Quantcast
Channel: CeLoteh MJ
Viewing all 313 articles
Browse latest View live

Cubaan Bercucuk Tanam

$
0
0
Lamanyaaaa tak berupdate blog kesayangan ni, dan lama jugakla tak blogwalking.. Cipta sejarah untuk tahun 2015 hari ke Sembilan baru nak menulis.. huhuhuu Korang apa khabar???


Gambar ada banyakkkk sebenarnya nak simpan sebagai kenangan di sini tapi nak menulis tu alahai 'M' bebenar....hehee


Ok sebagai permulaan MJ nak cerita 'minat terbaru' MJ sekarang, muahahaa minat la sangat.. Percubaan untuk berbudi pada tanah dengan bercucuk tanam. Korang jangan tak tau MJ ni 'tersangatlah keras tangan' okey, memang tak pernah nak menanam segala, almaklumla rumah 'felet' kan mana ada tanah..
Tapi my Dad rajin, walau duduk 'epatmen' tingkat 6 dia rajin menanam, segala mak neka ada, nak masak cari je kat pokok, kiranya tangan subur la.. tanam dalam pasu ada, tanam kat tanah bawah felet pun ada.


Maka pada petang hari Ahad nan indah, bermulalah proses mengemas tanah belakang rumah yang tak seberapa tu, susun atur sikit sambil berangan kononnya mempunyai rumah dalam taman.. choiiiii... hehee
Kitorang kan duduk sendiri, kemain ada tanah belakang rumah tapi kosong, jadi inilah masanya masing2 tunjuk kehebatan sapa yang menang part menanam ni.

Amacam? Ada ciri-ciri tangan 'subur' tak? (sambil angkat kening dan kenyit mata sebelah) Ok korang silalah jangan percaya ye sebab dalam pasu tu (Daun kari dengan daun kunyit) adalah 'hadiah' dari my Dad. hahahaa cheq cuma letak cecomel je kat situ.

Manakala daun pandan dengan serai secoet tu percubaan pertama dari my asben.


MJ cuma kemas sikit2 buang rumput kasi clear tempat tu dan susun batu2 sekeliling walaupun batu tak seragam ada bulat petak bersegi macam-macam ada yang penting ado, sebab taknak orang yang mesin rumput dengan 'sengaja' mesin semua tanaman indah ku.. sobsob. (Jiran sebelah dah banyak kali kena, dia yang pesan suruh susun bata atau tanam dalam pasu) sebab katanya tukang mesin tu tak perasan..
Ok positif mungkin dia tak kenal / tak tahu bezakan antara daun kari dengan rumput..hohooo ok dimaafkan.

Jadi setiap petang selepas balik kerja MJ akan hadap jap tanaman, kena praktis cakap-cakap sikit dengan pokok supaya diorang mau sihat.. hehee.
Korang kalau ada tip sudi2lah syer ye.


Anniversary Ke-5

$
0
0
10 Jan 2015 yang lepas genap lah usia pernikahan kami yang ke 5 tahun, Alhamdulillah fasa pertama  perkahwinan (5tahun mula) kami lalui bersama mengharungi pahit getir manis indahnya perkahwinan walaupun tanpa kehadiran cahaya mata dalam hidup kami. Semoga fasa ke 2 (5 tahun kemudian) dan fasa seterusnya sehingga hujung nyawa kami tetap bersama sebagai suami isteri dan mudah-mudahan Allah memakbulkan doa kami, aminnnn.

Anniversary MJ
Andai rezeki anak memihak kepada kami, pastinya ketika ini 'si kecil' kami telah berusia 5 tahun dan memasuki alam persekolahan.

Tetapi tak apa kami Redha dengan Ujian Allah buat kami, biarlah orang bercakap yang penting kami dah berusaha setakat terdaya. 5 tahun dah pelbagai usaha, cara, kaedah dan tak lupa doa mengiringi setiap apa yang dilakukan, kami tawakkal.


Firas ke Tadika
Sedikit terubat bila MJ turut merasai pengalaman menghantar anak ke Tadika (anak sedara..heheh) pengalaman nak kejutkan Firas bangun pagi ke sekolah, melayan ragam taknak ke sekolah di hari pertama tapi lepas dah pakai 'Uniform' tadika terus semangat.


Firas kat Tadika
Dah sampai kelas senyum sampai ke telinga, kami nak balik pun ok je boleh tapi kami tetap tunggu sampai habis masa orientasi Firas pukul 10pagi.


Ilhan kat Tadika
Sambil tunggu abg Firas dalam kelas, kita Selfie dengan Ilhan dulu. Ilhan bila tanya nak sekolah ke, dia jawab taknak tapi dalam kelas nak duduk sebelah abang.

Sekarang hari ke 3 Firas di sekolah dah semangat, bangun pagi tanpa dikejut mungkin sebab Ummi Firas siapkan bekal ke Tadika kot (Perkembangan Firas di update oleh Ummi Firas setiap pagi - sebab MJ dah kembali ke Penang meneruskan kerja).

p/s : Seronok tengok di FB masing2 update perkembangan anak di hari pertama persekolahan, kekadang hati 'sedikit' rasa sedih apakan daya kita hanya manusia biasa..hehehee

Bersantai di Route 69, Taman Robina

$
0
0
Taman Robina di Teluk Air Tawar adalah salah satu tempat 'lepak' buat muda mudi dengan kawasan yang redup dan damai sambil sesekali pipi ditampar lembut sang bayu... ewahhh... berpuitis pulak....hahah


Taman Robina Teluk Air Tawar

Tapi kitorang takdak la nak melepak pandang laut tu semua, bercinta kat rumah pun dah cukup, tempat terbuka camni tak syok..hahahaa sebab ramai pasangan lain becinta + mat2 motor preng2 memekakkan suasana je. huhuuu



Tujuan utama kami sebab nak makan je, hahaha dah kebetulan perut keroncong ha, main redah je mana tempat yang rasa nak try. Jadi kami singgah di Route 69 ni, betul2 menghadap laut. Seberang sana adalah Pulau Pinang.


