Quantcast
Channel: CeLoteh MJ
Viewing all 313 articles
Browse latest View live

Senggugut dan GLA Complex Shaklee

$
0
0
Senggugut dengan wanita ibarat isi dengan kuku, yang dialami oleh kebanyakan wanita di dunia apabila 'teman baik' hadir pada setiap bulan. Hanya segelintir je yang tak merasai 'nikmatnya' sakit senggugut tu..
MJ antara yang  yang mengalami sakit tersebut dari zaman study Diploma kalau tak silap, di usia awal 20an macam tu, bila teman baik mai pada hari pertama memang merasa la 'ketidakselesaan' di bahagian perut cramp semua ada. Wajib letak botol air dan tekan di bahagian perut dan apa2 je yang boleh nak bagi rasa selesa sikit. Ada ketika terpaksa 'skip class' dan bila terlampau tak tahan terpaksa telan ubat.


Sakit itu berlanjutan sehinggalah selepas kahwin pun masih lagi sakit cuma agak kurang sikit berbanding dulu, tak perlu nak tekan botol di perut cuma berasa tak selesa berpeluh bagai. Ada jugak MJ mencuba pelbagai produk dari mahal sehinggalah murah tapi sakit tu tetap berterusan.

Sampailah MJ berkenalan dengan produk Shaklee pada bulan Ogos 2013, masa tu nak cuba set lain dan bila rasai keberkesanan terus terbuka hati masuk ahli pada Sept 2013. Tak sangka dah hampir setahun MJ dengan Shaklee, Alhamdulillah.

Jadi entry ni MJ nak kenalkan produk yang banyak khasiat terutama kepada WANITA, GLA aka EPO (Evening Primrose Oil)

* Apa beza GLA Dan EPO?*

EPO kaya dengan GLA. Borage juga kaya dgn GLA. Kebanyakkan GLA yang sedia ada di pasaran dihasilkan daripada EPO. tetapi RAMAI YANG TAK TAHU kepekatan GLA berbeza dalam kedua2nya.

BORAGE mengandungi GLA dua kali ganda yang lebih tinggi dari EPO. Dari segi bioavailabiliti (kadar penyerapan) BORAGE juga adalah 3 kali lebih berkesan daripada EPO.

*Patutkah membeli EPO atau GLA Complex Shaklee?*

GLA COMPLEX Shaklee menggunakan bunga borage sebagai bahan utamanya.Setiap kapsul mengandungi 300mg GLA.

Kenapa disebut GLA COMPLEX dan bukannya Minyak Borage je?
Kerana GLA Complex Shaklee merupakan kombinasi minyak borage yang mengandungi asid gamma linolenik (GLA), asid linolenik (LA), minyak bunga matahari dan vitamin E. Bioavailabitinya dibuktikan secara klinikal di mana ia mampu menyerap ke dalam sel dan tisu dengan lebih baik


Apakah GLA?
KeyGLA atau nama saintifiknya dikenali sebagai Gama Linoleik Acid (GLA). Ia merupakan bahan binaan bagi prostaglandin.
KeyApa pula prostaglandin?
Prostaglandin merupakan bahan hormon dalam badan. Ianya penting untuk fungsi kimia badan seperti mengawal tekanan darah, mengawal muscle contraction, menghalang rembesan gastrik dan banyak lagi. Ia juga adalah anti keradangan, anti pembekuan darah disamping mengurangkan tekanan darah
KeyFaedah mengambil GLA
GLA dikatakan membantu mengurangkan keradangan yang biasa dalam sindrom pra-haid(PMS), arthritis rhematoid dan eczema.
Selain itu GLA membantu mengurangkan sakit dan kebas yang berkaitan dengan masalah kencing manis. GLA juga dikatakan dapat membantu mengawal kencing manis (jenis 2) dengan membaiki kadar insulin & kolesterol. GLA juga membantu dalam menyingkirkan lebihan berat badan terutama bagi yang ingin mengurangkan berat badan.


Dan MJ amalkan set ni dari awal sehingga sekarang secara konsisten dan alhamdulillah sakit senggugut dah semakin pulih, boleh buat kerja seperti biasa walaupun di hari pertama teman baik mai.


Set Untuk Mengatasi Masalah Senggugut dan PMS.
3 Supplement yang dicadangkan :

1. B Complex
Vitamin B-complex khususnya vitamin B5 ( asid panthothenik ), B6 dan B12 telah terbukti menghasilkan kesan terbaik ke atas senggugut.Vitamin B5 membantu mengurangkan rasa tertekan dan ianya diperlukan oleh kelenjar adrenal.Vitamin B6 membantu mengurangkan penyimpanan air, menambahkan aliran oksigen kepada organ wanita, juga membantu menstabilkan paras estrogen ke tahap normal.Vitamin B6 juga meringankan symptom-simptom fizikal dan mental termasuk kembung perut, pening, kerimasan dan perasaan marah-marah.Vitamin B12 membantu meringkankan tekanan, menghindar anemia dan ianya diperlukan untuk semua fungsi badan.

2. Ostematrix (Kalsium Magnesium)
Wanita yang mengambil calcium yang mencukupi dapat mengurangkan masalah senggugut..Sebelum haid bermula, PARAS BEKALAN KALSIUM AKAN MENURUN menyebabkan emosi tidak stabil dan lain-lain symptom senggugut.
Oleh itu, pengambilan kalsium tambahan dapat mengawal turun naik perasaan serta symptom-simptom yang lain
Selain itu, wanita yang menghidap senggugut juga kekurangan Magnesium.

3. GLA Complex
Pati biji borage, iaitu biji tumbuhan yang merupakan sumber terkaya bagi GLA semulajadi.Wanita yang menghidap senggugut tidak dapat menukarkan asid linolenik ( sejenis asid lemak yang penting ) dengan baik untuk menjadi GLA.
Oleh itu, pengambilan GLA tambahan dapat meringankan symptom senggugut.Ianya juga dapat mengurangkan kesensitifan payudara dan mengawal keinginan makanan manis-manis.

Testimoni dari rakan MJ mengenai GLA Complex, pada yang mengalami sakit senggugut seperti MJ sebelum ni, MJ amat mencadangkan set ni untuk diambil. Selain itu GLA juga amat sesuai buat mereka yang mengalami CYST, PCOS dan FIBROID. MJ pernah ada CYST sebelum ni, dan alhamdulillah dari pengambilan GLA Complex, Cyst tu mengecil dan akhirnya hilang dan mudah-mudahan tiada lagi kembali, aminnn. Kisah MJ dan CYST boleh baca di SINI.


Berminat untuk maklumat lanjut boleh hubungi MJ di medium berikut
Maira | Independent Distributor Shaklee 
WhatsApp 012-4353088
PM di fb : http://www.facebook.com/messages/ceriadansihat
COD : Seberang Perai, Penang

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.*
  

Restoran Bara Grill, Taiping

$
0
0
[Entry tertangguh]

Masa kami jenjalan di Taiping sempena besday asben bulan Jun baru-baru, kami singgah ke kedai ni. Konsepnya sangatlah menarik dengan warna kedai yang 'sangat berani' sebab menggunakan kombinasi warna garang iaitu Merah dan Hijau. Nama kedai ni BARA GRILL selain menu Western ada juga menu Steamboat, murah jugak set nya tapi kami tak cuba yang tu.



