berbau, nak tidur pun tak rasa melekit. MJ mandi masa bangun nak solat Subuh.

Sebelum tidur memang kitorang ambik Suplemen alhamdulillah sangat2 membantu. 


Oklah, entry akan bersambung lagi untuk Ziarah Mekah dan Umrah Sunat kami, insyaAllah.

 

Anniversary ke 7 tahun

$
0
0
10.01.10 ~ 10.01.17

Alhamdulillah syukur Allah masih memanjangkan jodoh kami, tak sangka dah 7 tahun kami melayari hidup bersama sebagai suami isteri, dari umur MJ 25 tahun dan kini dah pun berusia 32 tahun 😍😎 Semoga Allah panjangkan lagi jodoh sehingga hujung usia kami berdua, aminn..

7 tahun bukanlah 1 tempoh yang panjang dan tak juga pendek, tapi kata orang dah lepasi Fasa 1 dan kini dalam Fasa ke 2.. Dan boleh jugak diumpamakan seperti budak yang berumur 7 tahun dah masuk Sekolah Rendah boleh Menulis Membaca dan juga Mengira 👦👧 Kiranya masih banyak yang perlu kami pelajari lagi, kena banyak bersabar dalam mengharungi kemanisan berumahtangga.



Jika Anniversary ke 6 tahun lepas kami celebrate di Cameron Highland  beserta Candle Light Dinner, tapi tahun ni memandangkan MJ sibuk sikit jadi mungkin ditangguhkan percutian kami atau cukup sekadar kek yang dah lama teringin nak rasa ni..hihii



1st time makan kek camni, soooo touching.. Sebelum ni nak beli bekira2 sebab mahal kan, berapa kali dah just ushar2 je nengok pastu pusing cari kek lain. Rasa macam alahai tak mampu la nak beli.. huhuhuu..

Tapi alhamdulillah akhirnya dapat jugak merasa. Patutlah mahal bebenor, sedap sangat ha.. Puas hati dapat makan.

My  asben pilih eskrem kookies, walaupun luar nampak simple, yang penting isi dalam mabeles.. Sayang je nak makan, takut abes..hahah




p/s : Oh ya pic kek sengaja nak bagi exercise kepala, kena teliang sket bila nak tengok..huhuuu dah try rotate tapi tak mau jugak elok.. 😌

Tip Menabung dengan si Oren

$
0
0
{Menabunglah walau hanya RM1.00}

MJ mula terjebak dengan tabungan berdasarkan warna bermula tahun 2015, dan bila dah terjebak dengan tabungan cara begini, dia dah jadi 1 habit untuk teruskan tanpa mengalah..😊

Selepas lebih 2 tahun menabung dan kini MJ masih lagi meneruskan tabungan untuk tahun ketiga, cuma dengan cara yang berbeza 'mengapa bayar lebih Trivago kan ada'😛
Kalau tahun 2015 menabung dengan Si Hijau, tahun 2016 mengikut hari dalam kalendar maka tahun 2017 menabung dengan Si Oren pulak.
 

Dengan si Oren ni memang jiwa kena kental lah beb, sebab besar jugaklah amount dia kan. Mau pulak masa tekan duit di ATM tu dari RM300 yang keluarnya RM100 si oren.. Menggigil tangan nak masuk ke dalam tabung tau..hohooo

Minggu depan bila tekan lagi RM300, tengok2 sama jugak keluarnya lagi si Oren ni, tu tak termasuk bila berbelanja dapat lagi baki si Oren.. Makanya kena la cut cost mana2 yang tak patut bagi menampung tabungan.

Tapi yang BEST! Jumlah simpanan akan cepat 'besar', kita takkan sangka dalam sebulan kita mampu simpan begitu walhal sebelum ni duit cair giler, sedar2 dah habis p kemana tak nampak.

Dan sehingga kini MJ masih lagi kekal tabungan dengan si Hijau, macam cantik je dok berkawan sekali dalam 1 rumah Oren dengan hijau ni, kan kan. 😔😙


Dan ni hasil selepas 3 bulan dengan si Oren, jumlah terkumpul sebenarnya dalam RM1100 (tak termasuk si Hijau) tapi RM200 si Oren MJ tarik dan simpan tempat lain (habuan nak guna masa Raya nanti termasuklah si Hijau yang mana duit tu masih keras) senang tak yah tukar kat Bank dah..hihii

Dari jumlah tersebut, RM450 MJ guna untuk beli suplemen terbaik dalam SHAKLEE iaitu VIVIX, memang dah lama nak beli akhirnya dapat juga hadiahkan diri sendiri demi memperolehi kesihatan yang baik. harapnya dapat konsisten amalkan VIVIX ni.. Vivix ni BEST sebab dia tinggi Anti-Oksidan, maklumlah bila umur makin meningkat, akan ada la Aging sana sini, itu apa yang kita nampak dari luar, bayangkan bagaimana organ kita di dalam akan turut sama mengalami penuaan tau. Dan Vivix ni MEMBANTU untuk melambatkan penuaan, sapa taknak Umur sebenar 33 tahun, tapi umur badan kita 23 tahun.. Bila kita muda dari dalam akan menyerlahkan serinya di luar tau.. 😘😍  Selain itu banyak lagi manfaat lain dari Vivix ni, dah cuba kita akan rasai kehebatannya. Nak cuba roger je MJ ye : 012-435.3088

Manakala baki tabungan tu MJ gunakan untuk trip yang tak dirancang iaitu menghantar adik perempuan berkursus di Shah Alam awal April yang  lalu.

PENANG >> PUTRAJAYA >> PUCHONG >> SHAH ALAM >> PUCHONG >> SHAH ALAM >> MANJUNG >> PENANG


Untuk si Suami
Dalam diam MJ tarik RM1.00 ke dalam tabung lain (plan nak guna untuk duit Raya) jadi Raya ni jimat sikit tak payah nak p tukar dengan Bank, bajet untuk duit raya budak2 boleh guna untuk keperluan lain. Cuma RM1 ni lambat sikit la 'nak penuh' yela amount kecik kan tapi yang penting kita ada perancangan ke depan..💪


Asalnya tabung si Oren sebagai persediaan andai MJ berhenti kerja nanti, boleh la guna sebagai back-up sementara tak bekerja (cadangnya gitulah), dan sekarang sementara masih bekerja cuba nak selesaikan hutang2 yang masih ada.
and 1 step closer, hutang PTPTN hanya tunggu kelulusan dari pihak KWSP untuk pembayaran Lump-sum melalui akaun 2 KWSP.. Alhamdulillah lega 1 bab. 😀😁
Nanti ada masa MJ syer cara2 mengeluarkan EPF untuk membayar PTPTN..