Burger sedap di Taman Robina Teluk Air Tawar
Ni menu pilihan MJ.. My 1st impression wahhhh!!! menarik... Burger apa ntah nama tak ingat..huhuu


Tapi!! MJ kecewa sikit sebabnya daging beger tu dah sejuk, sebab tu lah cheese nya tak mencair , cheese 'mengkeras' jadi bila kita makan ianya agak terasing antara daging dan cheese..huhuu. Kalaulah tuan kedai panaskan sekejap dengan MicroWave ke tentu lagi mabeles.


Route 69 Taman Robina

My asben plak menu nya macam biasa Chicken Chop.. Ha menu ni sedap..Kuah black pepper nye menarik.


Hopefully next time pihak Route 69 boleh panaskan dulu daging beger tu ye kalau dah masak daging tu siap2, sayang dah sedap tapi sejuk..huhuuu.


Roti Bakar Telur Sosej bersalut Cheese

$
0
0
Ha ambik tajuk tak tau nama apa yang betul main tulis je, nasib letak 3 bahan tu je, kalau banyak bahan sure lagi panjang nama menu tu..hahaha

Asalnya nak pergi makan Roti Bakaq Teloq Meleleh kat Sungai 2, penangan terliur tengok kat FB. Tapi sebab malas nak keluar + qasa macam lebih senang buat je sendiri, maka terus minta asben belikan bahan-bahan.
Pagi tu sebelum pergi kerja kelentung kelentang kejap then siap. Nak resepi mudah je tapi takpela MJ kongsi di blog ni untuk rujukan bersama..hehee


Roti Bakar Cheese
Memula Rebus sekejap Hotdog tu hiris serong dan ketepikan, kemudian tumis bawang sampai naik bau masuk telur kacau cepat2 supaya 'tekstur' telur jadi kecil, dah masak gaul dengan Black Pepper sauce (MJ tak ada sos ni) tapi tumbuk lumat blackpepper gaul sekali bersama sedikit garam dan mayonis.



Roti Bakar Sedap
Sapukan roti dengan sos tomato/spagethi sos dan susun la hotdog dan telur ikut sesedap rasa (Nak gantikan telur dengan sardin/tuna terpulang) kemudian letakkan cheese. Bakar sekejap dalam Oven/Pemanggang Ajaib lebih kurang 10minit atau sehingga cheese mencair, kemudian tutup api.



Roti Bakar Cheese sedap
Ginilah rupa bila cheese cair menyaluti inti, pergghhhh sedap tau dah macam makan pizza je.

Roti Bakar Cheese Meleleh
Sekeping makan tika breakfast, tu pun dah cukup kenyang, lagi sekeping kita makan masa lunch.. Memang cukup untuk terlebih lapik perut ni ha..hehehe



Roti Bakar Cheese Telur
Ok jemput makan ye... Nyam nyam...

Sebenarnya nak buat Lasagna Roti, tapi sebab susu cair tak ada maka jadilah Roti Bakar  ni.. Untuk resepi Lasagna Telur klik SINI dan Roti Daging Cheese ye (right klik)

Cashout Nuffnang 2014

$
0
0
Inilah hasil berblogging selama setahun, walaupun tak seberapa padanlah dengan tahun 2014 MJ sendiri memang jarang sangat mengupdate blog. Jadi tak boleh la nak mengharap inkam selebat dan sehebat orang lain... Apapun tetap bersyukur ada dari tiada, kan?


Setelah ditolak yuran proses RM1 makanya cheque dijangka dapat pada awal Mar 2015 iaitu RM210.33 itupun kalau takdak apa2 masalah kan... Okla bulan Mar nak renew roadtax insurans Mr A boleh la topup sikit dari duit ni.


Batu 5 Char Koaw Teow, Taiping

$
0
0
Kalau korang dari arah selatan nak ke Utara, MJ cadangkan korang singgah di gerai Char Koaw Teow di Batu 5, Changkat Jering Taiping ni. Seriusly memang kena selera dengan tekak MJ tau berbanding CKT pemes yang kat ****** tu..hehehe..

Kalau nak pergi korang kena keluar ikut susur menghala Changkat Jering/Beruas kemudian ambil laluan nak ke Taiping. Dalam lebih kurang 10 minit macam tu akan sampai Batu 5 dan gerai ni di sebelah kanan.


Batu 5 Char Koaw Teow - Celoteh MJ
Dari jauh boleh perasan sebab banner nya warna ceria, nampak je kaler ni maka dah sampailah..hehee
 


Batu 5 Char Koaw Teow - Celoteh MJ
Ni la tokey kedai aka kawan MJ masa sekolah dulu, kagum dengan dia, walau ada kelulusan tapi berkecimpung dalam arena bisnes aka kedai makan.
Sorang lagi kawan MJ yang ada kelulusan tapi akhirnya terjebak dengan bisnes kedai makan iaitu Steamboat Grill di Sungai Petani, femes dah kedai ni, hari2 full house tau, alhamdulilla.. Mudah-mudahan mereka menjadi usahawan berjaya nanti.


Batu 5 Char Koaw Teow - Celoteh MJ
Kelapa Lemon yang super duper nyummy.. I like :)


Batu 5 Char Koaw Teow - Celoteh MJ
Ni Char Koaw Teow Special, meriah dengan udang + sedap sangat tau, memang puas hati makan


Batu 5 Char Koaw Teow - Celoteh MJ
Kasi layoq sikit....


Batu 5 Char Koaw Teow - Celoteh MJ
Perghhh tetiba tekak terasa nak p makan lagi...

Ok, nanti korang boleh like di FB Page Batu 5 ni untuk info lanjut ye.


