Quantcast
Channel: CeLoteh MJ
Viewing all articles
Browse latest Browse all 313

FRUST dengan SalamFone

$
0
0
Ini adalah entry luahan perasaan

MJ baru bertukar dari Celcom (Postpaid) ke SalamFone (Prepaid) gara-gara kecewa dengan Celcom yang setiap bulan caj mesti dalam lingkungan RM70-RM80 walhal tak guna sangat pun. Memang komitmen MJ setiap bulan RM50 tapi macam tak masuk akal MJ guna extra lagi sampai RM30 setiap bulan.

Setelah berbulan malahan bertahun dok bayar buta je macam tu, MJ bertekad berpaling tadah ke Salamfone. MJ dah guna dalam sebulan macam tu memang berpuas hati.. Jimat betul, korang bayangkan MJ topup RM10 tahan sampai sebulan, memang penggunaan MJ macam tu je lebih kurang setiap bulan sebelum ni, jadi nampak tak berapa banyak RM$$ telah dilaburkan sebelum ni.



Jumaat tengah malam (26/7/2013) MJ dapat SMS dari Salamfone bahawa servis akan tergendala untuk sementara, tapi tak pula diberitahu sehingga bila, MJ ingat normal lah servis provider shutdown kan, paling kuat 1 hari. Bukan pe kalau banyak hari, Ahad tu kan ada Majlis Sebarkan Semangat Ramadhan, MJ kesian kalau ada sesiapa yang nak datang cari MJ tak dapat, tentu jadi masalah kan :)

Dan ternyata Ramalanku Benar Belaka, sehingga entry ini ditulis (Isnin, 29/7/2013) servis masih lagi tergendala, kawan-kawan dan HOT FM pun dok cari MJ thru phone Ahad semalam tapi tak dapat, siapa yang tak 'angin' kalau SMS mahupun CALL tak boleh di buat.. Boleh 'mati akal' kalau lagu ni.. huhuuu

Sayang bisnes Melayu tapi macam ni, memang niat nak support tapi kalau 3 hari macam ni (dan boleh jadi lebih) susah la sebab MJ pun ada bisnes online..huhuuu.


**Tekad akan kembali bertukar, samada kembali ke servis asal (Hotlink) atau DiGi, tengah berkira-kira**


Viewing all articles
Browse latest Browse all 313