 Mencuba Western Food di sini, menurut kawan yang duduk di Taiping, restoran ni baru je dibuka.

Menu-menu yang dihidangkan ni agak murah lah pada pendapat kami berbanding tempat lain yang menghidangkan Western Food.

Ni MJ ambil set campur, ada Lamb, Chicken dan juga Fish. Sebab nak merasa kan senang dalam 1 set serbanya ada. Kuahnya BlackPepper sedap cuma tak panas, sejuk je masa dapat so sedikit kuciwa.

Yang goreng (Chicken dan Fish) bagi MJ tak kena dengan selera kami suami isteri tapi yg grill (Lamb) memang sedap, lembut je.

Homemade Meatball 9 ketul dalam RM6-8 (maaf harga dah tak berapa ingat) hohoo. Nak compare dengan Meatball IKEA memang jauh sekali la tang rasanya tapi ok boleh diperbaiki lagi.


Memula terperanjat kami sos dia ada pelbagai warna, ada merah, pink dan hijau. yela semua homemade kan. Percubaan bagus dari tokey restoran ni.



Dari segi gaya persembahan memang tiptop, cuma menu sejuk la masa dihidangkan, kalau dihidangkan panas sure yang goreng2 pun jadi sedap. Ini review ikhlas tak berbayar dari MJ antara pelanggan yang pernah singgah makan di situ.

Korang boleh terjah FB Bara Grill kat atas tu ye untuk maklumat lanjut.

Penangan beriklan di blog Celoteh MJ

$
0
0
Tajuk bikin gempak, walhal biasa-biasa sahaja dan bukanlah melibatkan sales berjuta2 ye, masih ratusan dan juga ribuan. InsyaaAllah mudah2an suatu hari nanti...

Alhamdulillah kuasa blog merentasi sempadan, kita beriklan bukan untuk jangka masa pendek, tetapi untuk jangka masa panjang dan juga untuk sepanjang masa.

MJ beriklan di blog adalah sekadar membantu memperkenalkan dan 'menaikkan' bisnes keluarga termasuklah MJ dan juga saudara mara.

1. Antara produk-produk yang senantiasa dicari pelanggan setiap masa adalah Genggam Fatimah dan Nenas Batu (walaupun sebelum ni MJ ada jual tapi sekarang dah tak menjualnya). Kalau ada pun stok yang sangat terhad sebab kekangan masa nak mengambilnya. Ada juga yang bertanya mengenai produk AVON tapi sekarang memang tak jual dah..

2. Produk bermusim terutama musim perayaan ni adalah HomeMade Nasi Arab, paling tinggi permintaan sepanjang Hari Raya ni, ramai nak buat Open House ni termasuklah menjamu saudara mara kan? Apapun ianya tetap menjadi pilihan setiap masa.

3. Tudung 3 Layer bisnes My Mum alhamdulillah senantiasa ada pelanggan, kini dah jarang menjual secara Online kerana 'stok laku', kini semua secara Offline.

4. Paling membanggakan, bisnes Pantz adik MJ yang bermula secara kecil2an dari rumah, kini sudah merentasi luar Malaysia iaitu Singapura. Nanti MJ syer cara kami berurusan bila melibatkan wang tunai dari luar Malaysia (pada yang tak tahu macam MJ ni) ni ye dan postage cost.

6 Ogos urusniaga bermula, 11 Ogos dimeterai.

5. Dan last but not least tentulah bisnes MJ yang utama iaitu produk Shaklee, Alhamdulillah ada juga customer dari Blog ini selain dari kenalan Offline.

6. Entry hangat pulak adalah berkenaan proses jual beli barangan luar negara, email bertalu-talu setiap hari masuk bertanyakan pasal permasalahan jual beli ni. MJ dan Suami tengah berkira-kira samada kami nak membantu dalam proses jual beli ni dengan menjadi ORANG TENGAH, tapi dalam pertimbangan lagi. Tapi orang tengah sebelum pembelian dibuat ye, bukan bila saat barang anda sangkut di mana-mana ataupun abrang tu dah pun dibeli ye.

Rasa happy bila dapat menaikkan jualan diri sendiri termasuklah keluarga. Walaupun sedikit tapi hasilnya manis kan. Jika diizinkan mungkin MJ akan buka tapak iklan nak tengok feedback, insyaaAllah.

Urusniaga dengan Western Union - Selamat ke?

$
0
0
[Ini adalah melalui pengalaman MJ yang pertama kali nak berurusniaga dengan pelanggan dari luar Malaysia ye].

Pada yang dah biasa mungkin akan rasa eh okla selamat la, tapi ada ramai juga yang kata urusniaga melalui Western Union (WU) ni tak selamat sebab banyak berlaku kes penipuan. Tambahan my asben kerapkali berjumpa dengan mereka yang tertipu/ditipu melalui WU ni.



Rupanya urusniga ni sangat senang, pihak sana memasukkan melalui WU dan hantar No resit dan butiran pada kita, automatik kita di sini boleh ke mana2 cawangan WU untuk mengambil duit. Cepat, mudah dan senang.

MJ pada mulanya agak was2 dan meminta pihak sana melakukan transaksi melalui bank rasa lagi selamat, tapi memandangkan caj melalui bank 'mahal' kerana ke2-2 pihak akan dikenakan caj, dan atas dasar kepercayaan termasuklah keyakinan, MJ menggunakan WU.

Siap untuk dihantar ke Singapura dengan menggunakan perkhidmatan PosLaju National Courier, caj yang dikenakan untuk berat lingkungan 7.32kg ialah RM137.50 (termasuk RM4.60 untuk Track n Trace)
 Melalui darat RM132 (seminggu)
Udara RM75 (2 minggu)
Laut RM23 (sebulan)

Bagaimana dia mempercayai kami (barang tak siap lagi tapi duit dah dibayar)  maka urusan berjalan lancar, bila dia menghantar transaksi pembayaran, MJ terus ke cawangan WU yang berdekatan, isi borang dengan butiran peribadi kita termasuklah butiran penghantar, tak sampai 5minit duit dah boleh diambil.

Yang penting, pihak sana kena hantar MTCN No dan barulah kita boleh meng 'cash' kan duit di sini. Bila duit selamat diterima, pihak sana akan menerima mesej pengesahan dari WU bahawa duit sudah dipindahkan.

InsyaAllah urusniaga ini akan berterusan lagi dalam tempoh 2 minggu nanti, dan semoga mereka berpuas hati dengan servis yang kami berikan.