Kegunaan Basic H Shaklee (Testimoni)

$
0
0
Basic H adalah sejenis cecair pencuci ajaib, kenapa dipanggil ajaib? Sebabnya ia dapat membantu memudahkan aktiviti mencuci kekotoran dan boleh gantikannya dengan peluntur. Istimewanya Basic H ni sebab ianya tiada bahan kimia tau (kalau korang rendam seharian pun tak akan berbau) serta mesra alam.

Kotoran contohnya di kolar leher mahupun pergelangan lengan, kesan conteng di dinding dan kusyen rumah serta nak cuci kasut sekolah ataupun baju sekolah pun boleh guna pencuci ajaib ni.


Sebelum tu jom kita kenali keistimewaan BASIC H di entry INI


Tahukah Anda?
Kebanyakan bahan pencuci serbaguna mengandungi toksin yang boleh meresap ke dalam badan melalui kulit atau sistem pernafasan. Bahan pelarut sintetik boleh mengganggu keseimbangan hormon. 
Bahan pelarut organik seperti butyl cellosolve merupakan sejenis neurotoksin dan bahan yang merengsakan hidung. Morfolin merupakan bahan toksin yang boleh merosakkan hati dan ginjal. Ammonia yang terkandung dalam bahan pencuci kaca merupakan sejenis bahan racun yang merengsakan kulit, mata dan sistem pernafasan. Pekatan Pencuci Super Organik BASIC H² tidak mengandungi bahan-bahan di atas mahupun bahan-bahan berbahaya yang lain.


Ini antara beberapa Testimoni dengan menggunakan Basic H.

Testimoni Basic H Shaklee
Testimoni 1 : Hanya titis Basic H di kain basah kemudian lap, kesan Marker Pen hilang.




Testimoni Basic H Shaklee
Testimoni 2 : Kesan Magic Colour hilang setelah direndam selama 2-3 jam, tanpa menyental

Ni kes anak2 main dengan Magic Colour habis tudung dan tangan kena conteng, balik rumah rendam dengan beberapa titis Basic H biarkan beberapa jam, bila angkat tengok kesan dah hilang, nampak seperti baru walaupun tak disental.



Testimoni Basic H
Testimoni 3 : Bersihkan kotoran di kopiah 


Testimoni 4 : Mencuci kesan2 halus di celahan Jam Tangan, dalam masa 15minit jam kembali bersih hanya dengan lap sahaja.


 Testimoni 5 : Kasut Sekolah ni dah macam2 pencuci guna sebelum ni tapi tetap tak hilang, lepas tu titis dan rendam dengan Basic H, Wahhhh!! nampak baru walaupun kasut ni dah berusia setahun lebih..


Testimoni 6 : Ini pula kesan kotoran di kolar baju


Kalau nak tahu lanjut apa istimewanya Basic H ni, sudi2lah tonton Video ini ye. Jangan risau untuk menggunakan Basic H sebab kandungannya adalalh selamat digunakan.

Sebotol tahan dari 6bulan ke setahun bergantung pada cara penggunaan, memang berbaloi dengan macam2 kegunaan BASIC H ni.
Harga pasaran ialah RM46 tak termasuk pos, jika ingin harga promosi termasuk pos bolehla WASAP MJ ye : 012-435.3088


Pertama kali buat Mee Kuah Daging

$
0
0
Masa skrol FB ternampak kawan syer resepi Mee Kuah Daging, terus tekak ni punyalah teringin nak makan, tambahan pulak resepi macam senang je, bahan2 mudah dapat tapi asyiklah tertangguh nak buat.


Sekali bila dapat buat, legaaaaaaaa... sedapnyaaaaaaaa...hahaha perasan.. tapi lagi seronok bila tengok asben makan siap bertambah, kuah tu dia la yang habiskan, sedap katanya.. muahahahaa kembang punggong mak hincik ni tau... Yela ni 1st time buat Mee Kuah sendirian berhad okeyh... sebelum ni mak la yang dok buat, MJ tolong2 kacau ja.. jadi harusla rasa sedikit vervangga dengan pencapaian..


Tapi resepi tak minta dengan Mak pun, cheq gugel je.. saja nak cuba kelainan.. walhal mak punya resepi memang tiptop meletop sedap cuma agak rumit sikit bagi MJ sebab banyak bahan nak guna tambahan baru pertama kali nak buat kena la cari yang mudah2 je kan.


Ok ni resepi yang MJ dapat dari FB, tapi maaf sangat dah lupa nama empunya resepi.. harap bila tuan dia baca dapat halalkan resepi ni ye, tapi resepi ni MJ olah sikit dari segi bahan2 sebab MJ buat untuk makan berdua je


BAHAN-BAHAN :
1 peket mee kuning (MJ guna setengah peket je)
Setengah kilo daging
1.5 liter air rebusan daging
Sos tomato dan Sos cili secukupnya
Setengah cawan kuah kacang (MJ guna kacang tumbuk halus)
1 kiub ikan bilis
2 biji telur - utk pekatkan kuah
3 sudu besar cili kisar - boleh tambah Garam dan gula secukup rasa

BAHAN-BAHAN TAMBAHAN :
2 biji telur rebus - dipotong
1 hirisan cili merah secukupnya
hirisan daun bawang
Taugeh dan sawi dicelur
Bawang goreng

BAHAN DIKISAR HALUS :
3 biji bawang merah
2 ulasi bawang putih
1 inci halia
 

CARA MEMASAK
1) Rebus daging sampai empuk kemudian daging dipotong kecil dan simpan semua air rebusan tadi . Panaskan minyak secukupnya dan tumis semua bahan yang dikisar dan cili kisar sampai bau wangi dan pecah minyak . Masukkan air rebusan daging serta kacau kuah dan masukkan kiub ikan bilis, kuah kacang secukupnya , sos tomato dan sos cili secukupnya . Jika suka masam boleh ditambah lagi sos tomato .
2) Kacau semua bahan-bahan dan boleh dimasuk semula daging ke dalam kuah serta biarkan kuah masak sampai mendidih. Masukkan garam dan gula secukup rasa kemudian pecahkan telur ke dalam mangkuk serta kacau telur ni sedikit dan masukkan ke dalam kuah tadi. Kacau pelahan-lahan kuah sampai telur masak. Tujuan telur ni dmasuk ke dalam kuah adalah untuk pekatkan kuah. 