Oh ya, tabungan MJ kembali zero untuk March 2017 dan untuk April baru menapak kembali, tapi MJ yakin dalam tempoh 3 bulan boleh cecah seperti amount di atas.

Jom kita MENABUNG! 😍


Percutian Keluarga ke Krabi dan Hatyai

$
0
0
{Percutian singkat Krabi - Hatyai 4 hari 3 malam} - Entry ini panjang ye.

 Berakhir sudah #familytrip aka #familyday kami sekeluarga di negara Gajah Putih.. Keseluruhan yang dapat disimpulkan ialah KRABI BEST GILER 😍 Andai ada rezeki pasti nak pergi lagi.. dan yang paling2 kagum dengan tempat depa ialah KEBERSIHAN terutamanya di tandas2 awam. Walaupun free tapi TETAP BERSIH dan terjaga cantik 👍

Di sini dirangkumkan keseluruhan perjalanan kami dan kos2 yang terlibat, senang nanti2 kalau nak p lagi boleh nak kira bajet lagi 😄

1. Passport
Yg mana tak ada passport kami buat passport grup minima 5 orang RM200 untuk sekali perjalanan (hanya sah untuk kemasukan ke Thailand dan Singapura SAHAJA). Tapi make sure semua nama dalam passport WAJIB pergi ye. Kami sebab family jadi takdak masalah sangat itupun di saat akhir hampir2 tak jadi.

Passport grup siap dalam masa seminggu, so kena plan awal la trip tu ye.. dan selagi passport tak digunakan ianya tahan selama 6-12 bulan kalau tak silap.


Sebelum masuk Border Thai pastikan borang putih tu dah siap diisi ye (2 2 bahagian), sebab kena serahkan bersama-sama passport, dan jangan hilangkan bahagian kedua sebab kena serahkan semasa nak keluar (check out) ke Malaysia. Jika hilang @ lupa nak serah balik, mungkin akan didenda jika anda nak masuk lagi di lain kali.

2 kali kami kena beratur panjang di kaunter sebab tersalah kaunter..hahaha Mana nak tau rupanya ada kaunter untuk BAS/VAN dan juga kaunter untuk PEMANDU/PENUMPANG. Lesson learnt for us.. Main taram ja p beratoq last2 salah..huhuuu

Masa nak chop ni korang akan 'diminta tip' ye.. kami masuk melalui pintu Bukit Kayu Hitam/Danok so tip dia RM2 untuk 1 passport, masa nak check out melalui Padang Bezar/Padang Besar so tip dia RM1 untuk 1 passport..huhuuu

2. Kereta 
Kami konvoi 2 biji kereta Perodua Alza masuk ke sana, jadi pastikan korang kalau nak bawak kereta wajiblah bawa salinan geran dan juga original untuk buat Insurans kereta ye. Insurans kami RM14 / kereta. Insurans ni nanti kena declare kat Kastam Border Thailand.

3. Tukaran Wang 
Kami tukar duit di Changlun sekali buat dengan insurans, rate tukaran pada 27 June 2017 ialah
7.81 RM1000= 7810 Baht
kat Hatyai kami tukar lagi 29 June 2017 lebih sikit
7.82 RM1000 = 7820 Baht
Masa kat Krabi tanya lagi sikit 7.66 je. Mujur tak tukar kat situ 😊

4. Minyak dan Tol (untuk 1 kereta) 
a) Minyak - RM257
Isi dari Penang RM70
Sampai Bukit Kayu Hitam isi tambah RM26 dan kami bawak Tong minyak spare dalam RM15 / kereta (tong kecik je yang ada).
Kat Siam kena pilih2 stesen untuk isi minyak sebab harga minyak lain2 (kami tetap guna RON95), paling mahal kat Shell 30Baht seliter, kami isi yg 25baht seliter so total isi minyak
1. 540Baht (dalam RM70)
2. 280 Baht (dalam RM36)
Masuk Malaysia isi pulak RM40

b) TOL RM29.20
Sg 2 - Hutan Kampung RM13 x 2 = RM26
Jitra RM1.60 x 2 = RM3.20

4. Simcard Thai 299 Baht 
Kat Dannok terus beli simcard - senang nak on waze.. Lagipun jalan dia lurus je + takdak tol. Kami beli 2 sim je untuk 2 kereta, beli yg unlimited internet utk seminggu then tethering hotspot dengan yang lain.. sangat2 jimat..haha

5. Hotel aka Villa - 5000 Baht 
Kami pilih homestay (senang nak berkumpul family). So masa gugel online dapat la di Oscar Villa Aonang & terus booked untuk 2 malam. Memang duit tak ditolak lagi tapi tak dapat refund kalau kami cancel booking.
Total untuk 2 malam untuk 2 Villa 5000 Baht = RM631
Untuk 1 Villa 2500 Baht = RM315.50 (2 malam) - Villa ada 2 bilik. Kira murah gakla sebab rumah luas + ada swimming pool . Wifi Villa laju giler 👍 Highly recomended untuk stay sini, tak jauh pun dari Pantai Krabi dalam 10 minit camtu je.

Kami request connecting villa, senang villa sebelah menyebelah, budak2 keluar masuk rumah sebelah p mai p mai.

Rumah bersih cuma ada 1 bilik tu aircond dia leaking, tapi is ok kami letak je kain.😆


6. Island Hoping 800 Baht seorang 
Rugi la kalau sampai Krabi tak jelajah pulau kan. So kami pilih Hong Island. Harga bergantung pada pakej pulau yg dipilih. Serius pulau Hong ni best + cantik. Andai ada rezeki lagi nak ke Krabi nak pilih 4 island ataupun Phi Phi Island pulak..