Jadi pada anda yang nak gunakan perkhidmatan Western Union, ingat!! minta mereka menghantar MTCN No ye. Korang ada yang pernah gunakan WU? Macam mana, ok tak? Kongsikan pengalaman bersama ye. Terima kasih


Cheese Tart - Kuih Feberet

$
0
0
Setiap kali Hari Raya MJ wajib order kuih ni, suka sangat terutama makan sejuk2, kadang tak payah tunggu Raya, hari biasa pun pantang nampak orang jual, cepat je nak ngorder ha.. teruk betul napsu makan ha..hehe

MJ beli 3 jenis perisa, ada Coklat, Stoberi dengan Bluberi. Ke 3 3 nya memang sedap, gebus.

Stoberi Cheese Tart

Isi dalam pun padat

dan ni perisa Coklat, pun mabeles..hehe

Sebelum ni MJ order dengan ex-classmate MJ, Izyanty.. tak silap 2 tahun berturut2 kot order dari dia, dan kali ni MJ oder pula dari ex-skulmate, Atiqah. Kalau korang yang tinggal di bahagian Seberang Perai, Penang yang nak makan Cheese Tart ni boleh la roger mereka berdua ni ye. Pada MJ memang sedap, kena dengan tekak.

p/s : Almaklumlah nak buat sendiri tak reti aka malas..huhuu



Percubaan buat Biskut Meringue - sedap!

$
0
0
Dah lama MJ mencari resepi biskut ni, makan masa pegi beraya di rumah in-law adik tahun lepas. Sedap sangat sebab bila makan terus cair di mulut. Memang tak sedar tengok-tengok dah habis sebalang. Bila tanya resepi tuannya taknak bagi, ok takpe faham, biasalah adat la tu kan..hehehe



Paling mencabar bila nak bentukkan, MJ takdak piping bag, cuma masukkan dalam plastik dan gunting sedikit hujungnya, lepas tu pipe ikut sesuka hati. Itu yang jadi macam-macam rupa tu, tapi tak kisahlah sebab untuk makan sendiri2 kan..

MJ letakkan Coklat Cip sebab nak bagi 'rasa' bila makan, takdak lah rasa kosong / rasa telur je kan.


 
Ni selepas di bakar, alahai sedapnya tau dengan gebu gebas makan panas2 memang jadi ralit sangat. Bukan sebab sendiri buat nak puji diri sendiri, takkk!! 
Tapi sebab dah cuba dan rasa puas, resepinya pun senang je cuma memerlukan kesabaran masa nak piping je.

Anak sedara MJ Ilhan ni paling suka makan, memula mintak 1 lepas tu kiri kanan pun pegang, baru jalan sikit dia patah balik mintak lagi, katanya 'Aawon' (takdakpun), rupanya dah habis semua.. Kan meringue ni cair di mulut so kejap jela habis..
Lepas tu letak dalam pinggan konon senang la Ilhan nak bawak pegi makan di ruang tamu sambil layan kartun, tapi sama jugak baru sampai pintu dapur dia patah balik mintak lagi sebab dalam pinggan pun habis jugak.. Amboi punya cepat makan ha..Seronok tengok, itu maksudnya CikLong dia pandai  buat la kan..hahaha


So nah MJ syer resepi biskut ni dengan korang, tak payah tunggu Raya, sebab boleh makan bila2 je ha..

MJ tak guna pewarna sebabnya gel tu takda.. sebab tu biskut meringue MJ kaler original..hehee

Selamat mencuba, dan terima kasih pada empunya resepi sudi syer resepi sedap ni.

Alhamdulillah dapat duit raya RM200

$
0
0
Alhamdulillah rezeki Syawal menang hadiah wang tunai, seperti biasa ianya dari tuan Ilham aka pemilik blog Denaihatidotcom.  My asben menulis 2 entry review iaitu Rashidun Caliph (jangan lupa 30 Ogos ni di Dewan Merdeka PWTC) dan juga isu Boikot Israel adakah ianya relevan, dan setiap satu entry yang ditulis mendapat hadiah RM100.

Tahniah juga pada rakan blogger lain yang menerima duit raya juga.


Save Gaza Denaihati
Dan dari tunai yang diterima itu kami ada mendermakan ke tabung GAZA, semoga saudara kita disana terus kuat dengan serangan bertubi-tubi dari rejim Zionis Israel. Syurga Allah telah dijanjikan buat mereka, sebab tu iman mereka terus kuat.

DIY Fridge / Makeover Peti Sejuk

$
0
0
Disebabkan join Group Tertutup Deko2 di FB, MJ pun terjebak juga.. huhuu jeles tengok rumah dan dekorasi diorang semua cantik2. Terasa kerdilnya sebab rumah cheq tak secantik rumah diorang..hohooo

Peti ais asal sebelum kita 'kasi baru', almaklumlah MJ beli 2nd hand dari parents, alhamdulillah ada dari tiada, sebelum ni pakai 1 pintu asben beli masa sebelum kahwin sekarang ni duduk berdua je ambik peti ais gabak isi dalam yillek..hahaa

 Abaikan FM yang berterabur sana sinun tu ye.. kes nak pasang wallpaper la gitu keadaannya.

Wall paper ni MJ dah beli lama pun, asalnya nak balut almari tapi tak terbuat apa at last tersadai je sampai berbulan ko. Tapi masa terjah group deko di FB tengok diorang balut cantik terus 'ting!' dapat idea.


Tapi nak pasangnya ya Ampun seksa bangat, naik stress ha, lekat lepas tu tanggal lepas tu lekat balik, senget pulak bukak pulak, rasanya seploh kali juga pasang tanggal pasang tanggal ni.

Menurut 'petua' nak bagi pasang elok guna span basah, aiseh mana nak cari span pulak lepas tu asben try basahkan peti sejuk dengan air + sabun sikit baru lekat, terus elok cantik je ha... Laa senang rupanya..hahaha

Pink bunga2 is my pilihan, maka asben terpaksa iyakan jela kehendak bini dia..hehee

Siap suda... Akhirnya terpaksa mengaku ianya memang cantik selepas di makeover.. (choi puji diri sendiri..hahaa).. Terus nampak tak cantik tikar getah weolls...huhuu

Bahagian tepi

Send ke Grup wasap family MJ, sebab sebelum ni my Mum komen peti ais kami 'tak comel'.. and now my Mum puji peti ais kami nampak baru..hehee


Korang yang pernah pasang wallpaper di fridge cer komen camne cara korang pasang, ok tak?


p/s : MJ beli wallpaper ni di Mr DIY Raja Uda, Penang segulung setengah untuk fridge MJ ni. Segulung berapa hinggit je dah tak ingat sebab beli dah lama kan..


Perlu ke umat Islam Malaysia berkabung?

$
0
0
Rata-rata ramai yang konfius dengan istilah berkabung dan bertafakur dalam Islam, pelbagai versi kita dengar kita baca tapi ada yang kita tak betul-betul hadam.

Bilamana Kerajaan mengisytiharkan 22 Ogos 2014 adalah hari berkabung dan bertafakur maka banyak pihak yang menyangkal.