3) Celur mee , taugeh dan sawi kemudian tos serta ketepikan dulu, rebus semua telur dan siap . 

Kemudian bolehlah ditabur bahan sesuka hati, macam MJ letak kentang rebus, tomato, tokua, cili merah, salad dan juga bawang goreng...



Meriah dengan bahan tabur walhal nak makan berdua je.. hehehe ekceli nak sedekah kat jiran depan rumah, tapi 'takut tak sedap' so kami makan le dulu rasa, tak sangka 'terlebih sedap' sampai abis dikerjakan..hahaha

Takpela next time masak lain, masa tu dah cekap sikit bolehla bersuka ria sedekah jiran tetangga.. sapa nak rasa meh jadi jiran kami..muahahah



WW : Aiskrim Pasu

$
0
0
Orang lain makan, nak jugak try walaupun ada unsur was2 tapi bila tengok packaging terus jadi beli :)



 RM 6.00 ok sedap bawah ada kek Pisang dengan biskut..


Lepas kempunan nak makan Aiskrim Pasu..muehehee


Inai Lukis Handmade sekitar Utara

$
0
0
Peminat tegar inai lukis (macam MJ) sekitar Pulau Pinang terutamanya nai nak rekemenkan orang yang memang terer bab2 melukis tak lain tak bukan kawan baik MJ sendiri. Kenal dari kami bersekolah sehinggalah sekarang, kategori kamceng jugaklah.


Memang sangat2 berpuas hati dengan hasilnya, korang request la nak corak lagumana pun, (ada pelbagai corak dalam album khas) insyaaAllah boleh dibuatnya.. Fuhhhh!! Kreatif dan berseni tangan.


Alahai jari tangan sapa la yang montok dan katik tu..hahahahaa

 Sat je pakai, dalam 15minit macam tu dah boleh cuci, terang merah cantik je kan..


Ni antara corak2 yang telah dibuat..

MJ memang dah tak cari orang lain kalau bab nak melukis ni, memang cari kawan ni je, masa MJ kahwin tempohari pun memang dia jugak la yang lukis tau, sampai ke kaki. Dan korang boleh je klik SINI untuk tengok hasil 'lukisan inai' di tangan MJ.

Jadi pada bakal Raja Sehari sekitar Utara yang berminat samada Inai jari mahupun Lukis boleh Wasap member MJ ni Linda 012-5928774 atau PM di Facebook.


Percutian Keluarga : Cameron Highland LAGI

$
0
0
MJ tak tau la penangan apa yang memanggil kat Kemeren tu ha, tahun ni dah 2x panjat atas tu.. Masa bulan 2 dan juga bulan ni, nak lawan tahun2 lepas punya kot.. hahahaa

Kali kedua ni pun bercuti dengan Family MJ dan juga tambahan family saudara sebelah emak, bawak diorang jenjalan sebab ada yang tak pernah sampai lagi atas tu.

Ni tempat pertama diterjah setelah sampai, kami sampai pun dah tengah hari, cuaca agak panas tapi taklah sepanas Pulau Pinang ha. Dan disebabkan musim cuti sekolah maka menapaklah dari Parking dibawah naik ke BOH SUNGEI PALAS tu.


Wif my Mum dan 2 orang hero kesayangan



Hover tau Ilhan ni bila kita ajak Selfie terus buat gaya gitu lepas tu kalut nak tengok muka sendiri jadi lagu mana... hehee


Ni pun sama, kita panggil je dia nak ambik gambo terus buat muka gini, konon Posing la kot ni..hahah


Ha bila bergambar berdua gini barula nampak sopan sintun sikit, kan...

Ok dah puas bergambar semua kita singgah makan plak, memang ramai jenuh beratur dekat BOH ni, dan MJ seperti dalam perancangan nak try Scone yang dikatakan sedap sesangat tu..hehehee


Inilah rupa Scone nya, dengan jem stoberi yang sedap dan Whiping Cream, bila makan memang lembut dimulut, rasa macam ala2 kuih raya Almond London sebelum dicelup coklat.. :)


Tengok dari gaya macam terliur tak sabar nak makan dah.. 


Cheese cake Strawbery ni serius memang melting okeyh..

Puas hati sesangat sebab dapat makan apa yang diidamkan di sini, cuma yang tak berapa best Kemeren dah tak sesejuk dulu, panas tapi taklah terik. 
Dan maybe akan repeat lagi ke sini dengan asben pulak.. 

Bersambung lagi nanti ye.. :)

Hadiah dari Review Khory Steamboat

$
0
0
Alhamdulillah rezeki diterima setelah MJ REVIEW di blog berkenaan KHORY STEAMBOAT murah di Sungai Petani. Kami (MJ dan suami) antara pelanggan terawal semasa kedai steamboat ni baru buka, dan review tersebut ikhlas TANPA APA2 bayaran tau, semua tu atas sokongan #supportbisneskawan
Dah sedap dan murah mestilah kita promot ye dak?

Sepanjang tempoh tu, dah berkali2 jugaklah kami repeat makan di situ, ada kalanya #tokeykedai belanja kami berdua dan ada ketika kami bawa adik beradik sedara mara makan kat situ.


Dan tak sangka ramai pelanggan KHORY STEAMBOAT datang dari review di blog MJ, oleh itu mereka berbesar hati nak belanja MJ dengan Voucher 5 keping.. Wahhh!!! Best best..hehee


Itulah kepentingan blog sekarang kan, semua di hujung jari je, setakat ni MJ review yang tak pernah ditelan sepanjang zaman adalah PELEKAT/BATIK PANT sehingga kini masih di caripeminat sehingga ke SINGAPURA.


