Quantcast
Channel: CeLoteh MJ
Viewing all articles
Browse latest Browse all 313

MH370: mengharap sirih pulang ke gagang

$
0
0
Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia

Terkini, berita tentang penemuan objek yang dikatakan serpihan kapal terbang milik MH370 semakin rancak diperkatakan. Berita ini bagaikan memberikan sedikit sinar harapan kepada rakyat malaysia khususnya dan seluruh masyarakat dunia yang sama2 mengikuti perkembangan kejadian kehilangan pesawat MH370
Menurut perkembangan terkini kapal milik RAAF telah pun dihantar ketempat kejadian berhampiran Australia. Banyak lagi kapal bakal menghampiri lokasi objek ditemui.

Secara peribadinya, perasaan saya bercampur baur. Gembira kerana jika ianya benar maka kita telah menemui pesawat tersebut. Sedih jika benar ianya terhempas mungkin nasib yang menimpa kepada krew dan penumpang kapal agak malang. Walaupun ini bukanlah pengakhiran seperti yang saya harapkan, namun saya tetap bersyukur dan pasrah apa yang ditentukan Ilahi. Jika bukan, maka proses SAR akan diteruskan merentasi koridor selatan dan utara


Apa yang ingin saya kongsikan disini bukanlah berita terkini mengenai kejadian ini kerana sudah beribu ribu berita terkini melalui pelbagai jenis media telah mengeluarkannya. Akan tetapi ia adalah kerana ingin menyatakan beberapa perkara sepanjang krisis ini berlaku sehingga setakat ini

Pertama sekali, saya berharap agar hentikanlah penyebaran berita yang berbentuk menjatuhkan maruah individu, kelompok mahupun masyarakat atau negara. Jika ia benar sekalipun, kerosakan yang bakal terjadi lebih besar dari kebaikan yang dapat padanya.  Cuba bayangkan kesusahan serta kesulitan yang dialami oleh keluarga mangsa. Tekanan emosi serta ada yang tak mampu melelapkan mata.
Ingatlah bahawa sesiapa yang membuka aib saudaranya, pasti Allah akan membuka Aibnya samada di dunia atau diakhirat kelak

Saya berikan contoh untuk kita sama2 hayati
Bagaimana katakan jika suatu hari nanti anak perempuan anda pulang dari sekolah tiba tiba hilang. Sudah puas anda mencarinya tetapi tidak diketahui kemana dia pergi. Anda pergi membuat laporan polis dan menunggu polis membuat siasatan kehilangan anak anda. Sudah seminggu anak anda hilang. Anda tidak lalu makan, tidak terasa ingin tidur. Tiba tiba jiran disebelah rumah anda membawa cerita pada kejiranan anda bahawa anak anda sebenarnya  tidak hilang tetapi seorang yang "buas". Dia lari mengikut jantan lain. Habis dijaja kepada semua orang termasuk kepada rakan2nya didalam facebook dan whatsapp. Apa perasaan anda??? Marah?? Sedih??? Kecewa?? Sudah tentu. Anda tentu akan bertanya, apa dosa anda pada dia sehingga tergamak melakukan itu pada anda???

Begitulah yang dialami pada keluarga mangsa MH370. Kalau anda tidak sanggup terima kata kata yang melukakan hati anda. Begitu juga mereka. Tidak ada kebaikan pun dalam membawa cerita cerita yang mengaibkan orang lain.

Riwayat:  Bukhari dan Muslim
Daripada Ibnu Umar R.huma bahawasanya Rasulullah SAW bersabda, “Orang Islam itu adalah saudara kepada seorang Islam yang lain, tidak boleh dia menzaliminya atau membiarkannya dizalimi. Sesiapa yang memenuhi hajat saudaranya nescaya Allah akan memenuhi hajatnya dan sesiapa menolong seorang Islam lain untuk melepaskan daripada satu kesusahan nescaya Allah akan melepaskannya daripada kesusahan dan penderitaannya dihari kiamat. Sesiapa yang menutup keaiban seseorang Islam nescaya Allah akan menutup keaibannya di hari kiamat”. 


Keduanya, kesilapan kita ialah sesetengah dari kita tidak mampu membezakan antara cerita dan berita. Apabila sesorang memberitahu tentang sesuatu perkara yang berlaku tanpa mengemukakan bukti ia adalah cerita. Walaupun ianya adalah benda yang benar tetapi ia tidak lebih kepada cerita kerana tiada bukti disitu. Sebagai contoh jika saya katakan saya memiliki kereta bugati veyron. Ia adalah cerita kerana saya tak mengemukakan bukti. Akan tetapi bila saya menunjukkan gambar atau lain2 bukti yang saya benar benar memiliki bugati barulah ianya merupakan berita. Wallahua'lam



P/S: saya ada jugak membaca cerita spekulasi oleh beberapa orang antaranya brado kapak yang gemar berteka teki mengenai kes ini. Walaupun berjaya menterjemah bahasa yang diguna oleh beliau namun saya mengambil pendekatan tunggu dan lihat sejauh mana kebenaran kata kata mereka. 
Amat terkejut juga setelah mendalami apa yg cuba diperkatakan oleh mereka. Antaranya isu khazanah, USA, tuntutan comango, kapal navy british. Tetapi bagi saya semua itu cuma cerita..... wallahua'lam

Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini - dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) - sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan.

(Al-Hujuraat49:6)

Saya ingin meminta maaf andai kata kata saya mungkin mengguris hati sesetengah pihak. Ini merupakan pendapat saya yang cetek ilmunya. Assalamualaikum


 Oleh: Mr Jay



Viewing all articles
Browse latest Browse all 313