Faham bertafakkur dalam Islam tidaklah sama dengan apa yang dilakukan sekarang ini yang dipanggil ‘moment of silence’ (tunduk selama beberapa minit) bagi menghormati orang yang mati. Tafakkur membawa makna “kegiatan hati untuk memahami makna setiap perkara bagi mencapai apa yang dihajati. Tafakkur juga merupakan pancaran hati yang dengannya kebaikan, keburukan, manfaat dan kemudaratan akan menjadi jelas (al-Jurjani, Kitab al-Ta’rifat, ms.77) 




Sementara perbuatan berkabung bagi menunjukkan tanda dukacita kepada orang yang meninggal dunia seperti mengibarkan bendera separuh tiang dan memakai pakaian berwarna serba hitam atau suram adalah dibenarkan selagi ia tidak melibatkan unsur-unsur atau ritual keagamaan agama bukan Islam yang bertentangan dengan syarak.


Maklumat lanjut boleh baca di Hukum BERTAFAKUR

Bagi yang beragama Islam sama-sama kita sedekahkan alfatihah pada mangsa tragedi #mh17
Sedihnya rasa walau tak kenal tapi atas sifat perikemanusiaan tetap merasa kesedihan tersebut.



GLA Shaklee punca masalah WANITA?

$
0
0
MJ terpanggil untuk menulis coretan ini setelah sekali lagi produk shaklee menjadi hangat dan viral di Facebook. Ini berikutan kenyataan dari seorang cikgu bahawa GLA Complex penyebab kepada masalah beliau iaitu RAHIM BENGKAK. (Korang boleh je gugel ramai orang share kat FB ha-so MJ taknak tepek kat sini).
MJ menulis bukan kerana 'melatah' atau nak 'melenting' cuma nak berkongsi berdasarkan pengalaman sendiri setelah mengamalkan GLA Shaklee dan juga sebelum pengambilan Shaklee.

Sebelum itu, untuk pengetahuan semua, produk Shaklee telah menjalani ujian klinikal dan juga R&D terlebih dahulu sebelum ianya dipasarkan, apatah lagi sebelum memasuki pasaran Malaysia. Dan produk nya telah terbukti berkesan setelah melalui pelbagai peringkat ujian klinikal.



Shaklee juga mempunyai pakar2 dalam Nutrition ye, jadi pengguna tak perlu rasa ragu-ragu. Sebab tu pentingnya membeli dari pengedar yang berilmu bukan dari sembarangan, supaya segala permasalahan boleh diajukan sendiri.

Shaklee telah bertapak selama lebih 50 tahun, dan beribu pengguna telah mengamalkannya,dan jika benar produk ini bermasalah sudah tentunya ia takkan bertahan lama. Renungkanlah

tahukah anda?
SHAKLEE ADA
> LEBIH 100,000 UJIAN KAWALAN KUALITI TAHUNAN (QUALITY CONTROL)
> USD 300 JUTA DI LABURKAN UNTUK R & D
> LEBIH 100 LAPORAN SAINTIFIK
> TERDAPAT LEBIH 55 PATEN PRODUK
> TERDIRI DARI 60 ORANG SAINTIS!


PERBEZAAN SHAKLEE.. SENTIASA SELAMAT, BERKESAN DAN MESRA ALAM SELAMA LEBIH 50 TAHUN.. Master Herny Hafiz

Boleh juga baca mengenai isu ini di Shaklee Penyebab ye

Ok ini pula berdasarkan pengalaman MJ ye..


Mengenai Rahim Bengkak ada pelbagai sebab menjadi punca, menurut dari bidan sakit puan antaranya ialah mandi malam, minum air sejuk, minum malam ketika tengah tidur dan sebagainya.<<< Nampak? Kebanyakan berpunca dari pemakanan kita sendiri <<<<
Kalau yang dah bersalin pulak, sebab tu pentingnya mengurut / berpantang / bertungku untuk kecutkan kembali bahagian rahim terutama 'batu meriyan'



Dan CYST pun sama berpunca melalui pemakanan.. semua wanita ada cuma beza aktif dengan tak aktif je. Antara makakan yang perlu dielakkan adalah seperti :

1.) Soya dan evening primrose -

Soya dan evening primrose mengandungi phyto estrogen. Phyto ni bermaksud tumbuhan manakala phyto estrogen bermaksud tumbuhan yang mempunyai fungsi seakan akan estrogen.
So, bila kita makan benda ni maka paras estrogen dalam badan kita akan tinggi dan mengalakkan pembesaran cyst.

Soya terdiri dari 2 jenis, GMO dan Non-GMO
Soya GMO yang mengaktifkan cyst dan juga penyebab kanser manakala soya Non-GMO tidak kerana ianya adalah soya organik.

Apa itu GMO (Genetically Modified Organism)? - Ialah penanaman yang menggunakan baja kimia, pestisid dan lain-lain. Baja kimia yang digunakan menyebabkan soya mengandungi khasiat yang rendah tapi tinggi nitrat. Kandungan nitrat yang tinggi menyebabkan kepada risiko KANSER. Kacang soya jenis ini adalah lebih murah kerana menghasilkan toksik dan pengambilan secara berlebihan adalah LEBIH BERISIKO.
 
Soya ESP Shaklee adalah kategori soya Non-GMO (yang tidak diubahsuai genetiknya), kalaupun anda tak berminat dengan ESP Shaklee, pastikan susu soya yang anda beli di luar (pasaran) adalah jenis Non-GMO ye dan bukan GMO. 
 
2.) Ayam
Ayam telah disuntik hormon untuk mempercepatkan kadar pembesarannya, kebiasaannya ayam disuntik hormon estrogen.

3.) Ikan keli yang dibela

4.) KAWAL PEMAKANAN

Makanan yg di galakkan

> Ikan laut seperti bawal emas, kembong & selar
> Sayuran jenis kekacang - kacang panjang, buncis, sweet pea dll.
> Kekacang - badam, kacang tanah, black bean, kacang merah dll.
> Sayuran - kobis, brocoli, bayam, dan ulam-ulaman pegaga, pucuk ubi dll
> Buah-buahan - Nenas & betik
> Ubi kayu
> Teh hijau

Makanan yg harus di elakkan

> Daging merah (kambing & lembu)
> Ayam ( Boleh di ambil dlm kuantiti yg sedikit)
> Produk tenusu seperti keju
> Ikan haruan
> Gamat
> Bahan perisa - pes segera & kiub2 perisa seperti stok ayam, stok bilis dll.
> Makanan manis - kuit muih manis & pencuci mulut
> Minuman berkarbonat ( krn tinggi kandungan gula)
> Makanan segera - burger, sosej, nugget, mee segera dll
> Makanan ringan - cip kentang, jajan dll.
> Makanan berlemak/ berminyak

BAGAIMANA KETUMBUHAN FIBROID DAN CYST TERJADI?

1. Punca penyakit ini bermula pada ganguan haid dan sengugut
2. Satu kajian yang menunjukan bahawa lebih kurang 50% daripadanya wanita
3. Ia sering berlaku dikalangan wanita yang tidak berkahwin dan yang pernah beranak.

ADAKAH IA BOLEH DIRAWAT?