Mai Roger MJ kalau
Nak Shaklee
Nak Pelekat Pant
Nak Tudung 3 Layer / Naeloofa
Nak review barang ke? hehehee
012-435.3088


Kebaikan Lecithin Shaklee

$
0
0

Fungsi utama Lecithin
1. Membantu untuk proses metabolisma kolesterol, triglycerides dan lemak darah (blood lipids).
2. Lecithin dapat memecah serta mencairkan lemak yang tersekat di pembuluh darah dan juga kolesterol
3. Membantu menurunkan total serum kolesterol dan meningkatkan kolesterol baik (HDL)
4. Membantu mengawal paras triglycerides

Apa itu triglycerides
Darah kita ada 3 jenis lemak iaitu kolesterol, fosfolipid dan trigliserida. Sifat lemak tidak dapat larut dalam air maka lemak2 tersebut harus bercampur dengan zat pelarut supaya dapat mengalir dalam darah (kerana darah kita terdiri dari air).

Jadi disinilah Lecithin dapat berfungsi kerana ia membantu 'mengemulsi lemak' yang mempunyai kesan untuk melekat pada lemak yang menyebabkan lemak terapung dalam darah dan mencegah dari melekat di dinding membran.

Lecithin tak dapat dihasilkan oleh badan tapi ianya sangat diperlukan oleh badan. Boleh baca selanjutnya mengenai Lecithin dan pengalaman MJ dengan Lecithin ye.



Banyak kan kelebihan Lecithin ni? Dengan sebotol mudah-mudahan kita beroleh manfaat kesihatan.

Produk Shaklee tak perlu diperkenalkan lagi, tambahan ianya dah lama bertapak selama lebih 50 tahun di pasaran, jadi tak perlu lagi ragu-ragu dengan produk Shaklee ye.

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

Petua / cara menghalau LIPAS

$
0
0
Siapa suka lipas? hohooo mesti semua orang tak suka kan dengan binatang kecik yang busuk yang suka merayap lari merata 1 rumah, lepas tu jerit sebab kena ligan --->> MJ ler tu hahaha

Lipas antara makhluk yang senang membiak, sekali keluar nah berpuloh ekor ha, tambah kalau dia dah dapat port terbaik kat satu2 tempat tu ha rasalah 'keharumannya'. Geram sebab bau dia tu buat nak termuntah.. hohoo
Tapi ingat, jangan bunuh lipas dengan ketuk tau, bahaya.

Ni punca masa kami tengah housekeeping bahagian dapur, sebab nak pasang (DIY) tempat sidai kain, sebelum ni letak je kat ruang dapur tengah2 ha, tapi ni dah beli tempat khas so bermulala operasi punggah memunggah maka berkeliaranlah makhluk tersebut..hohooo. Oh ya, kitorang memang sidai kain dalam rumah tau, duduk rumah bawah ni tempat ampaian tak ada sebab kitorang tak buat bumbung lagi kat luar rumah (takde bajet lagi)so jalan selamat sidai dalam rumah jela kang kitorang pergi kerja kena pulak hujan ke ribut ke, balik kerja pakaian pun hilang / jatuh ke tanah..

Beli jenis ni kat DIY RM65.. letak tepi tingkap jadi sebelum pegi kerja tu bukak tingkap bagi angin luar masuk, cepat la kering kan.


Ok berbalik pada tajuk, lepas tu MJ google la cara nak halau CekLi ni dari bermaharajalela dan salah 1 petua tu dengan menggunakan sabun wangi aka sabun buku tak kisah jenama apa sekalipun. Memandangkan sabun buku berlambak dari tersadai je maka terhasillah begini..hehee

MJ buat banyak tau, sebab boleh letak banyak tempat, alang2 ada bekas ni tak terguna dah bertahun, so MJ letak la gini, tempat2 lain main bubuh je, ada guna cawan hiasan comel, nasib la mana yang nampak tak guna tu so kita gunakan. Kalau tak berapa berkesan MJ ingat nak tabur2 je kat tempat laluan tu, sebab orang suruh tabur MJ letak comel dalam bekas..haha


Petua lain adalah 
1. Letak daun pandan, best jugak sebab wangi daun tu buat kita rasa segar je, kesimpulannya CekLi ni tak suka benda wangi tau sebab tu ia sendiri pun busuk..hahaha

2. Kalau dekat bilik air jumpa je, MJ akan jirus dengan air sabun, ha cepat je tau terpele'ok kat situ jugak, alahai sian kan tapi apakan dayaku.

3. Ada yang potong lemon, bila dah kering gantikan yang baru.

dan banyak lagi la petua lain, MJ syer petua yang mudah sebab tu je yang ada kat rumah kan.. So far ada perkembangan positf bila bangun pagi perasan macam tak nampak sekoq pun.. wahhhh! bagus gak ni.
Korang pernah cuba petua gini tak? Kongsi2kan lah..


Hasil dari Menabung dengan si Hijau

$
0
0
Alhamdulillah MJ sendiri tak sangka yang MJ telah berjaya menanam tabiat menabung dengan si-hijau sehingga kini tanpa kebocoran pun tau.. (bangga dengan pencapaian diri sambil letak tangan di bahu mata ke atas..hahah.)

MJ bermula pada bulan Oktober tahun lepas dan setelah 6 bulan.. 6 bulan okeyhhhhh......(Verlagak tu yang tak tahan..hahaa)  wahhhhhh!!! best sangat.. Kalau ikutkan sebelum ni dalam tempoh 6 bulan simpanan pun nan hado tau, tapi lepas menabung macam ni, merasa jugak  ada simpanan.. (boros sangat sebelum ni acaner nak menyimpan kan.)


Agak2 berapa tu ye?


Seronok tengok semua hijau je kan.. Puas hati sesangat bila tengok hasil selama ni.

Saja ambil gambar2 simpanan ni sebelum selamat ke bank untuk disimpan secara lebih selamat.