Dalam pakej Island Hoping ni kita akan dibawa ke National park, mau atau tidak kita WAJIB bayar.

Sedikit survey yang kami dah buat (ikut pakej yang Villa tawarkan)
4 Island
400 Baht + 400 Baht (National Park) untuk kanak2 300 Baht

PhiPhi Island
900 Baht + 300 Baht (National Park)

Hong Island
500 Baht + 300 Baht (National Park)


Muka eksaited menanti Van Tuktuk mai ambik kami ke pantai, kami ambik pakej Island melalui Villa je, asalnya nak ambik 4 Island tapi dah penuh yang tinggal cuma Hong Island, mujur harga dapat sama lepas puas tawar menawar 😊

Perjalanan dari Jeti ke destinasi pertama mengambil masa selama 45 minit untuk sampai. Tapi akan hilang perasaan bosan lepas dah cecah ke Pulau Pertama.

Pulau Pertama - PakBia Island.. sesejuk dan sedamai mata yang memandang, dapat dok kat pulau ni selama 45 minit, boleh menyelam berendam ikut suka + dapat menyelam bersama sang ikan.


 Lading Island
Selepas itu pulau kedua ialah Lading Island, disini kami dihidangkan dengan Lunch (HALAL) secara percuma (termasuk dalam pakej dah), makanan ok la cuma rindu sambal belacan dan makanan pedas..hihihii
Selepas 1 jam di sini kami terus ke destinasi ke 3.


Destinasi ke-3 Hong Lagoon, disini kami tak singgah untuk mandi manda, cuma menikmati keindahan alam sekitar dan mengambil gambar.. Serius cantik sangat pulau ni.


Dan pulau terakhir ialah Hong Island.. Pulau ni paling cantik dan pantai luas untuk mandi manda sampaikan Firas taknak balik la punya seronok dok berendam. Tengokla kemain tak padan ngan kecik dok menyelam.. dan kami diberi masa selama 1 jam di pulau ini.

Lepas tu kembalilah ke pangkal jalan dengan hati yang sangat puas dapat berendam dan menikmati pemandangan, memang terbaiklah.. Dan kami sampai semula ke Villa lebih kurang pukul 3.30petang dan sambung mandi di pool plak.. hehehe



Habis mandi selesai solat jamak kami keluar untuk ronda-ronda sekitar pekan Krabi. Niat nak mencari Pancake dan Aiskrim Gulung walaupun tau aiskrim gulung hanya ada di Pasar Malam Krabi (Jumaat - Ahad) tapi mencuba nasib.

Tapi dapat makan pancake (landmark - dekat dengan Aonang Muslim Street) memang sedap giler, kami beli berulang kali kira kenalah dengan selera tekak.


Tak dapat aiskrim gulung tapi dapat pekena Coconut Aiskrim dah cukup bahagia.. sedap jugak.MJ lagi suka versi Krabi berbanding Hatyai.

Lepas tu sekadar jalan2 sekitar pekan Krabi sampai malam dihidangkan mata dengan 'Princess2 Krabi' perghhhh goda jiwa mata dengan pakaian pengantin yang super cantik dan seksi.. Nak bergambar haruslah ada 'tip' ye tapi kami menonong je jalan takut mak nak bergambaq ngan depa.. 😀


*******

7. Ikutkan perancangan asal lepas check out Krabi kami nak ke Phuket ronda2 dalam 2-3 jam baru gerak ke Hatyai.. Tapi memandangkan belum puas ronda Krabi terpaksalah cancel Phuket 😞😟
Destinasi pertama kami p ronda ialah Big C, macam2 perkakas rumah ada & sangat sangat sangat murah. Kalaulah kereta ada ruang kosong kompem beli..hahah



Kemudian singgah di Outlet Village untuk cuci mata dan poket apa yg patut dan kemudian teruskan perjalanan.

Dalam perjalanan tu ternampak makcik ni jual Nenas Madu, yang buat teruja sebiji cuma sekitar 2 baht ke 5 baht je tau atau dalam bahasa senang 2 kupang - 5 kupang je sebijik 😮 Apalagi kasi borong la.. sebab kat Hatyai pun diorang juai sebiji 30-40 baht ha.
My Dad direct je makan ha, manis leting hooii sedap la.

Lepas tu sampai Trang kita bergambar dulu, kat sini ada 'Gajah Batu' dari sebesar ke kecik semua version ada. Tapi MJ bergambar dengan yang ni cukuplah..hahaha

8. Kami sampai Hatyai dalam pukul 7 petang (waktu Thai), mula-mula nak duduk dekat Lee Garden, tapi cam 'kerek' sikit malas la.. bilik 3 katil tapi boleh duduk 2 orang saja lebih kena denda (kalau kena tangkap) kami ni dah la ramai, nak kena sewa koman2 4 bilik.. 1 bilik saja dah 1800 baht camtu..tapi dah syarat gitu silap2 kena sewa 5-6 bilik ha.. At last kami check in kat Hotel Garden Plaza (bersebelahan je dengan Lee Garden) cuma 1080 Baht sebilik dan kami ambik 4 bilik dengan 3 bilik connecting.

Lepas check in kami ronda2 kat Night Market, nampak orang jual pancake haruslah beli lagi..hahaha yg ni Banana Telur.. ok sedap.

9. Lagi 1 yang tak pernah teringin nak makan tetiba trip kali ni teringin nak cuba ialah Udang Galah goreng.. Giler teruja tengok Udang besaq2 ha so beli la habuan nak qasa konon nak caqi hat fresh la.. Nampak dia baru goreng teruslah beli, 300 Baht ada dalam7-8 ekoq tak silap, balik hotel makan cuma 3-4 ekoq ja yang boleh la gagah hat lain isi medak + tak masak betul..huhuuu frust giler.