Seperti yang ditulis oleh Dr Hamid Arshar dalam tulisan beliau tidak ada rawatan yang menggunakan ubat hospital yang boleh mengecutkan ketumbuhan fibroid TETAPI ada kemungkinan ubat-ubatan tradisional seperti akar kayu atau dedaun yang mungkin mempunyai kesan, khusus terhadap rahim boleh mengecutkan ketumbuhan pada fibroid. Bidang ini masih lagi terbuka luas dan usaha yang boleh mendapatkan ramuan untuk mengecutkan ketumbuhan fibroid.

Kebanyakan yang kita dengar ramai wanita Malaysia yang menghadapi ketumbuahan fibroid, rata-ratanya akan mengambil jalan mudah dengan menjalani proces pembedahan. Tapi masih juga ketumbuah itu akan tumbuh selepas beberapa bulan atau tahun itu pun bergantung pada aktifnya fibroid mereka

**********************************************************************************************************

MJ antara yang mempunyai Cyst aktif, dikesan pada tahun 2011 (walaupun tiada tanda2-hanya tahu selepas menjalani ujian darah).
Telah menjalani endorscope pada bulan MAY 2011. Selepas scope Doc menyarankan agar segera mengandung untuk elakkan cyst kembali aktif - Menurut doktor, cyst MJ terbentuk melalui darah haid yang terkumpul selama bertahun sebelum ia menjadi besar. Hanya mengandung dapat elakkannya, tapi iyalah kalau belum rezeki kita hanya berusaha kan.

Baca kisah MJ menjalani rawatan cyst di SINI
(masa ni MJ tidak mengenali Shaklee lagi ye)

Selepas 2 tahun pada tahun 2013, sekali lagi semasa MJ menjalani rawatan Kesuburan, Doc sahkan kehadiran Cyst melalui ujian TVS Scan seperti di bawah
 
Bacaan scan menunjukkan selepas 2 hari ukuran cyst membesar

MJ mula mengambil GLA Complex Shaklee pada penghujung Sept - Oktober 2013 macam tu, masa tu ambil bukan secara konsisten pun, cuma nak elakkan cyst dari kembali dan ternyata ianya tetap kembali menyerang - hampir 2 TAHUN selepas MJ operate (fobia untuk di operate lagi) - MJ terdetik adakah sebab GLA ni cyst kembali aktif? Tetapi MJ teruskan ambilan secara konsisten GLA, dan juga vitamin2 shaklee lain seperti Vitamin C, Vitamin E, COQHealth (vitamin yang tinggi antioksidan) juga setelah merujuk dengan mereka2 yang lebih berpengalaman.

Pada Disember 2013 melalui TVS scan, cyst ada tetapi kelihatan kecil dari sebelum ni, syukur alhamdulillah dan pada Januari 2014 bila MJ jalani TVS scan Doc sahkan cyst tu TIADA (bukan bermakna hilang tetapi cyst yang tak berapa aktif). Alhamdulillah dengan izin Allah kita hanya mencuba dan Allah yang menyembuhkan.

Dan banyak testimoni2 lain yang juga cyst kecut selepas pengambilan GLA dan vitamin-vitamin lain.

Cyst, Fibroid dan lain-lain penyakit wanita tidak menyerang dalam tempoh sebulan atau 2 bulan tetapi bertahun, sebelum nak salahkan sesuatu produk, ambil masa untuk buat kajian, rujuk pakar untuk mengelakkan kesalahfahaman.


* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

Ayam Percik simple tapi sedap

$
0
0
Selalu percik memercik ni bulan puasa 'rajin' la buat, bila bulan tak puasa ni tunjuk-tunjuk je kat pasar malam..heheee. Tapi memandangkan ada bahan-bahan dalam peti ais, maka terhasillah ayam percik ni.

Resepi asal tak ingat pulak ambil dari mana, sebab main gugel je lepas tu simpan, nak buat baru kelebek mencari. Thumbs up pada empunya resepi, sebab ianya senang yang penting sedap.


Memula perap ayam dengan bawang putih dan garam, biar lama sikit sebelum dibakar.
Bahan lain:
4 ulas bawang merah*
seulas bawang putih*
Halia*
Serai*
Tumbuk/blender bahan yang bertanda * dan tumis

Bila bahan tersebut dah layu, masukkan 2sudu cili boh, air sedikit dan kacau sehingga sebati. Kemudian masukkan serai yang telah dititik dan asam keping kemudian santan. Perasakan dengan garam dan gula, Kacau sehingga pekat. SIAP!



Kemudian kita bakar ayam pulak.
Masukkan sedikit kuah percik ketika nak bakar ayam, macam MJ guna pemanggang ajaib, balik-balikkan ayam dan letakkan kuah sedikit, kemudian bakar sehingga masak.



Bila dah masak, tuang kuah percik ke atas ayam, dan siap untuk dimakan, memang mabeles..hehehe

Kek Minyak Kukus yang Gebu

$
0
0
Semalam cuti hari Malaysia tetiba mai mood rajin nak membaking plak..Asalnya nak buat Japanese Cheese Cake, tapi memandangkan Gula Kastor tak ada, maka jadilah kek Minyak ni.

Kek Minyak ni pun perlukan Gula Kastor, tapi MJ blender Gula Pasir je, tak berani la nak buat ke kek Cheese yang konpem2 banyak pantang larang tu kan.. huhuu


Sengaja memilih warna pudar, sebab pewarna kan tak elok untuk kesihatan, jadi MJ guna pewarna + perisa (esen)

Dah lama teringin nak buat kek ni, bila tengok dari grup Resepi Ringkas di FB pakat dok tayang kek ni, maka terhasillah kek Minyak.

Kek yang gebu gebas dan lembut.. 3 slices MJ hadap sorang..hohohoo asben pulak 2 slices. Pagi ni bawak ke ofis untuk dijamu pada kekawan.

Ok ni Resepi mudah untuk Kek Minyak

Step MJ.. Kita mula dari tengah lepas tu masukkanlah kaler by kaler sehingga habis

Cuma part melorek tu disebabkan tangan MJ yang keras ni maka sarang labah2 tu tak berapa jadi cun. (Caranya : Guna lidi, tarik dari tengah ke tepi)


Hasil setelah kek siap dikukus, entah kenapa jadi senget ke sana, sabo jela..hahaa tapi takpe nak makan sendiri kan.


So korang boleh la cuba sebab memang mudah nak buat, sebabnya tak perlu nak buat meringue tapi tetap jadi kek span. :)

Adamson Hotel Kuala Lumpur - Hotel Bajet

$
0
0
Baru-baru ni kami ke KL menghadiri majlis kenduri kahwin pada hari Sabtu dan juga hari Ahad. 1 di Putrajaya dan 1 lagi di Keramat. Malam pertama kami tidur di Quaters Kerajaan Putrajaya dan malam kedua gamble cari hotel bajet sekitar Kuala Lumpur. Motif? sebab nak cari BROOCH untuk bisnes my Mum di GM dan juga Kenanga (KWC). heheee

Pusing melilau cari jumpaklah Hotel ni, nampak dari luar macam menarik, masuk dalam wahhh! harganya sangatlah berbaloi dan jimat.. kena pula dengan bajet.. :)



Jom tinjau keadaan bilik, disebabkan masing2 dah letih, MJ cuma tangkap mana sempat je, semua kira nak baring je lepaskan lelah..huhuu.
Kitorang stay kat Adamson Inn, belakang je dengan Adamson Hotel..