MJ tau ramai dari rakan blogger pun ada menyimpan macam ni, dan tak sangka MJ pun tergolong dalam golongan penyimpan tu..hehehe..  Harapnya akan terus konsisten demi masa depan mahupun di saat kecemasan.


Burger LELEH dan AIR GUNUNG BERAPI di Warung Kuning, Kota Kuala Muda

$
0
0
Dari tajuk dah cukup memberitahu menu apa yang kami makan di Warung Kuning, Kota Kuala Muda, kan? Jadi jom kita layan ye..

Sebelum ni MJ dok tengok je review dari kawan2 pasal Warung Kuning ni, terutama tang beger leleh dan air gunung berapi dia perghhhh tangkap selera sangat.. Tapi seyesli MJ tak tau pun kedai ni kat mana, sampailah bila baca landmark tempat tu, terus terperasan, Laaa!! rupanya memang dok kerap lalu situ, sebab dekat jugaklah dari rumah Mertua di Penaga, sebab kitorang bila balik rumah mertua kerap jugak ke Pasar Bisik. Memandangkan kami lalu tu siang (tengahari) kedai belum buka tu yang tak perasan.


Petang tu kami lalu kedai dah buka terus berhenti terjah, nahhh!! sekali oder Burger KOMTAR 3 tingkat dengan daging tebal. Ha ambik dah rupa nak makan 4 orang..hehehe.. Tapi disebabkan ketamakan memikirkan nak menerai, kekonon mampu habiskan, taknak kalah tang oder..hambik kaw..lalalalala..


Nampak tak lelehan dari sos2 beger tersebut... Adoiiii tetiba perut rasa nak makan lagi Beger ni, seyes sambil type entry ni sambil telan air liur..huhuuu


Pandangan atas, memang tinggi la beger ni sesuai dengan nama dia, especially part leleh meleleh tu.. cuma kitorang tak makan habis pun sayur kobis tu, berlambak.. Tapi memang hover kenyang tau, nak habiskan last portion tu lawan betolak laki bini, at last bini jugaklahhhh yang kena habiskan.. sayang punya pasal kalau tak dihabiskan, kan? jadi tak hairanlah kalau si bini semakin mengembang..hohoohoho

Ha ni pulak Air Gunung Berapi, sebelah tu Milo Ais asben punya, dan kanan tu MJ punya tapi tak tau nama apa sebab cuma sebut Air Gunung Berapi yang pasti layer bawah Milo, Susu dengan Sirap.. Parghhhhhh sedap kevavasss cuma 'muak' sikit bila digabungkan degan Beger tadi.. Tapi milo dia pekatttt gilerrrr tau, siap boleh ratah.


Larva dari gunung berapi sedang meletus..


Milo Ais yang pekat likat melekat.. Entah berapa tong Milo la dihabiskan sehari untuk air sahaja.

HARGA ` Pada MJ murah jugaklah, sebab total semua ni adalah RM20.30 SAHAJA..


Ok kesimpulan MJ 
~ Burger tu gaya persembahan memang tip top kebabomm cuma tang daging sebab isinya tebal, macam agak kurang masak sikit, yang lelain tu biasa2 je
~ Air nya pulak memang terbaikkkkk!

Lepas ni ada rezeki nak try Koaw Teow Goreng dan Char Koaw Teow pulak, sebab ada pujian sedap dari review kawan2..


Kalau korang nak terjah, Warung Kuning ni betul2 menghadap Jambatan yang menghubungkan antara Kuala Muda Penang dengan Kota Kuala Muda, Kedah. Dan kalau dari arah Tikam Batu nak ke Pantai Merdeka, kedai ni di simpang 3 sebelah kiri sebelum kita sampai ke simpang nak ke Pantai Merdeka. Alamat mintak maap MJ tak tahu, tapi landmark nya gitulah..hehee


Penangan tudung bawal AidiJuma ~ AJ

$
0
0
Siapa sini suka tudung bawal AJ kita geng..hehehe
Dulu MJ pernah terjebak dah dengan tudung bawal aJ ni, kalau tak silap tahun 2012-2013 macam tu kot lepas tu stop, beli pun cuma setahun sekali tak pun order dari kawan.

Tapi baru-baru ni, masa Family Trip ke Pantai Timur cuti hari Buruh tempohari, secara tak sengaja tersinggah Concept Store (CS) aJ kat Kuala Terengganu dan terbeli. Masa tu memang tak tau pun corak terbaru apa yang keluar, kira nak main terjah je kalau berkenan baru beli.

Masa singgah tu orang tak berapa ramai, jadi dah tak banyak yang tinggal sebab masa tu dah lewat petang, MJ cuma beli 1 BL hijau, 1 PL Orange Turqoise, 4 WL (2 Cat Paris dan 2 Stoberi)

Lepas letak kat FB ada plak kawan yang pesan nak Cat Paris, jadi memandangkan kami bermalam di Kuala Terengganu tu, memang bercadang nak singgah lagi la esoknya.


Hari kedua terjah tengok2 ramai orang berkerumun untuk ambik Paris Satin ni, kena ambik pun kat kaunter je tau,  jadi MJ, Mak dengan adik2 pun pakat ambik sorang satu, masa tanya kat kaunter nak ambik lebih diorang tak bagi, cuma terhad sorang 1 sahaja. Makanya cuma dapat 4helai sahaja, tapi kalau kami p ambik 2-3kali pun tentu diorang tak perasan kan.. hohooho kami kan jujur ikut peraturan, dia cakap tak boleh kami ikut jela..


Tapi memang tak sangka sangat bila MJ update kat FB, ramai kawan2 yang hunting Paris Satin ni, alahai nyesal giler tak borong bebanyak, pastu leh jual..hehehe.. Sebab kawan MJ bagitau Satin Paris ni cuma release kat belah Pantai Timur je tau. sesungguhnya cheq memang tak tau sebabnya cheq kan dah lama tak terjebak dengan bawal aJ ni. Kalau tau, memang konpem akan ku hangkut...
Ha kalau korang nak tau selepas seminggu pelancaran Paris Satin ni harganya telah mencecah ratusan ringgit okeyh.. Seb baik kami beli murah je..hihiii


Dan inilah hasil borongan, tu belum termasuk ada 2 lagi tudung Paris Blue Label (Pink & Blue)  MJ beli Online sebab dah Out of Stock kat CS. Tengah giler ngumpul koleksi tudung Paris plak.. Adoiii haqu..