10. Pagi tu kami ronda Pasar Hatyai, kat sini kalau korang pandai tawar menawar boleh dapat murah je barang2 tau.. Kami beli kasut macam2 jenis ada sport shoes la casual la baru bapa hengget ja.
 Ke sana naik tuk2 je dari hotel 20Baht seorang budak2 free

11. Lepas check out hotel asalnya kami nak terjah Hatyai Ice Dome untuk kali ke 2, sebab masa 1st p (2015) ilhan berumur 3 tahun dia 'buat perangai' aka taknak pakai sweater yg disediakan + tak tahan sejuk. Kali ni dia yg lebih bersemangat 💪 nak masuk Ice Dome tapi malangnya dah tutup 😅 kesian ilhan hajat tak kesampaian maka lepaklah kami di Klonghae sementara menanti bukak pada pukul 2.30 petang camtu.


Korang nak qasa kepelbagaian makanan Thai haruslah terjah sini ye.. tak ler mahal bermula 20 - 40 Baht sahaja.

11. On the way nak check in border Padang Besar sempat lagi kami singgah di Makro Hatyai, biarpun masing2 dah letih giler tapi nak cuci mata punya pasal gigih gak, tu yang sampai duduk ataih troley..haha
Kat sini sesuai untuk pemborong sebab harga ganda murah.. kami borong sabun basuh pinggan hahahah. Niat nak cari megi thai tp ragu2 sebab kebanyakan brand takdak cop halal at last beli megi thai di Padang Bezar siam pun murah jugak 😄



12. Kami sampai Padang Bezar dalam pukul 7petang, last pit stop singgah jugak soping sebelum check out.. tempat wajib kalau kat Padang Bezar termasuklah singgah 7E beli kopi sedap 😄

13. Lastly, kami sampai home sweet home pukul 2 pagi 😄 Alhamdulillah

Sekian,
Celoteh MJ http://normj1001.blogspot.com/
27 June 2017 ~ 30 June 2017
3 Syawal 1438H ~ 6 Syawal 1438H


10 tahun sudah

$
0
0
26.09.2007 ~ 26.09.2017
Diam tak diam rupanya dah 10 tahun lebih cheq berkhidmat di bawah Texchem Group of companies. Alhamdulillah begitu cepat masa berlalu, dari zaman bujang dah kawen dan kalau ada anak dah sekolah dah..hihii


Bermula kerja sebagai Admin Assistant, dan selepas 5 tahun pertama baru dapat merasa kenaikan 1 pangkat 😌 dan pelan2 mendaki sehinggalah sekarang..


Some token received from the company for my contribution and services 😉 Alhamdulillah rezeki.
Next planning belum tahu lagi samada akan kekal disini ataupun merantau ke tempat lain untuk menimba, merasai cabaran dan dugaan baru. Wallahualam.



Buat Aiskrim Oreo dengan 3 bahan, sedap!

$
0
0
Baru-baru ni viral dekat FB kek 2 bahan kan, jadi dengan semangatnya nak menerai kita pun mintak lah en suami belikan bahan ha, dah la bahan mudah di cari, memang suka lah nak mencuba kan.?



Tapi memandangkan periuk kukus ku tak ada, nak membakar takut tak menjadi, almaklumlah resepi semua kukus kang kita memandai tak sedap rugi ja..huhuu


Pastu en suami cakap buat aiskrim lah, kita cakap aiskrim ni kena blender lama baru smoothies lepas tu nak macam2 bahan ha, lepas tu kita pun oklah try tengok jadi ke idak 😊

Dari 2 bahan untuk kek tadi kita cuma tambah susu pekat je dalam setengah tin then blender dalam 2-3 minit camtu ikutlah pada blender kita.

Kemudian letak atas bekas, tabur lah dengan apa yang kita nak tabur. Plan asal nak buat ala-ala aiskrim gulung tu yang buat nipis je

Ni selepas dibekukan dalam 2 jam macam tu


Dengan semangatnya try lah nak menggulung, hahaha gelak kat diri sendiri sebab tak menjadi, aiskrim masih belum beku cukup kot, disebabkan tak menahan nak rasa belasah jela tapi yang paling penting --> sedap sesangat okey.

Nanti nak buat kek Aiskrim stoberi pulak, kebetulan kawan pergi Cameron jadi pesan dekat kawan je Stoberi Cameron..nyam2 😘

Perodua MyVi baru memukau MJ

$
0
0
Seminggu selepas pelancaran Perodua MyVi baharu versi 2018, MJ ajak en suami pergi showroom untuk tengok sendiri, kalau hati berkenan kitorang terus nak booking (ewahh lagu orang kaya main senang2 berkenan je booking..hehehe)

Masuk saja pintu perodua terus dihidangkan dengan warna merah yang membuat kami teruja sambil cakap cantiknyaaaaaaaaa.. hati automatik berkenan terus tak cakap banyak dah 😄


Bahagian bonet juga luas


Tayar spare (bukan lagi tayar kecil pada setiap perodua sebelum ini) siap dengan tayar dan rim ha tersimpan di bahagian bawah bonet


En suami pun dah berkenan jugak, yes! ada can..haha

Salah 1 ciri istimewa MyVi 1.5cc yang tak ada pada varian 1.3 ialah 'Built In Smart TAG'
Kita hanya masukkan kad Touch n Go dan terus lalu di lorong Smart TAG tanpa perlu menghalanya di cermin lagi. Baki akan dipaparkan dan akan ada signal jika baki kad menghampiri RM10.00
Pastu tak payah dah nak beli bateri 9V untuk tukar ganti, sebab built in smart TAG ni menggunakan bateri kereta.

MJ ada gak bertanya dengan salesman perodua bagaimana andaikata bila lalu di lorong SMART TAG tetiba ja palang tak nak buka sebab tak detect? 1 kerja pulak kena undur kereta 😔 
Sedangkan smarttag reader sekarang pun macam-macam masalah yang dihadapi pengguna ha.
Jawapan yang diberi buatkan MJ jadi kena fikir sendiri andai berlaku macam tu.
'Kami tak pernah TEST lagi untuk masalah kejadian seperti yang PUAN soalkan'.
Bak kata Nabil ' lu fikirlah sendiri' hahah


Seat belakang juga memuaskan hati MJ, jika Perodua Bezza sebelum ni MJ tak berkenan dengan bahagian seat belakang, tapi MyVi ni MJ suka 😍

Amacam u olls, taknak booking ke? hehehe

Ni harga untuk MyVI baru.. MJ siap bagi perodua nilakan en Alza MJ, memang 100% berkenan dan confirm nak trade in je masa tu cuma kena check dulu dengan Bank berapa lagi hutang yang tinggal.