 Bilik ni RM90 semalam, sangat berbaloi sebab ada 1 katil Queen dan 1 Single.



Dan bilik atas ni pulak RM140 semalam, ada 2 katil queen dan 1 katil single.


Dan rate bawah ni untuk hotel2 bajet di bawah pengurusan Adamson



Bagi yang tercari-cari Hotel bajet sekitar Kuala Lumpur boleh la rujuk entry MJ di Senarai Hotel Bajet.


FM Hollywood - Bertambahlah Koleksiku

$
0
0
Teruja sangat bila dapat parcel dari Guard kat opis ni, bila buka je tengok wowwww!! best best...
Dah la pengumpul tegar FM, tengok2 dapat FM Hollywood lagi, sapa tak teruja kan..? Nak sampai sana entah bila, tapi bila dah dapat ni boleh la bayangkan dah sampai sana...muahahaa


FM ni pemberian dari Mentor Shaklee MJ (Ummi Suzie), dalam grup bisnes WhatsApp ada sesi soal jawab, jadi MJ antara yang terpantas, maka dapat la hadiah. Seronok join bisnes grup yang aktif, selain berkongsi pendapat dan idea, kami berkongsi pelbagai cerita juga pemberian hadiah2 yang tak dijangka. Beruntung sangat, kita tak akan rasa terpinggir dalam perjalanan bisnes dari grup yang mantap.

Lepas ni boleh la lekat FM ni dekat Magnet Board, baru je beli belum sempat nak gantung lagi.. :)

Berminat nak jadi sebahagian dari kami boleh je roger2 MJ ye di 012-4353088

Jalani IBADAH Qurban secara online

$
0
0
Ibadah Qurban dilaksanakan oleh setiap umat Islam dimana ianya mengingatkan kita tentang pengorbanan Nabi Ibrahim yang diperintahkan oleh Allah SWT untuk melaksanakan ibadah Qurban kepada anak yang disayanginya iaitu Nabi Ismail kerana Allah ingin menguji ketaatan Nabi Ibrahim dalam melaksanakan perintah Nya.

Ternyata Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail redha dan menerima dengan hati terbuka, maka Allah menukarkan kepada binatang sembelihan yang besar. Korang boleh baca cerita lanjut di SINI :)

Itulah serba sedikit sejarah tengok Korban, dan MJ nak tanya korang pernah tau tak ibadah Qurban boleh dilaksanakan secara online? Dengan e-Qurban anda boleh melaksanakan ibadah Qurban untuk membantu sesama saudara Islam kita di Kemboja.


aqiqah 300x250b Banner
Selamat datang ke eQurban.com. Sertai kami untuk ibadah qurban dan aqiqah di Kemboja. 
Anda boleh tempah qurban dan aqiqah anda secara online bersama kami.

Dibawah ini adalah harga lembu dan kambing untuk kita melaksanakan ibadah Qurban secara online. Bayaran boleh terus dibuat kepada pihak eQurban dan sebarang pertanyaan boleh email kepada mereka.



Bersyukur dengan nikmat rezeki yang diperolehi sehingga kini, dan tersentuh hati serta menginsafi tatkala melihat rakan seagama kita diluar sana yang masih hidup dalam kesempitan. Ayuh kita sama-sama membina saham akhirat membantu bersama eQurban. Semoga sumbangan kita walau sedikit dapat memberi manfaat buat mereka di sana dan semoga beroleh syafaat dari Nya. Kita akan diberi resit dan gambar 'Korban' yang dibuat di sana untuk simpanan kita.

Nak tengok gambar-gambar mereka di Kemboja klik SINI.


Kita disini meriah dengan Daging korban yang kadangnya tak terhabis, betul? Jadi apa kata kita sedekahkan daging Korban kepada mereka yang lebih memerlukan. Semoga ibadah kita diterima disisi Allah SWT.


Bertukar kepada Pad Hygiene

$
0
0
Demi kesihatan yang berpanjangan (ewaahhh!!) akhirnya MJ telah beralih arah, bertukar pada hygiene.. Sepatutnya dah lama dulu bertukar, tapi entah belum terbuka kot (ke kedekut..huhuu). Kita nak pakai lama kan kena la jaga elok2..

Apa yang buatkan MJ tekad nak bertukar sebab macam2 isu penyakit wanita sekarang ni kan dari penggunaan pad pakai buang yang mengandunbgi bahan kimia berbahaya, ada dioxin la macam2 la. Gerun baca.. huhuu

* Setiap wanita menggunakan ~ 15 000 keping tuala wanita sepanjang hayat 
(35 tahun jika period pada usia 12 tahun dan menopouse pada usia 47 tahun).
Maka, risiko wanita itu terdedah pada Dioksin adalah 
15 000 kali !!!
Kerana itu
Kanser Serviks (Pangkal Rahim) menjadi
Pembunuh No. 2 Wanita Malaysia


Dioksin menyebabkan:
  • Ketidakstabilan hormon
  • Kanser Payudara
  • Kanser Ovari
  • Kanser Usus
  • Endometriosis
  • Kemandulan
  • Fibroid
  • Keguguran    
  • Jangkitan pada uterus
  • Melemahkan sistem imuniti badan  



 MJ memilih SC Sanitary Pad dari COSWAY, rasa sejuk, nyaman, selesa dan segar je. Dan yang penting tak payah risau dengan bahan kimia berbahaya. Memang 'mahal' tapi Kesihatan diutamakan demi orang yang tersayang.


Yang berwarna pepel tu bau lavender, yang hijau tu natural, ada juga untuk pantyliner dan malam.

Kalau korang nak beli, dan stokis COSWAY berdekatan rumah, boleh la gunakan ID Cosway My Mum sebab bulan ni ada promosi beli 3 percuma 1. Tapi kalau nak cuba 1 (20pads) harganya RM16.


Kuih Siput Sedap

$
0
0
Kuih siput ni adalah antara kuih kegemaran MJ, tak kira Raya, makan sambil ngadap TV pun layan.. Tapi nak buatnya alahai menyanyi sebab nak kena gelentel bagai kan?


Tengok2 jiran MJ ada buat jual kuih siput ni, ha apalagi makan tak sedar la, sedar2 je dah clear.. Bukan takat MJ je suka, anak2 menakan pun berebut ha.