Dan tak pasal-pasal dah terjoin Grup aJ kat FB, setiap hari dok ngadap tu lah.. mau tak terkopak poket.. huhuuu

 
Tudung ni MJ order online kat grup FB, sama jugak sebab OoS kat CS tambahan MJ dah  berkenan ada kaler Pepel..hehee

Bila hitung balik, dalam masa seminggu sahaja MJ dah membelanjakan sebanyak RM300 untuk tudung bawal aJ ni saja tau.. Nampak gaya nak kena insaf cepat2 kalau tak boleh terlajak perahu ni... huhuu

Yang ni pulak koleksi MJ (Old Season), ada sikit je sebab sebelum ni tak terjebak sangat, sekali beli cuma sehelai ke 2 helai gitu je. Semua White Label sebab murah..hehee sehelai RM10 dan korang jangan tak percaya tudung asal berharga RM10 boleh cecah sampai beratus bergantung pada permintaan.

Istimewanya bawal AIDIJUMA ni kerana setiap kali keluaran baru, pihak aJ tidak akan re-stok, kerana itulah harganya boleh melambung sebab ada permintaan kan dan kalau nak kenalah beli dari kawan2 yang ada beli lebih. Prelove pun boleh tahan jugak harga tau tengok pada design dia.

Pendek kata tak rugi beli tudung aJ ni tau, sebab ada value, lagi lama ada yang lagi mahal. Lagi pandai jaga lagi boleh mark-up harga jual.

Yang ni paling murah, BL plain, kalau beli direct dari CS cuma harga dalam RM7 sehelai, tapi kalau beli dari buyer lain harga dalam RM10-RM13 sehelai. MJ pun dok rasa macam nak tambah BL Plain ni.. Eh!! lupa dah insaf kan tadi..hahahaa

Bagi yang baru mengenali tudung aJ, ada beberapa label pada setiap tudungnya seperti :-
1. Black Label (BL) : Plain - RM7-9
2. White Label (WL) - RM10 (corak penuh dan cantik)
3. Black Label (BL) - RM33 (dulu harga BL mahal, RM45-59) Bahagian tengah plain, cuma bawahnya bercorak. Jadi boleh digayakan dengan macam2 baju, kainnya lembut dan sedap pakai.
4. Green Label (GL) - RM15-1 (keluar biasanya pada majlis konvokesyen di Universiti terpilih)
5. Blue Label (BL) - RM20
6. Pink Label (PL) - RM14
7. Red Label (RL) - RM35 (jarang keluar sekarang ni)
8. Gold Label (GL) - Akan diberi percuma sempena Birthday Datin Juma (hanya 200 orang terawal yang membeli di website pada hari jadi Datin atau yang 'walk-in' di CS.
Sekarang ni MJ hunting tudung yang ni untuk tambah koleksi Parisku.. Red Label Paris, White Label Paris dan Black Label Paris design tahun 2014. Ketar jari tau bilamana setiap helai tu dah cecah ratusan ringgit,, Tapi ada juga yang nak swap dengan Paris Satin MJ, tapi buat masa la dok rasa sayang lagi belum tergerak nak SWAP.. Dan GOLD Label tu MJ tak pernah ada lagi, sama gak mahal bebenor harga nya..huhuu
Dan kalau korang nak berjual beli dengan aidiJuma ni, terjah 
Selamat bershopping..lalallaala.

Redeem Voucher di Khory Steamboat

$
0
0
Akhirnya lepas 2 bulan dapat Voucher ni, barulah dapat me'redeem' kat Khory Steamboat, kebetulan adik MJ dan 2 orang anak kesayanganku (Firas dan Ilhan) ada sekali, jadi 5 keping Voucher tu sesuai sangatlah dengan kami, cuma topup sikit je baki, oklah kan..

Masa kami sampai tak ramai lagi orang dan kebetulan kami redeem masa hari kerja.. Senang sikit sebab lebih selesa.. Hari cuti kena booking dulu, kalau tak.. ha jenuh la menunggu sementara nak dapat tempat duduk.


Antara pilihan menu, sekarang ni menu dah semakin banyak, sebab tu la pelanggan kian bertambah.. Alhamdulillah rezeki kan.


Pilih je korang nak makan apa, yang penting ambil ikut keperluan, jangan melampau batas sebab makanan yang tak dihabiskan akan kena denda ye.


Kedai dah semakin besar dan selesa buat semua. Yang penting kebersihan tip top.


Si kecik Ilhan yang dah tak sabar2 nak makan, senang bawak bila memasing perut tengah lapar, konpem makan banyak..hehe


Tak mau orang suapkan, nak suap sendiri pulak, ha layankan jela.. Malam tu banyak jugak lah we olls makan, kenyang sesangat.


Dan ni pencuci mulut, kalau tak silap harganya RM6 kot..


Dan akhir sekali Peace dari Ilhan.. Itu saja coretan MJ di entry ini.. 

Dah jarang sangat MJ menulis di blog ha, rasa kekok je.. Pada kekawan blog, maafkan MJ jika lambat menerjah balas blog anda ye.. sobsob.. rindu korang..

p/s : Entry tertunggak lebih 3 minggu, tersadai je dalam draft ;)


Alhamdulillah 31 tahun sudah

$
0
0
31 Mei 2015 baru2 ni merupakan tarikh ulangtahun kelahiran MJ yang ke 31.. Sekarang dah menjangkau usia 30an, alhamdulillah bersyukur dengan apa yang dimiliki sekarang ini dengan dikelilingi mereka2 yang menyayangiku.