Setelah 3 hari berfikir sedalamnya, rasa sayang pulak nak tolak en Alza setelah hampir 6 tahun dia berkhidmat tanpa sebarang masalah dan bila tukar ke MyVi maknanya kitorang kena hadap lagi komitmen hutang kereta untuk kembali menjadi 9 tahun.. adudududu sedangkan en Alza hujung tahun 2018 (setahun je lagi) dah nak habis bayar pun.

Memang orang cakap jangan sayang pada kereta sebab tak bernilai, tapi MJ sayang tu memang la sayang tapi sayang lagi duit yang kena tabur untuk kembali menjadi 9 tahun pulak..
So kena tutup mata, cuba untuk tahan dulu kehendak untuk setahun je lagi, mana tau bila habis hutang en Alza MJ trade in balik ka.. 😬

Kata orang biasanya 1st model akan ada problem, tapi so far en Alza kami 1st model juga alhamdulillah sihat tanpa sebarang masalah kritikal.

So u olls sapa dah beli MyVi baru ni cer komen tengok :)



Ekspedisi Hiking di Air Terjun Puteri Mandi, Yan Kedah

$
0
0
Lama tak menulis blog, dekat 2 tahun ha semenjak fb dan iG lebih menguasai sosial media.. Rindu sebenarnya nak menulis kat blog ni tapi apakan daya kita follow perkembangan sosmed tika ini  😁 tapi best bila update kt blog ni senang nak baca balik bila rindu kan.

Ok berbalik pada tajuk, MJ join trip JKFF1 (grup Jom Kurus) meneroka sambil berekspedisi menjelajah dan menjejak Air Terjun Puteri Mandi di Yan, Kedah pada hari Sabtu 19.10.2019.
Dengar ke nama air terjun tu macam seram kan? Tapi bila dah sampai sana tersangatlah speechless.. SubhanaAllah cantik sesangat, berbaloi sangat mendaki untuk sampai ke sana.
Kawasan ni ada berdekatan dengan kawasan Gunung Jerai ataupun kalau kita nak menghala ke Gunung Jerai kita akan nampak dah air terjun ni sebab memang tinggi sangat.

Kalau sebelum ni MJ ber hiking memanjat bukit je di sekitar Seberang Perai (Bukit Tokkun, Bukit Juru, Bukit Bendera, Bukit Suling) tapi kali ni cabar diri sendiri untuk panjat Gunung pulak.

Apapun sebelum bermula kita bergambar dulu. Make sure pakaian yang sesuai.. Sebelum pergi dah siap gugel bagaimana cara nak elakkan Mr P walaupun tahu mustahil tapi sekurang-kurangnya kita ada persediaan kan. hihiii

Dari rumah lagi MJ dah siap sembur keseluruhan kasut termasuklah stokin, dan bila sampai MJ sembur sekali lagi (tudia punyalah seram dengan Mr P tu).. Make sure stokin korang tu panjang (baru lagi bagus sebab getah dia masih kuat) dan dapat tutup kaki seluar tau. PENTING OK! (berdasarkan pengalaman sendiri je).


Ni kami antara geng dari Penang.. Muka semua tengah bersemangat lagi nih almaklumla masing-masing tak tahu apa cabaran bakal dilalui nanti selain dari bakal berperang dengan Mr P aka Pacat.. huhuuu

Kita buat aktiviti regangan badan dulu, supaya muscle tak terkejut, kami semua mai dari Penang dan juga dari Baling. Ada yang pernah hiking dan ada yang tak pernah hiking. So here we start 😘


Wajib bergambar dulu, masa ni semua muka ceria lagi almaklumlah masih pagi kan walaupun semua muka tak cukup tidur. Kami geng Penang gerak pukul 4.00 pagi dan berhenti solat Subuh di Masjid Pekan Yan (Badlishah).


Bersama leader hebat kami Coach Fitri (CF) dengan isterinya Coach Ayu (CA) - tudung Merun di belakang CF tu bersama anak bongsu mereka umur 9 tahun.





Lets goooooo...

Wuuuiii apa yang seronok sangat tu, muka ketidaksabaran nak mendaki dah kot..muahahaha
Ni pintu gerbang sebelum memulakan pendakian, dia tulis 3KM tapi jangan ingat dekat na, trek dia kejam hokey so kami mengambil masa selama 3 jam lebih untuk sampai ke puncak aka ke air terjun..


Grup kami seramai 60 orang termasuk 4 orang renjer untuk guide kami sepanjang pendakian.


Selesai grup foto, kami mula bergerak, trek awal jalan tar yang mengambil masa selama lebih kurang 30 minit. Antara cabaran yang kami kena lalui adalah trek yang licin memandangkan malam sebelum hujan turun lebat.

Ni destinasi pertama, rumah pam lama. kusangkakan jalan TAR begini mr P takdak, rupanya ada okeyhhh.. mujur MJ masih lagi selamat walaupun bulu roma dah mula meremang bila ada geng yang dah kena pacat..

Ko seronok apa tu cheq kak? 
Saja nak ceriakan diri sendiri kannn...

Perjalanan diteruskan kembali memasuki trek hutan, masa ni sepanjang jalan ko akan berjumpa dengan Mr P sebagai tanda perkenalan masuk kampung dia 😄

http://normj1001.blogspot.com/
Ni Mr P yang berjaya dirakam oleh coach kami, masa ni dia dah qabat naik dah ke kaki salah seorang grup kami ha.. tengok kemain tegak lagi dia no dook tunggu mangsa.. Bayangkanlah di sepanjang laluan tu rupa ginilah yang do menanti untuk menyambut.

Ok kita sambung perjalanan kita lupakan seketika mr P tu.. hihiii..
Lepas dari rumah Pam lama tu, kita akan jumpa pokok gergasi ni.. kenapa Gergasi?
Pokok ni berusia ratusan tahun dan besar giler.. ko tengok akar dia saja ha belum lagi yang lain2.