Abaikan kain kat belakang tu ye


Sekilo RM22, 500gm RM12 (Kalau ada yang nak order ke boleh la roger ye, MJ akan packing untuk pos)


LetGo Item below RM50

$
0
0
MJ nak buat lelongan beberapa produk pada harga yang murah-murah je, serendah RM2-RM40 setiap satu.. Kalau ada yang berminat SMS/Whatsapp MJ ye di 012-4353088


 Eye Liner dan Lip Liner (GlimmerStick dan Smooth Mineral) 
RM5 setiap satu (RM10 inc pos)

 Deodorant (Women on Earth, Feelin Fresh, Far Away, Litle Black Dress)
RM2.00 setiap satu (RM7 incl pos)


Eyeshadow Quad
RM18 (RM20 incl pos)

Compact Powder (Simply Pretty)
RM8 setiap satu (RM10 inc pos)

Bra Avon (Tanzania Bra - SOLD)
RM15 setiap satu (RM20 incl pos)

 Shampoo n Conditioner (SOLD)
RM3 (RM7 incl pos)


Vape Mate (Loose Pack - 150pcs)
RM5 setiap pek (RM10 incl pos)


Phoebe Ribbon Chiffon Maxi Skirt - Black (New with Tag)
Material - Chiffon, fully lined
Gartered at waist

Measurements when laid flat:
Length: 100cm
Waist: 30 - 36cm
Hips: 55cm
RM40 (RM45 incl pos)


Bedak Arab - Russet
RM25 setiap satu (RM30 incl pos)

Softbook Washable
RM25 setiap satu (RM30 incl pos)

Kalau ada yang berminat boleh SMS/WA MJ ye di 012-4353088

Terima Barang dari Luar Negara Tetapi ditahan Kastam, apa perlu saya buat?

$
0
0



Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Dah lama rasanya saya tak menulis post tentang isu semasa di dalam blog ini. Maklumlah dengan pelbagai aktiviti yang sedang saya lakukan membuatkan masa agak terhad namun itu bukanlah dijadikan alasan dan saya akan cuba menulis untuk berkongsi pengetahuan bersama.

Melihatkan tajuk diatas yang agak panjang mungkin kelihatan janggal namun tujuannya untuk memudahkan pihak pihak yang ingin mencari artikel/maklumat di dalam internet. Mengapa saya ingin buat post ini?
Ini kerana saban hari Inbox saya selalu mendapat aduan dari pihak2 yang bertanyakan tentang masalah barangnya ditahan oleh pihak Kastam. Tapi betulkah ia ditahan oleh kastam?

Sebagai contoh saya ambil satu mesej dari seseorang yang bertanyakan pasal masalah ini.

"Salam maaf saya sibuk sikit.... citernya mcm ni masalah yg pertama saya dpt gift kwn dari texas brgnya berupa gadget iphone, tab, beg, kasut, baju, set brg kemas dan ada duit 20 000 usd.... skrg ni kastam tahan semua brg termasuk duit...yg jd kemusykilan saya skrg ni pihak kastam tak ckp apa2pun...tp pihak curier yg terima brg ni suruh saya byr 10 500 utk dptkan certificate diaorg siap call pihak embassy utk dptkan certificate ni btl ke....saya dah byr 3500 utk clearance brg yg sampai....mcmana saya nak buat saya tak nak byr 10 500 tu...bkn sikit duit....nanti klu saya byr pihak kastam tetap akan holdkan brg tu kan sbb nak cek kelulusan atau nak kena byr tax btl tak....tu semua duit lg tu....lg satu memang btl ke ada peraturan tu maksud saya soal certificate tu memang wujud ke....perlu ke sampai ke pengetahuan pihak embassy negara dia kat sini sampai boleh tergugat kerjaya dia kat sana sekiranya saya tak byr duit tu....dia boleh masuk penjara dan diberhentikan kerja ke....tlg bantu saya mcmana nak buat saya tak boleh nak pegi klia2 cek sbb kerja saya cuma mengasuh bdk isnin sampai ahad.....saya ada sepupu kerja kat imegresan saya citer kat dia....jgn percaya ni semua tipu katanya....jd yg mana satu kebenarannya....masalahnya brg tu wujud dan dah sampai Msia"




Banyak lagi mesej serta email yang saya dapat dan bunyinya seakan sama sama SAHAJA iaitu dapat barang dan dapat duit. Jadi persoalannya adakah benar pihak kastam yang menahan barang tersebut?
Sebelum saya jawab soalan diatas, ingin saya beritahu tentang serba sedikit proses atau prosedur barangan yang diimport agar kita faham bagaimana proses pengimportan barang berlaku. Ini supaya kita mempunyai sedikit ilmu agar tidak mudah menjadi mangsa penipuan, InsyaaAllah.

1. Setiap barangan yang diimport dari luar negara adalah tertakluk didalam undang undang negara dibawah kuasa agensi perkastaman 

2. Pihak yang membawa barang bagi pihak pemberi dinamakan kurier. Mereka ini hanya menjalankan urusan mengendali dan menghantar barangan sahaja. Namun terdapat ejen yang diberi kuasa untuk memungut cukai bagi pihak kastam 

3. Menurut perjanjian postal Union Antarabangsa, setiap barangan yang dipos dari luar negara melalui pejabat pos negara terlibat haruslah melalui pejabat pos negera penerima. Contohnya jika seseorang ingin menghantar barang dari Amerika Syarikat ke Malaysia, pejabat pos amerika (US Post) yang menghantar barang haruslah menghantar ke Pos Malaysia juga iaitu Pos Malaysia Berhad. Dia tidak boleh menghantar kepada syarikat kurier yg lain contohnya Fedex, DHL atau lain2 kurier servis. Melainkan ada special occasion yg amat jarang berlaku. 

Pengetahun tentang ini amat kritikal kerana dengannya kita boleh mengetahui bila kita mendapat berita tentang barang yang ditahan oleh kastam itu benar atau palsu. 


Okey, mari kita lihat balik kepada persoalan diatas ye

1. Memang benar setiap barangan yang dibawa masuk dari luar negara tertakluk bawah bidang kuasa kastam NAMUN pihak kastam ada prosedur yang perlu dipatuhi. Diantaranya, cukai barangan mempunyai tarifnya yang tersendiri dan bukan semua barang bercukai.

Jika pihak kurier main borong harga cukai yang dikenakan kemungkinan besar itu adalah PENIPUAN. Dan jika anda ragu ragu tentang cukai yang dikenakan pergilah terus ke pejabat Kastam. Jangan mempercayai sepenuhnya kepada pihak kurier terutamanya yang anda sendiri tak pernah tahu kewujudannya.

2. Duit TAK BOLEH dipost menggunakan KURIER. Ia seharusnya menggunakan secure banking seperti Visa, western union, paypal dan sebagainya.

3. Kenali dengan betul siapa yang anda berurusan atau berkawan. Kalaulah anda berkawan dengan seseorang di internet yang anda sendiri tidak pernah lihat mukanya secara realiti hanya di facebook anda seharusnya berhati hati. Kebanyakan sindiket penipuan antabangsa menggunakan kaedah menjerat mangsa dengan pengenalan di facebook. Menggunakan gambar kacak lelaki idaman wanita kebanyakan orang kita mudah cair sedangkan hakikatnya yang ber chat siang malam dengan kita hanyalah PENIPU.

