Quantcast
Channel: CeLoteh MJ
Viewing all articles
Browse latest Browse all 313

Syiah: diantara Pembohongan dan kebenaran bahagian 2

$
0
0

Bahagian II: Pertelingakahan diantara sahabat dan ahlul bayt benarkah ia terjadi?


Kita sering mendengar dari pihak syiah yang sahabat membuat aniaya kepada ahlul bayt. Mereka merampas hak khalifah dari saidina Ali. Bahkan umar dituduh membuat kasar kepada fatimah hingga menyebabkan dia meninggal. Benarkah ahlul bayt dianiaya oleh para sahabat? Apakah pengikut syiah benar mengikuti sifat dan akhlak ahlul bayt iaitu mencemuh sahabat dan isteri baginda rasulullah SAW?
Abu Ja'far berkata:
"Semua manusia (kaum muslimin Ahli Sunnah wal-Jamaah) menjadi Ahli Jahiliyah (kafir/murtad setelah kewafatan Rasulullah) kecuali empat orang, Ali, Miqdad, Salman dan Abu Dzar"

Al-Majlisi  seorang ulama besar Syiah menegaskan:
“Bahawa mereka (Abu Bakar, 'Umar dan 'Uthman) adalah pencuri yang khianat dan murtad, keluar dari agama, semoga Allah melaknat mereka dan semua orang yang mengikut mereka dalam kejahatan mereka, sama ada orang dahulu atau orang-orang kemudian"

Saya suka membuat perbandingan sebegini. Di sebuah kampung di england ada dua orang pemuda John dan peter. Mereka tinggal dikampung yang sama. Datang seorang orang baru tinggal dikampung itu. Dia menanyakan kepada orang kampung itu tentang hubungan diantara john dan peter. Ada yang menyatakan john dan peter itu sahabat yang cukup akrab. Macam saudara kandung. Tetapi ada pula yang mengatakan bahawa mereka adalah seteru. Mereka sering bergaduh. Jadi yang mana satu betul?
Jika dapat ditanya kepada john dan peter sendiri soalan itu tentu tiada masalah. Kita dapat mengetahui tentang kebenarannya namun jika tidak dapat ditanya sendiri jadi bagaimana?
Jawapannya lihat kelakuan mereka. Disitulah merupakan petunjuk samada mereka bergaduh atau berbaik. Jika mereka makan semeja. Pergi kerja sekali, ataupun sering meminta nasihat dan pandangan antara mereka adakah itu menunjukkan ciri ciri permusuhan atau persahabatan? Sudah tentu jika kita gunakan akal kita mampu melihat perkara ini. Orang boleh memberitahu kita 1001 cerita. Dizaman sekarang cerita cerita baik palsu mahupun yang benar tersebar dengan luas di media cetak dan elektronik. Maka kita harus bijak menilai yang mana betul(fakta) ataupun tidak(auta)


Sekarang kita gunakan kaedah yang sama untuk menentukan samada sahabat iaitu Abu bakar, Umar dan Uthman benar benar bermusuhan dengan saidina Ali. Adakah ahlul bayt membenci sahabat. 

Fakta #1: saidina Ali merupakan penasihat kepada saidina Abu bakar. Ini dapat dibuktikan dengan beberapa kali saidina abu bakar meminta pandangan saidina Ali dalam masalah berkaitan pentadbiran mahupun agama. Adakah seorang yang bermusuhan mahu bekerjasama dan menerima serta memberi nasihat? 

Fakta #2: Saidina Ali merupakan guru kepada anak saidina Abu bakar. Ini kerana abu bakar tahu saidina Ali merupakan seorang imam yang sangat memahami ilmu agama. Soalannya, adakah orang yang bermusuhan mahu menghantar anaknya kepada musuhnya. Adakah anda sanggup menghantar anak anda belajar kepada musuh anda?

Fakta #3: saidina Ali mengahwinkan anak perempuannya kepada Umar Ra. Adakah anda sanggup mengahwinkan anak anda kepada seorang musuh anda. Tidak ada orang yang sihat akalnya sanggup memberikan anaknya kepada musuhnya. Ada orang mengatakan saidina Ali dipaksa menyerahkan anaknya. Kalau begitu anda mengatakan saidina Ali itu orang yang dayus. Dia tak mampu nak berbuat apa untuk menyelamatkan keluarganyakah? Sedangkan saidina Ali yang kita ketahui seorang yang berani. Sanggup mati untuk tidur diatas katil Rasulullah ketika orang kafir ingin membunuh rasulullah. Keberaniannya dimedan perang tidak dapat disangkal. Tiba tiba dia tidak berani untuk menghalang orang merampas ahli keluarganya?

Fakta #4: Saidina Ali menamakan anaknya abu bakar, umar dan uthman. Adakah orang yang waras akan menamakan anaknya nama seakan musuhnya? Sanggupkah kita menamakan nama anak kita orang yang kita musuhi. Sanggupkah kita namakan anak kita george bush atau ariel sharon? Sudah tentu tidak. Kita akan pastikan kita menamakan anak kitaa nama orang yang kita sanjung kita sayang atau kita kasihi. Jadi apakah perbuatan menamakan nama anak saidina Ali ra dengan nama sahabat adalah perbuatan mencintai sahabat atau memusuhinya??

Fakta #6: Imam imam syiah berketurunan sahabat.
Imam Jaafar as sadiq RA merupakan keturunan abu bakar. Saya pernah mendengar orang syiah mengatakan abu bakar merupakan berhala, kafir, keturunan luar nikah. Walaupun geram dengan kata mereka tapi sedikit lucu bila memikirkan bahawa adakah mereka tidak mengetahui imam mereka pun keturunan yang sama dari keturunan Abu Bakr. Mereka seolah olah mencerca imam mereka. Imam jaafar pernah mengatakan "abu bakr dua kali melahirkan aku". 
Dalam kitab ‘Umdatu tholib, karya Ibnu ‘Anbah, hal 195.


وأمه أم فروة بنت القاسم الفقيه ابن محمد بن أبي بكر. وأمها أسماء بنت عبد الرحمان بن أبي بكر، ولهذا كان الصادق ” ع ” يقول: ولدني أبو بكر مرتين


Ibunya (Imam ja’far) adalah Ummu farwah bintu Al qosim Al faqih bin Muhammad bin Abu bakar. Dan ibu (dari ibu Imam Ja’far) adalah Asma’ bintu Abdurahman bin Abu bakar, karena inilah Imam Ja’fa As sodiq berkata : Abu Bakar telah melahirkan aku dua kali.

Berkata Amr bin Qais Al-Mula-i: Aku mendengar Ja’far bin Muhammad berkata: “Allah berlepas diri dari setiap orang yang berlepas diri dari Abu Bakar dan Umar" Ini menunjukkan imam Jaafar menghargai abu Bakar RA


Daripada fakta yang kita dapati diatas adakah kita masih mahu mengatakan yang Saidina Ali memusuhi sahabat yang lain.Orang boleh menceritakan apa sahaja cerita. Pelbagai hadith dan kitab ditampilkan untuk menyokong dakwaan yang Saidina Ali bermusuhan dengan sahabat. Akan tetapi perbuatan merekalah yang menjadi petunjuk bahawa mereka itu bersahabat atau bermusuhan. Fikir fikirkanlah..
Wallahualam
gambar: kredit ensklopediamuslim.blogspot.com
Tamat bahagian II
Oleh: Mr Jay


Viewing all articles
Browse latest Browse all 313