Pokok gergasi ni namanya Pokok Tualang Gergasi, ada madu tualang atas pokok tu tau. Nak tengok ke atas jenuh melangut ha. Kat tempat tanah gini berani la nak jejak lelama sebab hasil bacaan mengatakan Mr P takkan ke tempat berpasir.. Dia sayang muka dia kena habuk pasir..ehh taklah katanya takut tertelan pasir tu ha.. hihiii sebab tu mr P banyak berlegar di kawasan berdaun / pokok2 je ha gituuu.


Selepas meneruskan perjalanan dari pokok gergasi tu, cabaran seterusnya kita kena lintas sungai ni. Ha part ni ngeri jugak, tersalah pijak, masuk sungai la jawabnya.. huhuuu
Menurut kata renjer malam sebelum tu, hujan lebat, kepala air lalu dan andai kata masa kami hiking @ nak turun nanti ni hujan, kami tak dibenarkan melintas sungai ni, kena tunggu sehingga kepala air tu selesai baru lintas. Kalau malam ke pagi esoknya selesai ka maka bermalamlah kami di hutan bersama segerombolan mr P.. eeewwww ngeri wooooo...
Mujurlah perjalanan kami pergi dan balik selamat Alhamdulillah syukur..


Ni muka2 keletihan selepas berjaya melintas sungai tadi, kami dok tunggu renjer untuk teruskan perjalanan, renjer masih di bawah membantu rakan-rakan kami yang lain untuk melintas sungai.


Selepas sungai, cabaran besar menanti bilamana hiking ni kebanyakan kena memanjat 90 darjah kecerunan. Bayangkan trek licin lepas tu trek jenis mencanak, pheewwww bertabahlah. Contoh orang belakang tu dah mula nak memanjat ha.. kami rehat jap sambil ambik gambaq.


Geng kami yang super supportive, yang saling membantu di saat memerlukan.. Thanks u olls 💗





Korang tengoklah trek dia punya cerun, lagumana kami naik kena mendaki, lagutulah trek bila nak turun nanti.. Mana dengan licin dengan tinggi lagi.. Salah 1 cara nak elak dari tersembam mahupun tersungkur atau tergolek, kami sliding je turun mana2 tempat yang cerun tu.
Seluar dengan baju toksah cerita la, kotor beb! penuh tanah.. Basuh 4-5 kali baru hilang kesan tanah tu..hahah (kena ucap terima kasih kat mr Jay sebab dia yg tolong basuhkan, bini dia dah flat giler keletihan ya amat! hahaa)

Apapun jomlah layan gambar kami kat sana ye.







Tapi sebaik sahaja kaki sampai di puncak dan mata dapat menatap air terjun, keindahannya sukar untuk digambarkan.. Subhanallah speechless sangat, rasa bersyukur sebab dapat menikmati keindahan depan mata pemandangan Air Terjun Puteri Mandi.






Air Terjun Puteri Mandi memang bestttt, sejukkkkk, dinginnnn, dan mendamaikan..

Boleh tengok dekat you tube ada syer.

Oklah nanti kita sambung lagi bila ada masa ye..
Tulis ni pun makan masa berminggu ha.. hehehe


Pengalaman Menjalani Ujian Saringan Covid-19 Test

$
0
0
10 Jun 2020 tarikh untuk dikenangkan.

Sedikit Intro
Pandemik Covid-19 yang melanda Malaysia dan seluruh dunia telah memberi kesan dan impak besar kepada semua orang termasuklah ekonomi dunia kerana negara kuasa besar seperti US dan China turut mengalami penyakit / musuh tak nampak yang digelar Covid-19. (Corona Virus)

Di Malaysia Covid-19 bermula sekitar awal tahun 2020, dan ketika peralihan kerajaan yang ketika itu dipimpin oleh Tan Sri Muhyidin Yasin (PM ke-8) mengambil langkah berani dengan mengadakan PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) bermula pada 18 Mac 2020. Ianya pertama kali berlaku dalam sejarah negara apabila semua aktiviti dihentikan operasi serta merta dan apa yang perlu dibuat oleh rakyat ketika itu hanyanyah duduk di rumah sahaja (Just Stay at Home) termasuklah tiada sambutan perayaan Hari Raya Aidilfitri yang jatuh pada 24 & 25 Mei 2020.

Tarikh yang akan dikenang sepanjang zaman
PKP Fasa 1 ~ 18 Mac - 31 Mac 2020
PKP Fasa 2 ~ 1 Apr - 14 Apr 2020
PKP Fasa 3 ~ 15 Apr - 28 Apr 2020 (20 Apr syarikat tempat MJ bekerja mula beroperasi 50% pekerja)
PKP Fasa 4 ~ 29 Apr - 12 Mei 2020 (29 Apr 100% operasi)
PKP Fasa 5 ~ 13 Mei - 09 Jun 2020 (PKPB)
PKP Fasa 6 ~ 10 Jun - 31 Ogos 2020 (PKPP)
PKP Fasa 7 ~ 01 Sept - 31 Dis 2020 (PKPP)

PKPB - Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat
PKPD - Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan
PKPP - Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan

Alhamdulillah setelah PKP Fasa 4, jerit perih kepayahan semua dalam berganding bahu memerangi wabak penyakit berjangkit ni, Malaysia telah menampakkan hasil pemulihan walaupun masih belum menang sepenuhnya. TERIMA KASIH buat semua FRONTLINERS di bawah kepimpinan Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dato Sri Dr Nor Hisyam bin Abdullah (ketika itu Dato Sri) termasuklah Menteri2 dan semua anggota2 badan beruniform yang berusaha keras menjaga laluan dan sempadan negara ketika bermulanya PKP pada 18 Mac 2020. Jasa anda akan kami kenang sampai bila-bila 💗💖

Sekarang ini ketika PKP Fasa 5 kami pula menjadi frontliner untuk diri sendiri #kitajagakita


************

Ok berbalik pada tajuk di atas, memandangkan syarikat tempat MJ bekerja mula beroperasi pada PKP Fasa 3, kami diWAJIBkan menjalani ujian saringan Covid-19 dan KOS ditanggung sepenuhnya oleh panel yang dilantik iaitu  PERKESO (Terima kasih PERKESO) 💘💙

Untuk mendapatkan temujanji dengan pihak panel memang mengambil masa memandangkan jadual mereka penuh kerana semua syarikat yang beroperasi ketika itu juga perlu menjalani ujian saringan yang sama tambahan jika ada mengambil pekerja asing.