Cuba anda fikir sedalam dalamnya siapalah di dunia ini yang sanggup bagi wang ringgit sampai puluhan ribu, barang barang beg tangan mewah dan jam dengan hanya berkenalan melalui online. Melainkan anda artis saya sanggup bagi execption kat situ. He he. Kalau nak sesuatu benda anda perlu usaha. Tak kira lah masuk contest seperti cabaran Iphone 5s anjuran Denaihati ke. Yang penting ianya usaha bukannya mengharapkan lelaki "saranghae" memberikan hadiah puluhan ribu kiriman dari luar negara.




Apa yang dapat saya perhatikan ialah orang kita iaitu rakyat Malaysia terutamanya Melayu adalah bangsa yang baik hati dan pemurah kerana kita banyak membantu dan menderma pada orang yang susah. Itu merupakan ciri ciri yang baik dan perlu diteruskan namun kita juga amat naif dalam mempercayai seseorang. Begitu banyak penipuan sering terjadi melibatkan warga kita terutamanya yang membabitkan urusan online.




Ada sahabat di facebook kata "People cant be trust" Saya kata "No, people can be trust. The only thing we gotta change is how we trust them" Jangan salahkan orang lain mengambil kesempatan jika kita memberikan ruang untuk mereka. Jangan mudah percaya dengan apa dan siapa kita lihat didunia cyber. Terlalu banyak pembohongan dan tiada kawalan. Siasat dahulu setiap perkara sebelum membuat keputusan.



Ingatlah kita akan firman Allah SWT Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini - dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) - sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan. (Al-Hujuraat49:6)

Rentetan dari Entry >> Pembelian Barangan dari Luar Negara

P/S: Nukilan dari Mr Jay

Tragedi Oktober - Beraya di Hospital

$
0
0
Hari Raya Korban pada tahun ini adalah Raya yang tragik buat MJ dan juga adik bongsu, dalam sejarah kami berdua berHari Raya di Hospital.. huhuu. MJ di Bagan Specialist adik di KPJ Specialist (kes insurans kami berlainan jadi hospital pun berlainan)
Sangat menghargai pengorbanan dari Suami termasuklah Mak dan Abah MJ berulang alik antara MJ dan adik bongus dengan jarak perjalanan lebih kurang 35-45 minit.


MJ bermula dengan demam panas pada hari Khamis 2 Oct 2014, adik bongsu MJ demam hari Jumaat 3 Oct 2014. Demam MJ On Off, kejap ok kejap demam menggeletar, makan ubat ok sihat, lepas 4 jam demam menyerang kembali.

2hari berturut-turut ke klinik yang berbeza (Khamis dan Jumaat) tapi tahap kesihatan tetap merosot. Sampailah pagi Raya tu (Ahad 5 Oct 2014) hari ke 4 demam, MJ tak boleh bangun, asal bangun je muntah dengan sakit kepala tahap maximum, terus surrender nak serah diri ke Hospital, sebab risau Denggi kan.

MJ terus ke Specialist, sebab dok fikir GH sure ramai orang + Public Holiday kan. Tapi sama je tetap kena menunggu, huhuu sementara nak menunggu giliran tu MJ duduk di kerusi roda tapi kepala berputar sakit sangat, rasa nak baring je tak sanggup duduk lelama, alhamdulillah lepas setengah jam nama MJ dipanggil masuk.


Doc bertanyakan salasilah sakit MJ ni dan Doc pun mengesyaki MJ Demam Denggi sebab dah 4 hari Demam panas + bahagian muka MJ 'kembang' dipenuhi ruam2 merah. Doc bagi pilihan samada nak terus Admitted + Ambil darah atau ke GH ambil darah sebab lebih murah. MJ rela di tahan wad dari nak gerak ke GH pulak dengan keadaan kesihatan yang teruk memang tak lah..Siap Doc tanya takpe ke nak admitted, hari ni kan Hari Raya? MJ cakap takpelah Doc dah tak sihat nak Raya pun tak seronok..

Terus tangan MJ di drip air, lepas 15 minit macam tu baru lah kepala MJ rasa kurang sikit sakit dan terus ditolak masuk wad.

Selepas 3 botol 'air sejuk' masuk dalam badan, baru MJ rasa cergas, cuma bab makan jela tak berapa nak boleh telan makanan Hospital ni, perut keroncong tapi tak lalu makan terpaksalah hadap jugak. Esok tu tak sesabar menunggu Doc  mai check sebab nak minta balik, dah bosan tahap tak tau nak habaq dikelilingi patient2 Cina cuma nurse je ada campur2 bangsa.



Memang kenangan pahit tapi apakan daya, adakalanya kita diberi ujian sakit tanda Allah menyayangi kita dan semoga terhapus dosa-dosa kecil dari ujian ini, aminnn.


Bila Doc sampai check apa patut, Doc cakap MJ bebas Denggi, Alhamdulillah dan hasil ujian darah menunjukkan ada Virus Infection. MJ pun tak tanya lanjut sebab dalam kepala dok fikir nak minta balik je..hehe

Doc benarkan MJ balik, wahhh bersorak gembira la (dalam hati je), asben settlekan urusan discaj, MJ semangat waja terus mandi dan bersiap. (Ahad Check In, Isnin Check Out)

Tapi elok keluar je dari pintu hospital, kepala berdenyut kembali, tak mampu nak berdiri dan terus rasa nak muntah, dok terfikir dah kenapa pulak tadi elok je ni takkan nak serah diri balik, tak sanggup cheq.. huhuuu MJ gagahkan diri balik tapi dalam kereta kepala berat + sakit sangat. MJ kuatkan semangat sebab nak p melawat adik bongsu di KPJ Specialist plak.

Sakit kepala + muntah masih berterusan, abah MJ cakap sepatutnya keluar Hospital sebab sihat tapi MJ nama je keluar tapi masih sakit.. Redha jela.

Keesokan harinya (Selasa 7 Oct 2014) MJ masih tak sihat dan berbelah bahagi samada nak ke Specialist or Klinik dan akhirnya MJ pilih Klinik, tak sanggup nak ke Specialist (takut kena tahan wad lagi) huhuuu. Di klinik disebabkan sakit kepala tak tertanggung + muntah Doc menyarankan untuk 'cucuk sevontot' dan cheq merelakan dengan harapan akan sembuh.

Balik rumah alhamdulillah rasa macam dah kurang tapi selepas 4 jam sakit kepala dan muntah kembali, Ya Allah aku redha dengan ujian sakit dari MU. MJ telan jugak pain killer dan ubat muntah.

Hari Khamis baru lah MJ rasa sihat sepenuhnya dan Jumaat (10 Oct 2014) MJ kembali bekerja dan alhamdulillah rasa sihat walaupun kekadang ada rasa pening2 lalat kalau berdiri lama.

Seminggu MJ terbaring (2 Oct 2014 - 8 Oct 2014) dan itu antara kenangan 'terindah' dan pengalaman ke dua masuk wad pada tahun 2011 yang lepas.


Viewing all 313 articles
Browse latest View live