Quantcast
Channel: CeLoteh MJ
Viewing all articles
Browse latest Browse all 313

Sorotan kenanganku tahun 2013

$
0
0
Tahun 2013 akan melabuhkan tirainya dan lembaran baru tirai 2014 akan dibuka. Bermakna tahun 2014  juga umur MJ melangkah ke angka 3 di depan. Bersyukur dengan kehidupan yang dilalui sepanjang 29 tahun ++ di bumi Allah SWT.

MJ abadikan sorotan kenangan suka dan duka sepanjang tahun 2013

JANUARI
Bulan Januari adalah ulangtahun perkahwinan kami, jadi kami sepakat untuk menghadiahkan Gajet pada Kamera kesayangan kami Nikon D90 (Hasil Menang Contest) dengan Lens baru iaitu 50mm.


Yang paling tak dilupakan pada Januari 2013 MJ menang Contest di Facebook, walaupun tempat ke 2 tapi hadiahnya best sangat iaitu 6kaki katil Divan hokeyh (Katil King) yang berharga lebih kurang RM1000 macam tu.

FEBRUARI

MJ bercuti bersama BFF ke Langkawi, boleh baca kenangan kami di TRIP LANGKAWI



Februari juga telah mencipta detik sedih apabila kaki kiri MJ disahkan retak sebab terjatuh, boleh baca entry tu di SINI


MAC
MJ bercuti sehari bersama family ke Cameron Highland

APRIL
Reward myself dengan handbag baru.. Curang dengan GUESS untuk beralih pada Carlo Rino..hehee

Dapat hadiah Tote Bag dari Majalah, kesudahan beg ni tak pernah digunakan pun... huhuu sayangkan.. boleh la nak let go


MEI
Bertemu ramai rakan blogger di Majlis Seminar buat Duit dengan Blog, banyak ilmu diperolehi dan ada yang MJ cuba aplikasikan sikit demi sikit cuma tahun 2013 adalah tahun kebizian MJ..heheee


Seminggu selepas balik dari Petaling Jaya, MJ bersama family mertua pulak ke MELAKA - MUAR - PENANG, memang penattt :) Entry pun tak sempat nak karang, dan blog pun mula terabai.


Di saat MJ 'struggle' menyiapkan TESIS di hari Lahir, suami memberi surprise dengan Handbag baru dan  Bunga


JUN
Alhamdulillah 4 tahun bergelar PELAJAR JARAK JAUH USM, MJ berjaya menghabiskan final EXAM dalam penuh debaran dan penentuan samada layak berIjazah ataupun tidak

Boleh baca Pengalaman MJ belajar secara Jarak Jauh ni,  ni pun masih tertangguh untuk bahagian 2.. Adohaaaii


JULAI
Detik terindah apabila MJ antara 8 yang bertuah untuk ditaja majlis Berbuka puasa bersama Hot FM dan COca Cola. Meriah sangat dan paling mengujakan apabila suara MJ kedengaran di Hot FM walau ada nada getar..hehee

AUGUST

Adik lelaki MJ terlibat dalam kemalangan 5 hari sebelum Hari Raya Puasa

SEPTEMBER
Alhamdulillah bergelar graduan setelah 4 tahun bertungkus lumus belajar secara PJJ

OCTOBER
Bercuti di Salak Denai Chalet, tempat ni best sebab ada private pool


NOVEMBER
Salah satu usaha dengan menjalani rawatan di Hospital.

DECEMBER


Itulah sebahagian perjalan MJ di tahun 2013, semoga tahun 2014 membawa lebih banyak keindahan, dan tahun 2014 MJ target bisnes MJ semakin berkembang, insyaAllah..

SELAMAT TAHUN BARU 2014 kepada semua pembaca blog MJ ye 
 


Viewing all articles
Browse latest Browse all 313