Akhirnya ketika PKPP iaitu pada 10 Jun 2020 barulah sampai masa untuk kami semua. Macam-macam bermain di minda semua orang sebelum ujian dilakukan memandangkan feedback yang kami dapat yang kami baca kebanyakan mengatakan 'sakit dan sedikit ngilu'. 😔


Now it's the time...... 💋 dan ini merupakan pengalaman MJ.


Semua beratur menunggu giliran 


Muka ada senyummmm sebelum start 😅 


Tapi dalam hati tu punya la berdebar-debar takut risau semua ada.


Part pertama ambil sampel dari dalam kerongkong (dah selesai ada dalam video) ni part kedua ambil sampel dalam hidung.



Serius cakap, ambil sampel dalam hidung tu agak ngilu dan gatai sikit, masa tu la rasa nak terbatuk nak terbersin semua ada.

Boleh layan video MJ bila kena test covid nih.. Hopefully 1st & last la merasa.. serammm..



Pelbagai ragam kekawan sepanjang kena 'sesi pengambilan sampel' dan MJ sempat merakam detik2 bersejarah ni.


Alhamdulillah semua selesai dalam tempoh kurang 3 jam, dan semua pekerja memberi kerjasama yang baik sepanjang test berlangsung. Result test diperolehi kurang dari seminggu, dan Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah semua kami negatif.💚💛💜


Memang Covid ni tidak kan hilang dan kita akan hidup bersama-sama, jadi dari situ kami belajar dengan mengamalkan norma baharu. Pemakaian face mask (pelitup separuh muka) dan hand sanitizer sudah menjadi sebahagian dari hidup kami ketika ini.
Kemana-mana sebelum masuk ke sesuatu kawasan / tempat / restoran / shopping mall atau ke mana pun, kami wajib diambil suhu badan sebelum dapat masuk termasuklah scan bar code (menggunakan apps MySejahtera @ barcode) serta mengekalkan penjarakan sosial 1 meter antara 1 sama lain.

#kitajagakita #malaysiaprihatin #normabaharu

Celebrate Anniversary di Ixora Hotel, Penang

$
0
0
{Entry Tertangguh hampir setahun} 😃
Mood menulis ke laut dalam, tapi tetap nak abadikan kenangan dan memori disini.

Alhamdulillah usia pernikahan kami dah pun mencecah 10 tahun bersamaan dengan 120 bulan. (Saat entry ini ditulis usia perkahwinan mencecah 130 bulan)
Jodoh yang dikurniakan oleh Allah dan Alhamdulillah masih mampu bertahan dengan izin dari-Nya, insyaAllah doakan untuk kami selalu ye.

10.01.2010 ~ 10.01.2020

10 tahun bukan tempoh singkat.. Dah macam2 dugaan kami lalui, Gaduh! baik! gaduh balik! baik balik! merajuk! dipujuk (selalunya suami la yang kena pujuk, hahaha), macam2 la tapi tu semua kami berjaya harungi. Biasalah orang kata adat berumahtanggan kan, mesti ada tergigit dimana2..


Oklah apapun jom layan gambar percutian singkat kami, tak p jauh pun untuk celebrate, dalam lingkungan kawasan rumah je, kurang 30minit dah sampai..hahaha
Saja nak merasa hotel dekat rumah, selain jimat belanja boleh support negeri sendiri, eh! 💗

Kami ambik bilik connecting room,  sengaja sebab nak senang access ke kolam renang. Maklumlah masa ni MJ masih dalam tempoh belajar berenang, so orang kata tengah gila kolam! 😊


Request dengan hotel nak deko2 tapi yang ada 2 ekoq Ang2 ni je.. jadiklahhh.. tapiiii cheq nak ada rose petals.... huhuuu ngade! ko bukan pegi hotel kat Kemren nak ada munge2 pasrah jela..


Wajib ada seketoi tuan tanah sebagai penyeri gambar 👉👈



Ni kat luar pintu bilik, kira beranda bilik ada la view ni.. Memandangkan kami p weekday makanya area sini kami la kongker, ala2 kami chartered keseluruhan kawasan sini, oh bahagianya 😃

Kedalaman kolam dewasa 1.2M 

Jernih cantik je airnya.

 Kedalaman kolam budak 0.2M

Kolam dibuka dari pukul 6 pagi sehingga 8 malam (kalau tak silap)

MJ sempat la bersiram petang tu sat sebelum kalut2 nak besiap celebrate untuk dinner plak. Ikutkan hati bila dapat kolam takmo naik (hahaha perangai cam budak2) tapi kang perut kelaparan pulak.

So lepas Magrib kitorang gerak dinner di Restoran Kook, Bandar Perda.



MJ order Spagethi Salmon Carbonara, ok sedap.. kena dengan selera tekak.


En suami asal nak order daging Wagyu, tapi fikir punya fikir last2 ambik lamb steak. Ok sedap! so next boleh repeat untuk try daging Wagyu pulak.




Balik dari dinner, dapat seprais delivery dapat bunga dengan belon.. Auuwwww 💜💛


Last but not least, semoga ada rezeki untuk kami lagi selepas ini.. aminn mudah-mudahan.


Semua cerita dan gambar adalah untuk kenangan dan koleksi peribadi sahaja.

Cara Cancel Pengeluaran i Lestari KWSP (EPF) Akaun 2

$
0
0
Masa Kerajaan umumkan pada bulan April 2020 untuk pencarum mengeluarkan wang caruman dari akaun 2 KWSP, memang saat yang ditunggu-tunggu oleh rakyat terutama buat mereka yang terjejas pendapatan akibat Covid-19.
MJ setelah berkira-kira, walaupun pendapatan kerja hakiki alhamdulillah masih ada dan tidak terjejas, tapi tetap taknak lepaskan peluang untuk keluarkan duit dari KWSP. Masa tu berfikir, bila lagi nak merasa duit simpanan KWSP sendiri kan.. 😂 Tambahan kita tak tau ke depan nasib macam mana dengan MJ kerja swasta macam-macam boleh jadi.