Sambut pun ala kadar je, masih sambut berdua selama lebih 5 tahun kami bersama. Allah dah beri kami pelbagai nikmat, cuma 1 nikmat je kami belum pernah merasainya iaitu nikmat diperolehi zuriat sendiri. Tak mengapa usaha tetap diteruskan tanpa jemu, semoga Allah mengabulkan doa kami dan doa dari anda semua juga. (TTC almost 5yrs ++).

Dulu di awal perkahwinan kami (tahun 2010), MJ mengimpikan di saat usia menjangkau 30an nanti, MJ dah memiliki anak sekurang2nya 2 orang, tapi itulah kita hanya mampu merancang, ternyata perancangan Allah yang lebih hebat, hanya DIA yang tahu bila masa terbaik untuk kami memiliki zuriat sendiri kerana di usia MJ 31 tahun, masih belum merasai nikmat dan amanah tersebut. Tapi sekiranya sehingga hujung nyawa kami diuji begini, insyaaAllah kami akan tetap redha, siapalah kami untuk menidakkannya apatah lagi mereka yang di luar sana.


Masa nak potong kek semalam, MJ cakap kat asben, bestkan kalau kita ada anak, lebih meriah sebab diorang yang akan lebih eksaited bila bab nak potong kek ni. Anak sedara pulak duduk jauh, kalau tak memang happening..sobsob..



Sori ye MJ cuma luah apa yang dirasa disini, di blog kecil MJ supaya nanti boleh dikenang apa yang kami rasa selama ini. Apa yang MJ boleh cakap, hanya yang menghadapinya iaitu kami (TTC'an) yang faham erti sebuah penantian. :(


Oklah berbalik pada sambutan kelahiran kali ni, MJ nak ucap terima kasih bebanyak kat asben yang bersusah payah tempah kek ni kat kawan dia, siap kawan dia cakap tak sangka lomantik jugak Mr J ni..dulu masa sekolah pendiam, jenis wat lek wat pis ja..hahaha
MJ cakap la bila dah kawen ni, mau tak mau kena belajar la untuk lomantik, kang bini shomel dia asyik nak mrajuk sapa yang susah hati, kannnnnn... heheheee


Nama kek kemain panjang memang takleh nak hafal punya la.. -->  Mix nuts chocolate brownie with chocolate, cream cheese and salted caramel drizzle Kek memang tiptop sedap, MJ puas hati. Memang tak habis pun setakat 2 mulut, MJ sedekah kat jiran dengan separuh lagi nak bawak balik rumah Mak, mula tu nak bagi ke rumah mertua, tapi memandangkan asben nak masuk kerja kejap lagi, jadi simpan dalam fridge jela ;)

Selain dari kek, tak lupa bunga dari asben dan jugak special hadiah my peberet, best sebab dapat handbag baru.. Yeayyyy!! Tahun lepas pun dapat Handbag jugak, walaupun dah pakai dekat setahun, tapi beg tu tetap utuh tanpa tercarik seperti handbag MJ guna sebelum ni dari GUESS dan CR... :)

Sekian entry birthdah dan luahan hati..hehehe

**TTC = Trying To Conceive

Family Trip : Hatyai kami datang

$
0
0
{Entry Tertangguh} Day 1 - 10 June 2015

Kedatangan yang tanpa dirancang, memang last minit plan terus jadi ikut je, mujur lah my Big Bos approved cutiku,  kalau tak, tak dapek la cheq join sekaki :)

Asalnya cuma Mak, Abah dan adik2 MJ je ke sana, tapi lepas cuti MJ approved apalagi zass mengekor la tak tunggu dah..haha

Kami bertolak dalam pukul 7.30 pagi dari rumah, sampai dalam pukul 10pagi terus ke Imegresen Bukit Kayu Hitam  untuk buat pass adik bongsu MJ, dia pun last minit gak kena paksa ikut..hehehe

Masa nak masuk sempadan tu jem jugaklah tapi alhamdulillah urusan kami dipermudahkan. Kami sampai Hatyai lebih kurang dalam 2 jam perjalanan dan terus 'check in' dalam pukul 12 tengah hari macam tu. Hotel pilihan kami tak lain tak bukan LEE GARDEN, ini kali ke-2 MJ menginap di Hotel ni, walaupun sebelum ni hotel ni pernah kena BOM, tapi kami tawakkal jela kalau jadi apa2 kan.. Tapi tak berapa nak risau sebab kawalan ke pintu masuk Hotel diperketatkan, jadi rasa agak selamat sikit.


Nampak je katilll wahhhh lega badan dapat nak baring (walhal dalam kereta dah sakan tidur-kesian Abah drive sensorang).. Katil pun besar, 2 katil KING.. Puas hati sangat yela tidur sharing adik beradik kan dengan 2 orang budak kecik ni lagi, bilik Mak Abah pulak 1 katil King.

Ilhan dengan Koko Krunch tak dapat dipisahkan, jauh bawak dari Pulau Pinang mai makan kat Hatyai..hehehe

Pemandangan dari Pintu Masuk, sebelah kanan Toilet dan sebelah kiri tu Almari


Yang best untuk budak berdua tentulah adanya Bath Tub ni, sakan dok berendam pagi petang.

Wajib 'mencilok' jika menginap di mana2 Hotel sebagai kenangan..huhuuu




Pemandangan dari tingkap bilik, memang membangun dah Hatyai ni penuh dengan Bangunan kiri kanan

Selesai membersihkan diri semua apalagi makan la masing2 dah perut keroncong kan. Kami siap bawak bekal dari rumah untuk makan selama menginap di Hatyai, tambahan tak berapa tahu makanan HALAL yang sedap dan tak mahal di sekitar Hotel, jadi dapat jimat belanja.

Kemudian pukul 3petang (waktu Malaysia) kami nak jalan2 dengan Van yang telah sedia menunggu kami.. Jadi next entry ye :)

Viewing all 313 articles
Browse latest View live