Tetapi selepas 3-4 bulan pemotongan melalui e-pengeluaran, mula timbul rasa sayang bilamana tengok amaun dalam akaun 2 semakin luak. Yela yang masuk sebulan (melalui potongan gaji bulanan) tak sampai RM500 tapi yang keluar setiap bulan tetap RM500, makanya MJ mula berkira-kira untuk stopkan tapi kadang rasa macam biarlah.. At least dapat extra RM500 sebulan tu boleh la buat tambahan beli emas.. 💗 Dasar... Kemahennn.. 😓

Tapi alhamdulillah, dengan duit KWSP tu lah MJ terjebak dengan berjinak-jinak beli Gelang emas pandora 916, dapat lah beli seutas dengan charm sebiji. (Ada sponsor sikit dari en suami). 😖 Nampak la kemana duit KWSP tu pergi kan..
Jadi target setiap bulan dapat je duit nak beli charm seketoi atau setiap kali ada duit 'extra' nak beli la seketoi by seketoi.. Kemahen punya cita-cita kan..hahaha

***************

Ok berbalik pada persoalan MJ yang nak cancel e-pengeluaran iLestari tu, saja la godek2 website KWSP dan cari, rupa-rupanya ada tab untuk cancel 😇  Adui mak, hanya klik di hujung jari sahaja rupanya.. So dengan ini, pada saat entry ini ditulis, dan setelah 6x bayaran KWSP MJ terima, maka MJ tamatkan dahulu pengeluaran akaun KWSP untuk 6 bulan berikutnya. Mana lah tahu tahun ke depan nanti MJ ada memerlukan dana KWSP ni untuk tujuan lain pulak, siapa tahu kan? Buat masa ni selagi gaji hakiki masih berjalan seperti biasa dan takut terguna untuk tujuan lain better simpan untuk kegunaan masa hadapan, insyaAllah.


Log in iAkaun seperti biasa dan klik tab Withdrawal

Akan appear list yang kita pernah withdraw dari akaun 2 KWSP, macam MJ guna untuk bayar ptptn 😚







Dia akan keluar senarai penuh macam ni, jangan lupa tick kat box tu ye dan request TAC

Dengan ini, anda yang membaca entry ni menjadi saksi MJ telah stop keluarkan iLestari KWSP untuk 5 bulan ke depan. Sepatutnya 6 tetapi mungkin dah masuk rekod keluar kot, tinggal nak masuk bank MJ je lagi..
So boleh la p cari Charm pandora seketoi.. eh! tiberrrrr.... hahah

Sekian lah entry MJ untuk kali ini, apapun MJ nak doakan pada mereka yang terjejas akibat Covid-19 ni Allah luaskan rezeki anda dan kita semua. Semoga diangkat kuman yang telah merebak di seluruh dunia untuk tahun 2020 ni... Aminnn..




Terjebak dengan Emas 916 Pandora

$
0
0
Entry ini sebagai kenangan di masa hadapan 💗

MJ mula terjebak dengan emas pandora 916 pada pertengahan Sept - Oct 2020 macam tu, disebabkan ada 'duit' dari moratorium (ASBf) dan juga dari pengeluaran akaun 2 KWSP sebanyak RM500 sebulan.

Apa yang buatkan MJ terinspirasi untuk membeli emas Pandora ni akibat terpengaruh dengan rakan di FB, dulunya dia aktif berblog tapi sekarang dah lama tak nampak dia update (Hai Yui apa habaq blog Yui ni 😅) thanks tau bagi inspirasi dekat akak sampai tergila2 nak beli pandora seterusnya menambahkan bead dan charm. Naya sungguh..hahahaa.. Tapi takpa cheq suka.. 😆


Maka bermulalah pencarian, MJ beli bracelet pandora dekat kedai emas yang famous dekat Bandar Perda (Kedai Emas Anuar) dan bead pula MJ beli dekat Kedai Emas Hairi (bersebelahan je dengan Emas Anuar) beli pada hari yang sama tapi di kedai berlainan..hehehe

Rantai tangan (bracelet) disponsor 50% by cik suami. 

MJ masuk kedai Anuar sebabkan ramai orang MJ just ushar je dulu bead tapi masa tu hati tak tertawan dengan design yang ada, so MJ p kedai Hairi pula, kebanyakan bead ada batu dan MJ tak minat tapi bila terpandang bead ni terus tertawan dan beli tanpa banyak soal. Setelah puas tawar menawar dapat lah beli 1.80gm pada harga RM485 yg pada asalnya dia letak RM550.

Selesai urusan beli bead, MJ masuk pulak kedai Anuar untuk beli rantai tangan (bracelet) pandora memandangkan di kedai Hairi dah habis stok, kena tempah lain.. Jenis malas nak tunggu hari lain, tu yang gigih pergi cari jugak tu.

Sebelum tu MJ ada cakap dekat suami, setiap bulan memandangkan MJ dapat duit dari KWSP akaun 2, MJ nak beli bead setiap bulan dan suami cakap kalau melabur dengan membeli emas dia setuju. Buatlah apapun sebab duit sendiri kan. Tapi sebabkan MJ pun dah cancel pengeluaran akaun 2 KWSP (Boleh baca entry tu di SINI), moratorium pun dah tamat, tapi hati tetap meronta nak beli lagi tambahan bead maka mari menabunglah kita.



Bila dah berkenan, hari2 dok menghadap Telegram jual emas, semua patern semua design up to date dan cantik2 sangat especially design dari Angsa Emas Jewelery (AEJ). Tak sangka famous rupanya kedai AEJ ni, tapi sebabkan beli dengan PS AEJ so harga mark up sikit lah tapi still reasonable.





Dah bertambah beads setakat November 2020 dan akan bertambah insyaAllah bulan demi bulan ;-)

p/s : Korang pun ada koleksi pandora jugak tak? Kongsi-kongsikanlah.



Viewing all 313 articles
Browse latest View live